web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jho Low Berada Di Sebalik Tabir 1MDB - Saksi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 5:11PM

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Low Taek Jho atau Jho Low berada di sebalik tabir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana pihak pengurusan syarikat itu sentiasa menerima e-mel berkaitan pelaburan dan pembangunan yang akan dijalankan oleh 1MDB daripada ahli perniagaan dalam buruan itu.

Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, 57, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu atas kapasiti apa Jho Low menghantar e-mel tersebut dan tahap penglibatan beliau dalam syarikat itu.

“Apa yang saya dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB tahu, bahawa Jho Low mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Disebabkan hubungan baik Jho Low dan Datuk Seri Najib, BOD tidak mengabaikan langsung cadangan Jho Low, tetapi apa yang saya lihat dalam BOD, setiap perkara itu mestilah melalui arahan yang betul dan mengikut prosedur,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi setebal 111 muka surat pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Ismee berkata, Jho Low juga menggunakan nama Najib dalam percakapan serta cadangannya sebagai ‘bos’ atau ‘PM’ dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

TIA adalah syarikat pelaburan strategik yang kemudian dikenali sebagai 1MDB.

Menurut Ismee, apa yang beliau nampak ketika Jho Low berada dalam Jawatankuasa Pemandu TIA adalah lelaki itu berperanan sebagai penasihat kepada Najib.

“Jho Low hanya dilantik secara rasmi dalam Jawatankuasa Pemandu TIA sahaja dan tiada cadangan untuk melantiknya dalam 1MDB,” katanya.

Ismee berkata perkenalannya dengan Jho Low adalah ketika pelantikan Jawatankuasa Pemandu di Istana Terengganu pada awal tahun 2009 apabila lelaki itu memperkenalkan diri secara santai kepadanya.

Saksi itu berkata beliau tidak mengetahui atas kapasiti apa Jho Low hadir dalam majlis berkenaan (pelantikan Jawatankuasa Pemandu) tetapi beranggapan dan berpandangan bahawa lelaki itu adalah penasihat kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ismee juga memberikan contoh bahawa, Jho Low mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak Abu Dhabi dan ia dapat dilihat ketika beliau mengikuti Najib untuk lawatan rasmi ke Abu Dhabi.

“Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat model masjid yang akan dibina di Malaysia atas usaha sama antara syarikat Aabar dengan 1MDB. Semasa lawatan itu, sambutan dari Abu Dhabi yang diberikan kepada Najib adalah tinggi dengan pertunjukan udara tentera dan lain-lain lagi. 

“Ada satu ketika, ketika musim haji, Jho Low pernah membantu mendapatkan kuota tempatan haji sebanyak 10,000 orang bagi rakyat Malaysia,” katanya.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

2

Semasa 5 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar