web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Model Elektrik Penuh Pertama BMW i4 M50 Diperkenal Di Pameran Auto Malaysia

BMW i4 M50 merupakan kenderaan elektrik M pertama dunia yang menjadi asas kepada keterujaan pemanduan ‘sporty’ di negara ini yang bercirikan lestari serta bertanggungjawab.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 8:11AM

BMW i4 M50 - Gambar laman web BMW.com.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - BMW Malaysia memperkenalkan model pertama BMW i4 M50 di Pameran Auto Malaysia 2023 yang dijangka meningkatkan lagi penanda aras bagi prestasi pemanduan kereta elektrik sepenuhnya di negara ini.

Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata BMW i4 M50 merupakan kenderaan elektrik M pertama dunia yang menjadi asas kepada keterujaan pemanduan ‘sporty’ di negara ini yang bercirikan lestari serta bertanggungjawab.

“Sejajar usaha inovasi ke arah mobiliti masa depan, kami di BMW Group juga menumpukan orientasi teknologi baharu serta aspek prestasi, pengelektrikan dan pembangunan lestari sambil mengekalkan tanda kenal dan DNA M BMW.

“Kekuatan itu telah menjurus kepada transformasi berpengaruh, termasuk penghasilan kenderaan elektrik M BMW berprestasi tinggi pertama di dunia yang akan menjadi penanda aras masa depan gaya ‘sporty’ yang penuh teruja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara lainnya, BMW i4 M50 memaparkan logo 50 tahun M BMW sebagai ciri standard manakala gaya ‘sporty’ kenderaan itu diserlahkan menerusi pakej Aerodinamik M serta aksesori spoiler belakang M dalam warna kereta.

Menerusi penggunaan tenaga sebanyak 24-19 kilowatt jam (kWj) bagi setiap 100 kilometer, jarak elektrik itu diukur pada 510 kilometer berdasarkan kitaran Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

Selain itu, disesuaikan dengan mod pengecasan arus ulang-alik (AC) dan arus terus (DC), BMW i4 M50 juga dapat dicas sepenuhnya dalam tempoh lapan jam 15 minit dengan pengecas AC 11-kW atau dicas daripada 10 peratus kepada 80 peratus dalam hanya 31 minit menggunakan pengecas DC 200-kW.

BMW i4 M50 ditawarkan pada harga RM445,800 (atas jalan tanpa insurans), termasuk waranti lanjutan serta servis dan pembaikan BMW. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kenderaan Elektrik Rentung Terbakar Ketika Dicas

2

Kolum 2 tahun yang lalu

Malaysia Belum Bersedia Untuk Penggunaan Kenderaan Elektrik Secara Meluas?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Struktur Cukai Jalan EV Diumumkan Bulan Depan - Menteri

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

MITI Luluskan Permohonan TESLA Untuk Import Bateri Kenderaan Elektrik Ke Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN