web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukan Gurauan! M. Nasir Kini ‘Sifu’ Mobile Legends

Penyanyi veteran yang memenangi pelbagai anugerah ini telah menyertai keluarga Esports RSG Malaysia.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 5:09PM

Gambar Facebook RSG MY

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi ikonik Malaysia, Datuk M. Nasir telah menyarung jersi Esports RSG Malaysia sebagai pemain untuk pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Pasukan yang berpangkalan di Singapura itu membuat pengumuman di laman Facebook mereka, menyatakan pemuzik berusia 65 tahun itu akan mengambil peranan fleksibel di dalam kumpulan. 

Pengarah RSG Malaysia, Johny Tan berkata M. Nasir akan mengambil peranan sebagai mentor kepada pasukan itu.

“Memandangkan umur dan pengalamannya, beliau akan dapat menasihati pasukan tentang cara untuk menjadi lebih tenang dan kurang gementar,” katanya kepada The Star.

Menurut Johny, M. Nasir kerap bermain MLBB dan berminat untuk menyertai Esports kerana popularitinya yang semakin meningkat.

Seperti dikenali ramai, M. Nasir mengangkat nama ‘Sifu’ sebagai nama samaran dalam permainan tersebut. 

Beliau telah memahat namanya dalam industri hiburan Malaysia sebagai penyair, penyanyi, penulis lagu, komposer, penerbit, pelakon dan pengarah filem.

M.Nasir juga merupakan gerangan di sebalik lagu-lagu ikonik seperti 'Satu Hari Di Hari Raya', 'Gerhana' dan 'Kepadamu Kekasih'. 

Pada tahun 2004, beliau memegang watak Hang Tuah di dalam filem epik tempatan, Puteri Gunung Ledang

M. Nasir juga telah menulis lirik lagu untuk ramai artis Malaysia seperti duo terkenal Alleycats serta pernah menjadi salah satu ahli kumpulan Kembara, dengan album dengan nama sama terjual 25,000 naskhah. – Getaran, 29 Julai 2022

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Magis Maestro M Nasir

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Akui 4 Kali Rombak Skrip, Akhirnya Mior Hashim Manap Terbitkan Sendiri Filem Imam Yang Juga Arahannya 

3

Kolum 3 tahun yang lalu

Sebuah ‘Collage’ Mengenai Penulisan Lirik

4

TARA 3 tahun yang lalu

Bertahun Menanti, Akhirnya Hasrat Siti Nordiana Menyanyikan Lagu Ciptaan M Nasir Tercapai

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan