1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini
Berita Terkini
1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini
Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.
Twitter merupakan tempat rakyat Malaysia berbual. Daripada meluahkan pendapat mereka hingga ke mencipta istilah lucu.
Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia di Twitter tahun ini telah menyaksikan detik-detik keseronokan dalam kalangan rakyat, di mana mereka menggunakan istilah-istilah yang baru dicipta untuk meluahkan pendapat secara kreatif tentang pelbagai keadaan kelakar atau situasi rawak yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.
Twitter juga baru-baru ini telah menganjurkan sesi Twitter Spaces, di mana empat orang ‘influencer’ terkenal turut menyertai perbualan berkaitan Malaysia. Dengan itu, sebanyak 310,000 Tweet berkaitan Hari Merdeka telah dijana di Malaysia (sumber data dalaman Twitter Malaysia dari 30 Ogos hingga 17 September 2022).
Jom lihat 10 istilah unik ini yang paling kerap digunakan di Twitter oleh rakyat Malaysia mengikut susunan abjad (sumber data dalaman Twitter Malaysia dari 1 Januari hingga 16 september 2022).
Gambar ihsan Twitter
‘Alang-alang’ bermaksud ‘sambil-sambil melakukannya’ atau ‘sambil menyelam minum air’. ‘Cincai’ ialah perkataan yang biasa digunakan seseorang apabila mereka tergesa-gesa. Contohnya: “Apa-apa sahajalah”atau “Ikuti saja” yang pada asasnya bermaksud melakukan sesuatu dengan usaha yang minimum secara selamba. Bagi "Gerak lu, pape roger", ini adalah bahasa golongan muda-mudi untuk mengatakan "Jumpa lagi, saya balik dulu. Jika ada apa-apa beritahu."
Sementara itu, ‘kautim’ ialah salah satu istilah popular dalam talian (termasuk di Twitter) serta luar talian, yang bermaksud “untuk mencapai persetujuan” atau “ semuanya selesai dengan baik.” Jika anda mendengar ‘kantoi’, ia bermaksud "habislah anda. Tertangkap dalam sesuatu perbuatan yang tidak baik.”
Jika anda diberitahu untuk ‘Leklu’, anda perlu bertenang dan berehat seketika. Seterusnya, ‘Mantap’ ialah perkataan yang sering digunakan untuk menyatakan betapa hebatnya sesuatu. Contohnya, “Saya makan Nasi Ayam Penyet semalam, sambalnya mantap!” Sama juga dengan ‘Pergh’ yang digunakan apabila anda terpesona dengan sesuatu sehingga membuatkan anda terdiam.
Sebaliknya, ‘syok sendiri’ merujuk kepada (contoh) apabila anda berada dalam khalayak ramai menonton penyanyi kegemaran anda membuat persembahan secara langsung, dan anda rasa penyanyi itu memandang tepat ke arah anda, tetapi sebenarnya tidak.
Akhir sekali, ‘tacod’ digunakan apabila anda secara main-main mengatakan bahawa anda takut dengan sesuatu tetapi sebenarnya tidak. Antara istilah unik di Twitter Malaysia ini, yang manakah pernah anda dengar atau gunakan? Selain itu, Twitter turut menjemput empat orang influencer untuk berhubung di Twitter Spaces demi meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Mereka berkongsi pengalaman tentang apa yang menjadikan Malaysia unik.
Gambar Hiasan
Malaysia di mata dunia: apa yang orang paling suka tentang tanah air kita?
Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia dimulakan dengan Twitter Spaces bersama Hazeman Huzir (@hazemanhuzir), pengendali sesi Twitter Spaces, Malaysia di Mata Dunia.
Turut menyertai Hazeman dalam sesi ini ialah Mark Odea (@markodea8), Calista Liew (@CalistaLeahLiew) dan Kavin Jay (@KavinJay) sebagai tetamu jemputan yang berkongsi kisah mereka tentang pengalaman menetap di Malaysia, beserta pelbagai perkara yang mereka gemari mengenai negara ini.
“Membawa ibu saya melancong ke Sabah adalah salah satu pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan sepanjang berada di Malaysia. Dia kagum melihat betapa cantiknya Sabah dan kos-kos yang berpatutan. Paling menakjubkan, saya dapat menunjukkan kepada ibu saya tempat tinggal saya serta keunikan Malaysia - terutamanya makanan, budaya, perayaan umum dan pantai,” ujar Mark Odea dengan penuh semangat.
Tip of Borneo, Sabah - Gambar Hiasan Unsplash
Sementara itu, pelawak Kavin Jay berkongsi betapa cepatnya rakyat Malaysia membantu seseorang yang memerlukan.
“Ketika saya berumur 14 tahun, saya terlibat dengan kemalangan di mana sebuah kereta melanggar saya yang sedang berbasikal. Saya cedera teruk dan ramai yang datang membantu. Mereka memastikan saya baik-baik saja, mendudukkan saya dengan penuh hati-hati, memberi saya air dan membalut luka saya.
“Saya mengalami banyak pendarahan dan seorang lelaki yang baik hati membawa saya ke klinik untuk rawatan lanjut, walaupun luka saya menyebabkan kerusi keretanya dilumuri darah. Saya tidak akan melupakan kebaikan yang ditunjukkan kepada saya pada hari itu. Saya suka bagaimana semua orang di sini benar-benar mahu memastikan anda dalam keadaan terbaik,” ujar Kavin.
Gambar Hiasan
Bagi Calista Liew, seorang juruhebah radio popular, kepelbagaian yang ada di setiap negeri di Malaysia memberi inspirasi kepadanya.
“Kepelbagaian itulah yang membuat rakyat Malaysia mudah dikenali kerana kita juga mempunyai banyak persamaan! Apatah lagi bila berbicara tentang makanan! Saya suka makan, dan tidak kira walau ke mana pun, makanan Malaysia tiada tandingannya,” ulas Calista pula.
Gambar Hiasan
Mungkin perkara yang paling mengejutkan ketika Twitter Spaces berlangsung ialah apabila Hazeman Huzir mengatakan sesuatu yang dipanggil ‘ibu duit’. Ini merupakan satu pendedahan yang agak mengejutkan kerana ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu kewujudan dan apa maksud istilah ini.
“Sebenarnya, ini juga perkara baharu buat saya. Istilah ini merujuk kepada wang pertama (dalam bentuk tunai) yang anda terima daripada pelanggan, dan anda simpan dalam dompet atau akaun bank anda. Dengan berbuat demikian, ia dipercayai boleh membantu anda menarik lebih banyak kekayaan, itulah yang saya dengar,” jelas Hazeman ketika sesi itu.
Gambar Hiasan
Untuk memeriahkan lagi sesi ini, penganjur juga mengadakan permainan di mana setiap tetamu jemputan perlu meneka maksud slanga yang lucu dan unik di Twitter Malaysia, dan ia membuat semua orang ketawa tidak kering gusi.
Jika anda terlepas mendengar sesi Twitter Spaces ini, anda boleh mendengar rakaman semula di Twitter. Apa pendapat anda tentang Twitter Spaces dan 10 istilah unik yang dinyatakan di atas ini? Tweet-kan pendapat anda! - Getaran, 23 September 2022
Berita Berkaitan
1
Semasa1 bulan yang lalu
Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM
2
Semasa3 bulan yang lalu
Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand
3
Luar Negara4 bulan yang lalu
Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS
4
Rencana6 bulan yang lalu
Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!
Langgani Berita Terkini
Dapatkan berita generasi baharu. Ambil tahu kisah kejadian terkini dengan segera.
Sorotan
1
Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan
2
Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah
3
Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000
4
Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang
5
Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta
6
PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM
Popular Sekarang
Semasa17 jam yang lalu
Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius
Semasa18 jam yang lalu
Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah
Semasa3 hari yang lalu
Serangan Terhadap Joe Zakaria Cetus Kebimbangan, Tahap Keselamatan Pengkritik Bola Sepak Jadi Persoalan
Politik4 hari yang lalu
PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid
Disyorkan untuk anda
Gaya1 hari yang lalu
Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?