Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Papar Inovasi Terkini Cat Dulux, Telefon Bimbit Pintar Samsung, Asus

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi mengenai produk Cat Dulux dan beberapa produk telefon bimbit pintar terbaharu untuk minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 10:00AM

Samsung “Bora Purple” - Gambar ihsan Samsung Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Segmen teknovasi minggu ini akan memaparkan produk cat Dulux Better Living Air Clean Biobased yang mampu membantu memberikan ruangan rumah yang lebih bersih serta barisan produk edisi khas 'Bora Purple' dari Samsung bersama dua model terbaru telefon pintar Asus iaitu ROG 6 Pro dan Zenfone 9.

Gambar ihsan bcw-global.com
Gambar ihsan bcw-global.com

 

Cat Dulux Better Living Air Clean Biobased

Syarikat cat dan salutan terkemuka AkzoNobel telah melancarkan produk cat dengan teknologi inovatif di Malaysia, di bawah jenama Dulux iaitu Dulux Better Living Air Clean Biobased pada 28 Julai lalu.

Ia adalah sejenis cat kemasan premium yang membantu anda memiliki rumah yang lebih bersih dan menyingkirkan pencemar udara dalaman. 

Berasaskan bahan semula jadi, Dulux Better Living Air Clean Biobased mengandungi kandungan arang buluh aktif semula jadi untuk meneutralkan pencemar seperti formaldehid, benzena dan Sebatian Organik Meruap (VOC). 

Selain itu, ia juga mempunyai ciri antibakteria, antilapuk dan antikulat untuk melindungi dinding, di samping mengekalkan udara bersih di dalam rumah.

Cat ini dapat menyerikan lagi kualiti masa bersama keluarga dan membantu menjaga kesihatan serta kesejahteraan semasa berada di kediaman anda.

Gambar ihsan Samsung Malaysia
Gambar ihsan Samsung Malaysia

Samsung “Bora Purple”

Pengeluaran siri telefon pintar Samsung 22 telah mendapat sambutan hangat semasa pelancaran pertamanya pada awal Februari tahun ini.

Kali ini, Samsung mengeluarkan model S22 edisi terhad khas buat penggemar yang meminati dan cenderung kepada warna ungu iaitu versi 'Bora Purple'.

'Bora Purple' adalah unik kerana ia menggunakan elemen warna bunga lavender yang digabungkan bersama warna biru lembut dan sedikit sentuhan warna merah bagi menaikkan lagi pantulan pada badan peranti ini.

Bora berasal daripada perkataan Korea yang bermaksud ungu. Daripada itu, Samsung mencetuskan idea dan menjadikan produk mereka ini lebih istimewa dan eksklusif.

Edisi ini turut diterapkan kepada model Galaxy S8, Galaxy S9 dan Z Flip 3. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian anda boleh melayari laman sesawang rasmi Samsung Malaysia.

Gambar ihsan asus.com
Gambar ihsan asus.com

Asus ROG 6 Pro

Bulan lepas, Asus yang merupakan jenama dari Taiwan telah mengeluarkan telefon pintar terbaharunya iaitu ROG 6 Pro. Model ini dibina khusus dengan sistem permainan dalam talian yang pastinya hebat dan mantap. 

Memiliki skrin 6.78″ Full HD AMOLED, chipset yang digunakan ialah Snapdragon 8+ Gen 1. Baterinya pula mempunyai kuasa sehingga 6000 mAh dengan sokongan aliran elektrik pengecasan segera setinggi 65W. 

Ia sesuai untuk mereka yang gemar membuat penstriminan permainan dalam talian dalam jangka masa panjang tanpa perlu risau akan kehabisan bateri ketika menggunakannya.

Sementara bahagian kameranya pula memiliki resolusi 50 MP (lensa utama), 13 MP (lensa ultra lebar) dan 5 MP(lensa makro).

Dengan penyediaan ruangan storan yang besar sehingga 512GB + 18 RAM, anda boleh memilikinya pada harga RM4,999 di kedai telefon yang terpilih.

Gambar ihsan asus.com
Gambar ihsan asus.com

Asus Zenfone 9

Pada masa sama, Asus juga telah mengeluarkan sebuah lagi telefon pintar iaitu Zenfone 9 dan maklum balas daripada pengguna untuk model kali ini agak mengejutkan. 

Perbandingan prestasi telah dilaksanakan di antara beberapa produk telefon pintar lain untuk melihat sejauh mana kehebatan Zenfon 9. 

Melalui perbandingan tersebut, peranti yang bersaiz kecil ini dianggap mempunyai spesifikasi yang lebih baik daripada Iphone mini 13. Reka bentuk demensinya pula ialah 146.5 x 68.1 x 9.1 mm dan mempunyai saiz skrin sebesar 5.9 inci. 

Dipasangkan dengan chipset Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1, Zenfone 9 memiliki kuasa bateri sehingga 4300 mAh dan kekuatan aliran pengecasan segera sebanyak 30 W. Resolusi pada kameranya pula mempunyai  50 MP(lebar) dan 12 MP(ultra lebar dan swafoto). 

Bermula dengan harga RM3,320, anda boleh memilikinya dengan dua pilihan storan iaitu 128GB+8 RAM atau 256GB+16 RAM. - Getaran, 3 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

4

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN

Selera 14 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 9 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Jelajah 5 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi