Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Truecaller Lancar Versi Serba Baharu Untuk iPhone, Kesan ‘Spammer’ 10 Kali Lebih Baik 

Truecaller melancarkan versi serba baharu aplikasi iPhone mereka untuk pengguna di serata dunia dengan menawarkan 10 kali ganda pengenalpastian panggilan spam, penipuan dan perniagaan yang lebih baik berbanding versi terdahulu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 2:09PM

Muat turun aplikasi yang boleh mengesan nombor-nombor telefon yang telah dikenal pasti sebagai ‘scammer’. - Gambar oleh Truecaller

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sindiket penipuan secara dalam talian tidak pernah berhenti mencari mangsa. Ada sahaja taktik yang digunakan bagi memperdaya mangsa sehingga menyebabkan kerugian yang bukan sedikit.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said mendedahkan, bagi tahun 2017 hingga Jun tahun ini, lebih RM2.9 bilion nilai kerugian direkodkan di mana ia melibatkan 89,798 kes berhubung jenayah penipuan atas talian.

Terdapat beberapa cara untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan ini, dan salah satu daripadanya ialah memuat turun aplikasi yang boleh mengesan nombor-nombor telefon yang telah dikenal pasti sebagai ‘scammer’.

Cuba periksa telefon pintar anda, ada atau tidak aplikasi ‘mesti ada’ ini? Jika tidak, sudah sampai masanya untuk anda memuat turun aplikasi ‘penyelamat’ ini.

Aplikasi Truecaller mempunyai 320 juta pengguna aktif. - Gambar ihsan Truecaller
Aplikasi Truecaller mempunyai 320 juta pengguna aktif. - Gambar ihsan Truecaller

Salah satu aplikasi ternama yang boleh diguna pakai ialah Truecaller. Aplikasi yang mempunyai 320 juta pengguna aktif, dengan setengah billion muat turun sejak dilancarkan pada 2009 ini terus ke hadapan dengan mengupayakan perbualan yang selamat dan relevan antara individu dan menjadikannya cekap untuk perniagaan berhubung dengan pengguna.

Terbaharu, Truecaller, melancarkan versi serba baharu untuk pengguna iPhone setelah mengambil kira keluhan pengguna iPhone yang kurang mendapat perkhidmatan CallerID dan penyekat Spam. Untuk versi ini, Truecaller telah membina perangkap yang lebih baik. 

Aplikasi iOS telah ditulis semula sepenuhnya dari mula agar menjadi lebih ringan (saiz aplikasi lebih kecil), lebih cekap (berfungsi lebih pantas, walaupun pada versi terdahulu iPhone 6S), namun yang paling penting ia menawarkan 10 kali ganda pengenalpastian panggilan spam, penipuan dan perniagaan yang lebih baik berbanding versi terdahulu.

Perubahan ini telah membawa rekaan serba baharu dengan teknologi termaju dalam iOS. Truecaller serba baharu untuk iPhone telah membangunkan CallerID dering pertama dan pengesanan spam yang paling terkini, tepat dan lengkap.

"Kami telah berinovasi dalam platform Apple untuk membawakan ciri-ciri yang lebih berkuasa kepada pengguna seperti Waspada Panggilan (Call Alerts), Sebab Panggilan (Call Reason) dan lanjutan carian yang mudah," ujar Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Truecaller, Alan Mamedi.

"Kemas kini ini telah lama ditunggu-tunggu ramai pengguna iPhone dan kini kami dapat menawarkan kepada mereka dengan pengecam spam dan penipuan berprestasi terbaik untuk membantu mereka menjauhkan diri daripada panggilan yang tidak diingini," tambah beliau.

Gambar ihsan Truecaller
Gambar ihsan Truecaller

Berikut adalah lima ciri-ciri Truecaller baharu untuk iPhone:

ID Pemanggil 10 kali lebih baik, perlindungan terhadap spam dan penipuan 10 kali lebih baik

Suai tugas yang lebih lancar dan lebih pantas untuk pengguna baharu

Paparan butiran dipertingkat apabila anda mencari nombor

Aliran pembelian premium baharu dengan perbandingan ciri yang lebih mudah

Lanjutan carian direka bentuk semula (daripada Telefon > Terkini > Kongsi Kenalan)

Pada masa akan datang, Truecaller akan mengemas kini aplikasi dengan penambahbaikan yang besar ke atas penapisan SMS, pengesanan spam dan perkhidmatan berasaskan komuniti, termasuk widget carian nombor yang direka bentuk semula untuk mencari pemanggil tidak dikenali dengan lebih pantas. 

Malah, aplikasi iPhone akan turut mendapat penyekatan automatik 'spammer' teratas, keupayaan untuk melihat statistik terperinci berhubung nombor bertanda spam dan keupayaan untuk melihat dan menyumbang ulasan pada nombor bertanda spam. - Getaran, 4 September 2022 

Untuk memuat turun versi terkini, kunjungi Truecaller di iOS App Store.

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zahid AF Kongsi Kisah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap

2

1 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Ditipu Individu Menyamar Polis, Suri Rumah Rugi Hampir RM1.5 Juta

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah