Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Motosikal Elektrik Jadi 'Gerai' Mudah Alih

Sebanyak 25 unit motosikal elektrik Eclimo telah diubahsuai untuk dimanfaatkan kepada peniaga makanan dengan kadar sewa yang ditawarkan serendah RM20 hingga RM30 sehari mengikut spesikasi.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 4:39PM

Motosikal elektrik keluaran Eclimo Sdn Bhd. - Gambar ihsan Eclimo Sdn Bhd

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Motosikal Elektrik Eclimo - Gambar oleh Sairien Nafis
Motosikal Elektrik Eclimo - Gambar oleh Sairien Nafis

Eclimo Sdn Bhd adalah sebuah syarikat baharu dalam teknologi hijau Malaysia dan merupakan organisasi yang pertama di Malaysia mengeluarkan motosikal elektrik jenama tempatan. 

Pada Julai baru-baru ini, model yang diberi nama Eclimo ES11 ini telah dinaik taraf dengan menyediakan 'beg pembawa' yang menyediakan kemudahan untuk membakar, memanggang sate dan memasak nasi.

Ia menggunakan Sistem Pengawasan Bateri Berstruktur Nano (BMS) yang membolehkan peniaga makanan menyediakan makanan seperti nasi lemak, pembancuh minuman atau membakar sate.

Selain itu, ia juga menyediakan beberapa alatan seperti mesin pemanas air yang dapat memudahkan penunggang untuk menyediakan makanan serta minuman di mana-mana sahaja.

Peniaga boleh membancuh air di dalam beg yang disediakan. - Gambar ihsan Eclimo Sdn Bhd
Peniaga boleh membancuh air di dalam beg yang disediakan. - Gambar ihsan Eclimo Sdn Bhd

Di samping itu, motosikal elektrik ini juga memainkan peranan sebagai sumber kuasa generator jika pemilik memilih untuk membuka gerai tepi jalan dan pasar malam.

Ciri-ciri ini dapat membantu peniaga untuk mempelbagaikan kaedah jual beli seterusnya mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Gambar ihsan Eclimo Sdn Bhd
Gambar ihsan Eclimo Sdn Bhd

Model ES11 ini dilengkapi dengan kemudahan palam tiga pin di mana ia boleh dipasang dan dicas pada bila-bila masa di lokasi yang mempunyai plug elektrik.

Malah, sistem BMS ini mampu mengawasi keadaan bateri dengan memberi peringatan apabila voltan bateri berkurangan. 

Bukan itu sahaja, teknologi sistem penjejakan dan peta juga boleh dikawal serta diakses menerusi aplikasi mudah alih.

Oleh itu, usahawan tidak perlu lagi risau tentang masalah kehabisan kuasa bateri. 

Sejak negara memasuki fasa endemik, Eclimo telah merekodkan peningkatan terhadap motosikal elektrik daripada usahawan makanan yang tidak mahu berdepan dengan masalah kadar sewa premis yang tinggi.

Ia juga dapat menyelesaikan isu kekurangan pekerja untuk mengendalikan restoran atau gerai makan.

Gambar ihsan Eclimo Sdn Bhd
Gambar ihsan Eclimo Sdn Bhd

Antara syarikat yang telah menggunakan kenderaan ini untuk tujuan penghantaran adalah Dome, GrabFood, Huckleberry, DHL dan Pos Malaysia.

Eclimo juga menjadi rakan niaga Gentari iaitu sebuah entiti bebas milik PETRONAS yang menjadi sebahagian daripada penyelesaian fleet bersih Kenderaan sebagai Perkhidmatan (VaaS). 

Gentari telah diperkenalkan untuk mempercepatkan penggunaan tenaga secara komersial. 

Pengarah Eksekutif Eclimo Sdn Bhd, Datuk Dennis Chuah dalam pada itu berkata, rakyat Malaysia suka makan dan ia dilihat sebagai peluang untuk mengubah suai kenderaan elektrik serta memberi peluang kepada kumpulan B40 untuk memulakan perniagaan menerusi model perniagaan keusahawanan mikro mobiliti ini.

Sebanyak 25 unit motosikal telah diubahsuai untuk dimanfaatkan kepada peniaga makanan dengan kadar sewa yang ditawarkan adalah serendah RM20 hingga RM30 sehari mengikut spesifikasi. 

Model ini menyasarkan penambahan sehingga 100 unit menjelang akhir tahun ini dan ia selaras dengan dasar baharu negara untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia.

Gambar oleh Sairien Nafis
Gambar oleh Sairien Nafis

Pada pendapat penulis, motosikal elektrik ini adalah gelombang teknologi yang dapat memajukan ekonomi seiring dengan negara maju yang lain.

Ia juga dapat meningkatkan lagi penjagaan ekosistem negara daripada pelbagai pencemaran alam sekitar.

Namun perkara yang perlu diberi perhatian terhadap teknologi ini ialah lokasi sistem pengecasan.

Keberadaan sistem ini amat penting dan perlu diperbanyakkan agar pemilik mudah dapat memanfaatkannya dan menjadikan kenderaan ini relevan di Malaysia. - Getaran, 3 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 2 minggu yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Laju Sangat Abang Rider Pun...

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Selera 4 jam yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Gaya 59 minit yang lalu

Aidilfitri: Samping 'Segera' Lebih Mudah, Kemas Dan Semakin Jadi Pilihan 

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran