Berita Terkini

15 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Rangka ‘Blue Print’, Tubuh Badan Khas Kawal Selia Pekerja E-Hailing, P-Hailing

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 7:00AM

Rangka tindakan itu berupaya membantu kelestarian hidup pekerja gig dengan meningkatkan taraf hidup golongan terbabit, seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rangka tindakan (blueprint) ekonomi gig yang komprehensif perlu dilaksanakan Kerajaan Perpaduan agar Malaysia mampu menjadi peneraju serantau serta mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e-Hailing Malaysia, Jose Rizal berkata, rangka tindakan itu berupaya membantu kelestarian hidup pekerja gig dengan meningkatkan taraf hidup golongan terbabit, seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan.

Menurut beliau, pihaknya kecewa apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan hasrat kerajaan untuk merancang mewujudkan akta khas, khusus bagi menjamin pendapatan serta keselamatan sosial pekerja ekonomi gig meliputi perkhidmatan p-hailing dan e-hailing.

“Bukan setakat akta keselamatan sosial pekerja sendiri yang sudah sedia ada dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), namun penerangan sebenar cadangan selepas kita mengadakan pertemuan dengan pegawai Ahmad Zahid kelmarin adalah kita mahu supaya satu akta khusus bagi pekerja gig diwujudkan, susulan undang-undang sedia ada tidak mencakupi ekosistem ekonomi gig secara sepenuhnya.

“Kerajaan perlu keluarkan blueprint untuk merangka dasar lebih inklusif bagi penyelesaian tempoh jangka panjang dan pendek. Kerajaan perlu mencari satu penyelesaian proaktif dalam mengesan perkhidmatan e hailing yang sering digunakan oleh pengguna ketika ini. Tiga sektor e hailing paling terkesan ketika ini adalah penghantaran penumpang, makanan dan barangan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Mengulas lanjut, Jose berkata, kebimbangan utama pekerja gig adalah turun naik pendapatan yang diburukkan dengan ketiadaan undang-undang menyelia kontrak, malah tiada peraturan skim bencana pekerjaan antara syarikat pemodal dan pekerja gig diwujudkan setakat ini.

Beliau yang juga Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM) menegaskan, tuntutan tersebut wajar bagi membolehkan mereka terus bernafas dalam keadaan yang serba-serbi kosnya meningkat.

“Skim itu sudah sama taraf dengan pekerja asing kerana mereka perlu mencarumkan diri sendiri menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789). Kita tuntut agar syarikat platform dengan kerajaan dapat mencarumkan kepada pekerja gig. Kerajaan perlu lihat semula perkara ini.

“Pada masa sama, kerajaan perlu memberi keutamaan kepada syarikat tempatan yang mahu menceburi industri ekonomi gig. Ini bukan bermaksud kita hanya nak buka kepada lokal namun kita mahu ada syarikat tempatan yang berjaya seperti kalau kita lihat walaupun Indonesia ada Grab, mereka ada syarikat anak jati yang menjadi kebangaan iaitu, GoJek.

“Ketika ini, syarikat anak tempatan seperti melukut di tepi gantang, nak bersaing pun mereka tidak mampu. Jadi, kerajaan jangan lepaskan peluang ini, bertindak segera dalam memberi galakan dan kepercayaan kepada lokal untuk menceburi ekonomi gig,” katanya.

Dalam pada itu, Jose memaklumkan, wujud keperluan untuk kerajaan mengembalikan semula kawal selia industri ekonomi gig di bawah suruhanjaya khas agar tiada lagi kementerian tidak berkaitan yang hanya mampu menjadi perantaraan kepada e-hailing sehingga tiada penyelesaian inklusif dilaksanakan.

Jelasnya, pemain e-hailing serta p-hailing ketika ini merasakan penguatkuasaan agensi kerajaan masih lemah, terutama apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) digantikan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan diselia oleh Kementerian Pengangkutan (MoT).

Menurutnya, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) perlu campur tangan memandangkan operator e-hailing adalah sebuah aplikasi elektronik yang sepatutnya dikawal oleh agensi di bawah kementerian tersebut.

“Kementerian itu mempunyai kepakaran untuk mengurus dan mengawal selia syarikat-syarikat teknologi ini. Mereka sepatutnya yang mengambil tanggungjawab menguruskan penyedia perkhidmatan itu, apakah garis panduan serta syarat atau akta yang perlu di regulasikan.

“Ramai salah anggap mengenai perkhidmatan e-hailing. Ia bukan sekadar menghantar penumpang sahaja tetapi melalui -aplikasi e-hailing ini, pengguna boleh guna untuk memesan makanan, penghantaran parcel, bayar bil, beli tiket penerbangan dan sebagainya. Sebab itu kami merasakan aplikasi yang dikenali sebagai ‘super app’ itu perlu dikawal selia dengan lebih teratur dan komprehensif,” katanya.

Kelmarin, kerajaan merancang mewujudkan akta khas bagi menjamin pendapatan serta keselamatan sosial pekerja ekonomi gig meliputi perkhidmatan p-hailing dan e-hailing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, akta itu memperincikan soal pendapatan setimpal yang harus dibayar oleh syarikat gig kepada pekerja.

Menurutnya, tindakan itu wajar memandangkan syarikat perkhidmatan mencipta keuntungan lumayan hasil keringat lebih sejuta pekerja p-hailing dan e-hailing di negara ini.

Mohd Effendy Abdul Ghani - Gambar fail
Mohd Effendy Abdul Ghani - Gambar fail

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani menggesa kerajaan menubuhkan Badan Kawal Selia Khas bagi sektor e-hailing dan p-hailing kerana ia mampu menghalang golongan itu daripada ditindas oleh majikan,  malah di mampu mengelakkan ia menjadi sektor 'perhambaan moden'.

“Ketiadaan badan khas seumpamanya ketika ini menyebabkan tiada pihak sanggup bertanggungjawab atau bertindak dalam memantau serta menyelesaikan sebarang isu yang melibatkan industri ekonomi gig.

“Badan khas itu mampu melindungi pekerja gig dalam meningkatkan keselamatan sosial serta kebajikan mereka walaupun mereka boleh dilindungi di bawah Akta 789. Regulasi itu dilihat boleh menjaga industri berkenaan secara komprehensif,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Effendy berkata, terdapat keperluan untuk pelbagai pihak dan agensi kerajaan berkaitan melaksanakan pelbagai kempen kesedaran bagi memastikan  semua pemain industri e-hailing dan p-haling mencarum di bawah Akta 789 agar mereka dilindungi oleh PERKESO.

“Kena pastikan, dengan kesedaran itu, mereka menyertainya untuk mencarum dan perlu buat penguasaan agar mereka dilindungi oleh kerajaan, selain melihat cadangan lebih baik atau penambah baikan dari kerajaan seperti kebajikan untuk menyusun pelbagai inisiatif yang lebih baik untuk golongan terbabit,” katanya. - Getaran, 30 Mei 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Yang Cuba Samun Pemandu E-Hailing Didakwa Esok

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Keselamatan Sosial Pekerja E-Hailing, Kerajaan Rancang Wujud Akta - Ahmad Zahid

4

Semasa 11 bulan yang lalu

MOT Seboleh-Bolehnya Tidak Mahu Campur Tangan Isu Kadar Tambang Lantai E-Hailing

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan