web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TV YouTube Naikkan Harga Langganan, Bersaing Dengan Disney Plus dan Apple TV+

Peningkatan harga langganan TV YouTube daripada RM291 kepada RM327 sebulan mulai April 2023 dan akui harganya mungkin tidak sesuai untuk semua orang.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 5:05PM

Medium TV YouTube merupakan salah satu pecahan saluran premium daripada platform YouTube yang berkonsepkan langganan berbayar secara bulanan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Medium TV YouTube merupakan salah satu pecahan saluran premium daripada platform YouTube yang berkonsepkan langganan berbayar secara bulanan. 

Namun, platform yang dikendalikan dibawah syarikat Google itu telah mengumumkan peningkatan harga langganan bulanan TV YouTube daripada RM291 kepada RM327 mulai April 2023. 

Kenaikan harga itu berlaku apabila perkhidmatan penstriman dalam talian ini perlu bersaing dengan beberapa platform penstriminan video lain seperti Disney Plus dan Apple TV+  yang juga turut  menaikkan yuran langganan mereka sendiri. 

Platform Disney Plus telah pun memaklumkan bahawa mereka akan menaikkan yuran langganan bulanan daripada RM13.50 kepada RM49.40 sebulan (untuk Amerika Syarikat)  sejak Disember tahun lepas. Begitu juga Apple TV+ yang turut menaikkan yuran langganan bulanan dan tahunannya kepada RM31.40 dan RM309.50 (untuk Amerika Syarikat).

Disney Plus telah pun memaklumkan bahawa mereka akan menaikkan yuran langganan bulanan - Gambar Hiasan Unsplash
Disney Plus telah pun memaklumkan bahawa mereka akan menaikkan yuran langganan bulanan - Gambar Hiasan Unsplash

Kenyataan mengenai kenaikan harga langganan TV YouTube tersebut dikeluarkan menerusi laman Twitter rasmi mereka yang menjelaskan bahawa apabila kos kandungan video atau saluran premium meningkat, mereka perlu terus melabur dalam kualiti perkhidmatan. Ini termasuklah mengemas kini harga langganan bagi memberikan pelangan perkhidmatan yang terbaik. 

Menerusi kenaikan harga langganan tersebut, TV YouTube turut menyediakan lebih daripada 100 saluran serta perakam video digital (DVR) dengan storan tanpa had yang membolehkan sehingga enam akaun disambungkan dalam setiap isi rumah.

Bagaimanapun, ia turut menyatakan bahawa platform YouTube akan menurunkan harga alat tambahan untuk mod 4K Plus daripada RM89.70 sebulan kepada RM44.80 sebulan.

Syarikat Google yang mengendalikan platform tersebut mengucapkan terima kasih kepada ahli komunitinya  yang terus melanggan TV YouTube dengan harga terbaharu itu. Pada  masa yang sama mereka tetap akui serta memahami bahawa harganya mungkin tidak sesuai atau bukan mampu milik untuk semua orang.

Google melaporkan bahawa TV YouTube  berjaya mengutip jumlah hasil pengiklanan sebanyak RM264.8 bilion, namun ia menunjukkan penurunan berbanding jumlah yang dikutip sebanyak RM274.69 bilion pada suku tahun sebelumnya. - Getaran, 21 Mac 2023 

Sumber: Marketing-interactive.com

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi