Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kempen #BeliaSediaUndi Usaha TikTok Malaysia Salurkan Maklumat Kepada Belia Malaysia

Salah satu usaha yang dijalan TikTok dalam mempersiapkan belia Malaysia untuk mengundi ialah dengan menyalurkan maklumat yang diperlukan, namun akaun kerajaan, ahli politik dan parti politik (GPPPA) dilarang menggunakan ciri pengewangan TikTok.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 8:03AM

TikTok Malaysia telah melancarkan kempen khas untuk belia iaitu #BeliaSediaUndi bagi mendidik, memperkasakan dan mempersiapkan pengundi muda dengan fakta tepat pada PRU-15 ini. - Gambar dari TikTok Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) bakal menyaksikan suasana yang cukup berbeza. Dengan pelaksanaan penuh Undi18, iaitu pindaan perlembagaan yang menurunkan umur minimum mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, Malaysia dijangka menerima tambahan 5.8 juta pengundi yang akan mengundi buat pertama kalinya. 

Peka dengan situasi semasa, TikTok Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen khas buat belia iaitu #BeliaSediaUndi untuk mendidik, memperkasakan dan mempersiapkan pengundi dengan maklumat yang mereka perlukan menjelang PRU-15.

Kempen ini diwujudkan demi memastikan pengundi-pengundi muda ini menggunakan hak mereka dan berupaya membuat keputusan terbaik apabila mereka ke pusat mengundi pada 19 November ini.

Di bawah kempen #BeliaSediaUndi, TikTok melancarkan satu siri inisiatif menjelang PRU-15, termasuk  pelancaran panduan khas pilihan raya, program himpunan belia yang strategik dan pengukuhan dasar untuk akaun kerajaan, ahli politik dan parti politik (GPPPA).

Berikut adalah pendekatan atau langkah yang diambil TikTok untuk kempen ini.

1) Panduan Khas PRU-15

Menjelang pilihan raya, TikTok telah mengeluarkan panduan pilihan raya yang mengandungi maklumat tepat dan penting yang perlu diketahui pengundi. 

Di halaman ini, pengguna juga boleh merujuk kepada laman mikro untuk berita dan kemaskini berkaitan pilihan raya yang boleh diakses melalui sepanduk carian apabila pengguna mencari istilah berkaitan pilihan raya seperti ‘Belia Sedia Undi’, ‘GE15’, ‘PRU15’, ‘Malaysia Elections’ atau ‘Pilihan Raya’, memuat naik kandungan atau memulakan ruangan sembang secara langsung menggunakan tanda pagar berkaitan pilihan raya.

Panduan pilihan raya TikTok memberikan maklumat yang berguna untuk pengundi kali pertama dan pengundi sedia ada mengenai proses pilihan raya. 

Panduan pilihan raya tersebut mengandungi maklumat seperti siapa yang layak mengundi, bila boleh mengundi dan bagaimana mereka boleh melakukannya. Halaman interaktif ini juga mempunyai kira detik ke hari mengundi.

Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Kristoffer Rada dalam satu kenyataan media memberitahu pihaknya akan memastikan setiap kandungan yang dimuat naik adalah selamat, bermaklumat dan paling penting, tepat pada masanya.

“Kami akan terus mengambil langkah ke arah memastikan kandungan yang selamat, bermaklumat dan paling penting, tepat pada masanya. Kami memandang serius pengalaman pengguna dan ingin terus menyalurkan sumber serta maklumat kepada mereka di platform yang boleh dipercayai,” ujar beliau.

Sepanjang tempoh kempen ini, TikTok terus bekerjasama dengan Agence France-Presse (AFP) sebagai salah satu usaha untuk menyediakan semakan fakta bagi mengurangkan penyebaran maklumat yang salah. 

Seandainya pengguna menjumpai sebarang kandungan yang berbahaya atau tidak tepat, mereka boleh melaporkannya kepada TikTok dengan hanya mengetik butang 'kongsi' pada skrin dan memilih pilihan ‘laporan’ dalam menu berikut.

2. Memerangi maklumat salah dengan maklumat betul

Barisan panel bagi diskusi bertajuk ‘PRU-15: Memperkasakan Belia untuk Membanteras Maklumat Salah’.
Barisan panel bagi diskusi bertajuk ‘PRU-15: Memperkasakan Belia untuk Membanteras Maklumat Salah’.

Pada pelancaran kempen #BeliaSediaUndi tempoh hari, TikTok Malaysia membawakan diskusi bertajuk ‘PRU-15: Memperkasakan Belia untuk Membanteras Maklumat Salah’.

Ia  menampilkan barisan panel yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mediha Mahmood; Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Kristoffer Rada; Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim serta Pengurus Kanan Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Aira Azhari. 

Diskusi ini menyaksikan setiap tetamu jemputan berkongsi pandangan mereka tentang literasi digital yang menjadi kunci dalam era masa kini di mana maklumat sudah siap tersedia dalam talian dan juga membantu golongan muda membezakan antara fakta dengan maklumat yang salah, terutamanya dalam perkara penting seperti pilihan raya umum.

3. Himpunan belia melalui kerjasama universiti

TikTok juga menganjurkan acara himpunan bersama Pusat Kajian Media - MENTION, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang menampilkan perbincangan panel oleh belia pencipta kandungan TikTok bersama pelajar untuk membina pemahaman yang lebih mendalam mengenai literasi digital, memupuk pemikiran kritis dan toleransi dalam talian.

Berlangsung pada 9 November di UKM, acara tersebut juga diisi dengan sesi perkongsian oleh TikTok untuk memaklumkan pengundi muda tentang ciri kepercayaan dan keselamatan TikTok, panduan PRU15 dan Garis Panduan Komuniti TikTok.

4. Pembiayaan dan pengewangan tidak dibenarkan untuk akaun kerajaan, ahli politik dan parti politik (GPPPA)

Bermula September lalu, TikTok mengumumkan perubahan pada dasarnya untuk akaun kerajaan, ahli politik dan parti politik (GPPPA) yang melarang mereka menikmati peluang pengewangan di TikTok.

Dengan penguatkuasaan dasar ini menjelang PRU15, akaun milik ahli politik dan parti politik tidak mempunyai akses kepada ciri pengiklanan TikTok, termasuklah pemberian hadiah, pemberian tip dan e-dagang.

Mereka tidak dibenarkan berkongsi video yang meminta derma, atau membawa pengguna ke halaman derma di laman web mereka. Hal ini supaya orang ramai berpeluang untuk membincangkan isu penting yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan situasi semasa, di samping melindungi ruang kreatif, hiburan dan selamat yang diwujudkan oleh TikTok.

Buat semua pengundi, tunaikan tanggungjawab anda pada PRU15 nanti demi negara yang dicintai!  - Getaran, 9 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 10 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 11 bulan yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 11 bulan yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki