web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Kelebihan Menjadi Pemandu Maxim Malaysia

Terdapat 4 kelebihan diberikan kepada pemandu yang bersetuju untuk memasang pelekat ini di kereta mereka termasuk meraih pendapatan setiap bulan.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 4:18PM

Perkhidmatan e-panggilan, Maxim Malaysia (Maxim) memperkenalkan inisiatif pelekat kenderaan untuk pemandu Maxim yang berminat untuk memasangnya di kenderaan mereka - Gambar ihsan Maxim

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkhidmatan e-panggilan, Maxim Malaysia (Maxim) memperkenalkan inisiatif pelekat kenderaan untuk pemandu Maxim yang berminat untuk memasangnya di kenderaan mereka.

Pelekat dengan logo Maxim ini mempunyai beberapa warna dan saiz yang direka khas mengikut kesesuaian kereta di Malaysia.

Lebih menarik lagi, pemandu boleh memasang pelekat ini secara percuma untuk pemasangan pertama dan Maxim akan memberi bantuan sepenuhnya dari segi pemasangannya.

Pemandu Maxim berdaftar boleh menghubungi pejabat Maxim berdekatan untuk membuat temujanji bagi mendapatkan tarikh dan masa yang sesuai untuk pemasangan pelekat tersebut.

Terdapat empat kelebihan akan diberikan kepada pemandu yang bersetuju untuk memasang pelekat ini di kereta mereka.

Pemandu Maxim berdaftar boleh menghubungi pejabat Maxim berdekatan untuk membuat temujanji bagi mendapatkan tarikh dan masa yang sesuai untuk pemasangan pelekat tersebut
Pemandu Maxim berdaftar boleh menghubungi pejabat Maxim berdekatan untuk membuat temujanji bagi mendapatkan tarikh dan masa yang sesuai untuk pemasangan pelekat tersebut

Pertama, pemandu akan menerima bonus dari segi wang ringgit pada setiap bulan dari pihak Maxim selagi pelekat kenderaan masih kekal di kereta mereka.

Kedua, pemandu akan diberikan keutamaan dalam menerima tempahan dari pelanggan tanpa sebarang had.

Ketiga, komisen lesen yang lebih rendah dikenakan berbanding pemandu yang tidak memasang pelekat kenderaan.

Dan keempat, pemandu akan menikmati promosi khas dan kempen tahunan yang akan dianjurkan pihak Maxim.

Pemasangan ini turut memberi manfaat kepada pemandu dari segi pemasaran dan pengesahan. Misalnya, semasa penumpang membuat tempahan, mereka akan lebih percaya dan yakin.

Kepercayaan merupakan aspek yang penting d dalam sebuah perniagaan kerana bermula dari kepercayaan akan bertukar kepada kesetiaan.

Bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi pemandu, muat turun aplikasi Taxsee Driver atau daftar secara dalam talian di Maxim Malaysia. – Getaran, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Remaja 13 Tahun Yang Cuba Samun Pemandu E-Hailing Didakwa Esok

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Rangka ‘Blue Print’, Tubuh Badan Khas Kawal Selia Pekerja E-Hailing, P-Hailing

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Keselamatan Sosial Pekerja E-Hailing, Kerajaan Rancang Wujud Akta - Ahmad Zahid

4

Semasa 3 tahun yang lalu

MOT Seboleh-Bolehnya Tidak Mahu Campur Tangan Isu Kadar Tambang Lantai E-Hailing

Sorotan

1

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

5

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry