Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Malaysia Antara 5 Negara APAC Punyai E-mel Berniat Jahat Tertinggi Pada 2022 - Kaspersky

Terdapat tiga faktor utama - populasi, penggunaan e-perkhidmatan yang tinggi dan sekatan perjalanan akibat pandemik yang menyebabkan sebahagian besar e-mel spam mensasarkan negara-negara APAC.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 7:29AM

Penggunaan meluas perkhidmatan dalam talian seperti membeli-belah dalam talian dan platform dalam talian untuk aktiviti seharian menjadikan individu lebih terdedah menjadi mangsa penipuan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih separuh daripada e-mel berniat jahat yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia, ia didedahkan syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.

Setakat pertengahan Ogos 2022, Malaysia adalah antara lima negara teratas di APAC termasuk Vietnam, Jepun, Indonesia dan Taiwan yang mengumpul 61.1 peratus daripada jumlah e-mel berniat jahat (e-mel hasad) yang dikesan oleh Kaspersky Mail Antivirus.

Vietnam mendahului senarai e-mel spam paling banyak dikesan dengan jumlah 3.09 juta e-mel diikuti oleh Malaysia (2.36 juta), Jepun (1.86 juta), Indonesia (1.80 juta) dan Taiwan (1.45 juta).

Penyelidik Keselamatan Kanan Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global Kaspersky (GReAT) Noushin Shabab berkata rantau APAC menyumbang hampir 24 peratus daripada jumlah e-mel hasad global yang dikesan tahun ini.

"Rantau APAC mempunyai hampir 60 peratus daripada populasi dunia. Ini bermakna terdapat lebih ramai berpotensi menjadi mangsa ‘scammer’ (sindiket penipuan) di rantau ini berbanding rantau lain di dunia," katanya ketika menyampaikan pembentangan pada ‘8th APAC Cyber Security Weekend Kaspersky’ di Phuket semalam.

"Penggunaan meluas perkhidmatan dalam talian seperti membeli-belah dalam talian dan platform dalam talian untuk aktiviti seharian juga menjadikan individu lebih terdedah untuk menjadi mangsa penipuan," katanya.

Noushin berkata terdapat tiga faktor utama - populasi, penggunaan e-perkhidmatan yang tinggi dan sekatan perjalanan akibat pandemik, ia menyebabkan sebahagian besar e-mel spam mensasarkan negara-negara APAC.

"Ia juga adalah kesan daripada tempoh pandemik berpanjangan yang menyebabkan sekatan perjalanan dan bekerja dari rumah memerlukan orang ramai membawa komputer pejabat mereka ke rumah. Rangkaian di rumah pada kelazimannya kurang dilindungi daripada serangan siber," katanya.

Bagaimanapun, Noushin menyatakan bahawa bilangan mel spam berniat jahat yang dikesan oleh penyelesaian Kaspersky telah menyaksikan penurunan secara beransur-ansur selepas kemuncaknya pada 2019.

"E-mel berniat jahat ini kebanyakannya dihantar oleh penjenayah siber dalam bentuk e-mel dengan jumlah tinggi untuk mencapai lebih ramai pengguna dengan niat meraih keuntungan kewangan bagi penyerang (sindiket penipuan).

"Pemantauan berterusan kami terhadap ancaman siber semasa dan baharu ini yang beroperasi di negara-negara APAC menunjukkan bahawa majoriti pelaku ancaman ini menggunakan ‘phising’ (memancing data bersasar) yang bernama ‘spear phising’ (pancing data serampang) untuk menceroboh sistem sebuah organisasi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Kaspersky Dedahkan 'Stripedfly', Perisian Hasad Canggih Yang Berkebolehan Mengintip

2

TARA 1 tahun yang lalu

Truecaller Lancar Versi Serba Baharu Untuk iPhone, Kesan ‘Spammer’ 10 Kali Lebih Baik 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Amaran Pelabur Bursa Malaysia: Waspada Pemanggil Menyamar Sebagai Pihak Bursa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jho Low Berada Di Sebalik Tabir 1MDB - Saksi

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 15 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran