web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bertahun Menanti, Akhirnya Hasrat Siti Nordiana Menyanyikan Lagu Ciptaan M Nasir Tercapai

Bukan mudah mendapatkan lagu daripada Datuk M Nasir kerana beliau sangat memilih. Tapi, bagaimana Siti Nordiana berjaya memujuknya? 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 9:00PM

Siti Nordiana - Gambar dari Instagram Siti Nordiana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjadi impian setiap penyanyi di Malaysia untuk menyanyikan lagu ciptaan sifu Datuk M Nasir. Begitu juga dengan penyanyi popular Siti Nordiana yang telah lama menyimpan hasrat yang sama. 

Kini impian Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana ini menjadi nyata apabila M Nasir sudi memberikan lagunya buat Nana yang berjudul Menyantun Kasih. 

“Datuk M Nasir pernah memberikan komen untuk persembahan saya ketika di Gegar Vaganza dulu. 

“Saya pernah cakap, satu hari nanti saya nak sangat menyanyi lagu ciptaan M Nasir. Sebab saya nak cabar diri saya. Bukan senang nak puaskan hati M Nasir.

“Pertama kali saya dengar demo lagu ini, saya terus jatuh cinta. Susunan muzik lagu ini menggunakan elemen etnik Sunda yang lain daripada lagu-lagu saya yang sebelum ini. Ia merupakan satu pembaharuan untuk saya,” katanya ketika ditemui di majlis santai bersama media. 

Gambar dari Instagram Siti Nordiana
Gambar dari Instagram Siti Nordiana

Ditanya bagaimana dia berjaya memujuk komposer tersohor untuk memberikannya lagu, kata Nana mungkin M Nasir melihat kepada kesungguhannya.

“Penat saya turun naik syarikat Luncai Emas. Sebenarnya saya sering jumpa M Nasir di majlis yang kami buat persembahan bersama. Pernah juga la berborak dengannya di meja makan sampai pukul tiga pagi untuk minta lagu,” katanya sambil berseloroh. 

Kongsi Nana lagi, disebabkan sering menyanyikan lagu-lagu ‘leman’, M Nasir ada bertanya kepada Nana adakah dia boleh menyanyikan lagu ciptaannya. 

“Sudah tentu saya cakap boleh. Saya boleh ubah suara saya jadi lain asalkan dapat lagu dari M Nasir. 

“Bila saya dah rakam lagu dengan M Nasir, dia memang seorang yang susah untuk kita puaskan hati dia. 

“Dia ada beritahu saya bahawa suara saya jenis yang lembut, jadi dia tak boleh bagi lagu yang terlalu berat. Kena ada kelembutan dalam lagu. Sebab itu dia bagi saya lagu Menyantun Kasih,” ujarnya. 

Gambar dari Instagram Siti Nordiana
Gambar dari Instagram Siti Nordiana

Disebabkan bakal merakamkan lagu ciptaan M Nasir, Nana sanggup mengurangkan kemunculannya di dalam televisyen kerana mahu betul-betul fokus dengan lagu ini. 

“Saya buat kajian macam mana nak menyanyikan lagu ini dengan kreatif. Sebab ini kali pertama saya bekerja dengan M Nasir. Jadi saya kena buat yang terbaik,” katanya yang melalui proses rakaman sebanyak empat kali. 

Sementara itu, menurut penulis lirik Menyantun Kasih iaitu Keon Omar yang juga Pengarah Produksi Luncai Emas, ramai penyanyi yang meminta lagu dari M Nasir, tetapi beliau agak memilih. 

“Bila dia sanggup buat lagu untuk Nana, bagi kami di Luncai Emas ini, saya rasa ini adalah satu pengiktirafan beliau kepada Nana. M Nasir ini orangnya sangat ‘straight forward’. Kalau dia tak nak buat, tunggu berapa lama pun memang dia tak buat,” katanya. 

Bercerita lebih lanjut mengenai lirik Menyantun Kasih, kata Keon lirik lagu ini dihasilkan bersesuaian dengan Nana.

Gambar dari Instagram Siti Nordiana
Gambar dari Instagram Siti Nordiana

“Saya sebenarnya merupakan salah seorang peminat Nana. Dari jauh saya perhati kisah-kisah dia. Jadi sebagai penulis saya kena fikirkan kesesuaian cerita dengan penyanyi. Tetapi kita tak cerita terlalu mendalam.

“Lagu ini menceritakan tentang ketabahan seorang wanita yang tidak mahu tenggelam. Itu merupakan satu kekuatan. Kebanyakan lirik saya juga mencerminkan kepada ‘Yang Satu’,” kongsinya. 

Video muzik Menyantun Kasih yang diarahkan oleh Yussuf Yunush sudah boleh ditonton di saluran Youtube Luncai Emas bermula 14 Oktober 2022. – Getaran, 16 Oktober 2022

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Peminat Dakwa Siti Nordiana Kena Sabotaj

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nordiana Setuju Selesaikan Kes Saman RM2.5 Juta Secara Baik

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Magis Maestro M Nasir

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bapa Siti Nordiana Meninggal Dunia

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh