web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amaran Pelabur Bursa Malaysia: Waspada Pemanggil Menyamar Sebagai Pihak Bursa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 8:49PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia Bhd menggesa orang ramai untuk terus berwaspada dengan penipuan menerusi telefon berikutan terdapat makluman mengenai seorang pemanggil yang mengaku dirinya sebagai ahli lembaga Bursa untuk memohon derma.

Bursa saham itu berkata ia tidak pernah mengesahkan sebarang aktiviti tidak berlesen, mahu pun mana-mana ahli lembaga pengarah atau kakitangannya meminta derma menerusi telefon atau panggilan WhatsApp, mesej teks atau saluran dalam talian yang lain.

“Bursa Malaysia menasihatkan mereka yang menerima panggilan sedemikian supaya berhati-hati dan tidak melayan tawaran untuk ‘menyertai’ skim atau permintaan derma seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai dinasihatkan menghubungi 03-2732 0067 atau e-mel [email protected].

Bursa saham itu menggesa orang ramai supaya tidak membalas e-mel, mesej teks atau panggilan yang mencurigakan yang meminta derma dan tidak ‘klik’ alamat laman sesawang atau e-mel yang menyamar sebagai institusi yang diberi kuasa itu.

Ia turut menasihatkan orang ramai untuk mengesahkan sama ada perniagaan itu dilesenkan, diluluskan atau dibenarkan oleh badan kawal selia yang berkaitan, dan tidak berkongsi butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan, kata laluan atau nombor akaun bank.

Mereka juga harus melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka diganggu atau dipaksa untuk membuat transaksi, pelaburan atau menerima deposit wang, tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad