Berita Terkini

5 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kehebatan Huawei Nova Y90 Tanpa Sokongan Google

Penulis kami diberi peluang mencuba telefon pintar terbaharu keluaran Huawei iaitu model Nova Y90.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 4:20PM

Huawei Nova Y90 - Gambar ihsan Huawei

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Huawei jenama telefon pintar dari China telah melancarkan model terbaharu mereka iaitu Nova Y90. 

Pastinya semua pengguna telefon pintar ingin mengetahui adakah model Huawei ini masih mampu menampilkan prestasi yang baik meskipun sudah tamat jalinan kerjasamanya bersama pihak Google dan adakah model ini berbaloi untuk dimiliki? Penulis kongsikan pendapat tentang peranti ini.

Varian yang dihantar kepada penulis ialah Huawei Nova Y90 yang bernilai RM999 bagi storan 8GB+128GB.

Model ini menampilkan rekaan dimensi 163.3 x 74.7 x 8.4mm dan berbentuk empat segi tepat serta mempunyai berat keseluruhan 195g. 

Selain itu, bahan pembuatan permukaan belakang badan peranti ini pula diperbuat daripada plastik dan besi. 

Namun penulis mendapati ia bahan yang berkualiti kerana apabila menekan permukaan belakang badannya, ia tidak berasa kosong atau meleding. 

Ditambah lagi dengan berat yang ideal, peranti ini memberikan lagi keyakinan terhadap ketahanannya apabila digenggam atau dimasukkan ke dalam poket.

Semasa membelek-beleknya, penulis mendapati reka bentuk yang ditampilkan kali ini seakan-akan sama dengan model-model yang pernah dikeluarkan oleh Huawei sebelum ini seperti Huawei Mate 40 Pro

Mungkin mereka menghasilkan rekaan sedemikian sebagai satu tanda aras atau ciri khas supaya pelanggan dapat mengecam telefon pintar keluaran Huawei. 

Saiz skrinnya pula bersaiz 6.7 inci dan menggunakan skrin jenis IPS LCD. Spesifikasi yang digunakan ini boleh dikatakan berada di tahap sederhana. 

Walau bagaimanapun ia masih mampu memberi kepuasan pada penulis ketika digunakan untuk menonton drama atau filem. 

Ini kerana luas permukaan layar dengan paparan 1080 x 2388 piksel memberikan keselesaan pada mata untuk menonton.

Model ini juga menyediakan dua ruangan kad SIM dan di bahagian audionya, ia menggunakan pembesar bunyi ‘monophonic’. 

Saat memutarkan lagu di saluran YouTube, sistem audionya didapati mempunyai sedikit kekurangan namun masih berada di tahap yang baik dan tidak membingitkan telinga.

Model ini menggunakan cipset Snapdragon 680 4G (6 nm). Walaupun cipset ini bukanlah barisan model yang paling hebat tetapi ia masih stabil dengan sentuhan kadar segar semula sebanyak 90HZ. 

Jadi sistem pemprosesannya masih mempunyai kemampuan untuk menjalankan permainan dalam talian seperti Mobile Legend dengan lancar. 

Semasa penulis cuba untuk bermain PUBG, tiada langsung gangguan terhadap pergerakan grafik walaupun tetapannya menggunakan tahap kualiti paparan yang paling tinggi. 

Jadi ia masih menampilkan prestasi yang baik untuk pengguna yang gemar bermain permainan dalam talian.

Huawei Nova Y90 menggunakan cipset Snapdragon 680 4G (6 nm)
Huawei Nova Y90 menggunakan cipset Snapdragon 680 4G (6 nm)

Beralih pula pada bahagian kamera, resolusi yang dipasangkan adalah 50MP (kamera ultra lebar) dan 2MP (kamera mikro dan kamera kedalaman) manakala bagi kamera swafotonya pula ialah sebanyak 8MP. Menggunakan sistem pengecasan jenis C (type C), bateri yang digunakan ialah jenis Li-Po dengan kekuatan 5000 mAh.

Bercakap mengenai penggunaan aplikasi dan tetapan yang ada pada model Huawei ini, pasti ramai maklum bahawa Google sudah tidak lagi mengadakan jalinan kerjasama dengan jenama ini. 

Walau bagaimanapun, Huawei telah mencipta aplikasi dalamannya sendiri untuk memuat turun aplikasi yang lain seperti WhatsApp, Facebook dan sebagainya melalui Huawei AppGalery.

Huawei telah mencipta aplikasi dalamannya sendiri untuk memuat turun aplikasi yang lain seperti WhatsApp, Facebook dan sebagainya melalui Huawei AppGalery
Huawei telah mencipta aplikasi dalamannya sendiri untuk memuat turun aplikasi yang lain seperti WhatsApp, Facebook dan sebagainya melalui Huawei AppGalery

Penulis merasa tidaklah sesukar mana untuk menggunakannya kerana ia seakan-akan sama seperti Google Play atau App Store. 

Namun mungkin pada permulaannya agak janggal sedikit kerana tetapan dan ikonnya agak berbeza. 

Dalam masa yang sama anda masih boleh mengakses laman sesawang Google menerusi pelayar atau browser yang sedia ada dengan hanya menaip perkataan Google. 

Namun apa yang pasti aplikasi Google sama sekali tidak wujud di dalam senarai aplikasi Huawei AppGalery.

Huawei Nova Y90 ini dikeluarkan dengan empat pilihan warna iaitu biru kristal, putih mutiara, hijau zamrud dan gelap malam. 

Huawei Nova Y90 dikeluarkan dengan empat pilihan warna iaitu biru kristal, putih mutiara, hijau zamrud dan gelap malam
Huawei Nova Y90 dikeluarkan dengan empat pilihan warna iaitu biru kristal, putih mutiara, hijau zamrud dan gelap malam

Oleh itu, penulis berpendapat bahawa telefon ini tidak mempunyai masalah besar untuk digunakan.

Secara keseluruhannya ia berada di tahap prestasi yang baik sebagai telefon kelas pertengahan seiring dengan teknologi yang dipasangkan serta harganya mampu milik. - Getaran, 20 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Falsafah Madani Tidak Mampan Jika Transformasi Teknologi Tidak Disertai Ihsan

2

Teknovasi 11 bulan yang lalu

Cipset Telefon Pintar Terbaharu MediaTek Dimensity 9200+ Bakal Diperkenalkan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Cinta Ditolak Isteri Orang, Penganggur Mengamuk Bakar Kedai

4

TARA 1 tahun yang lalu

Petal Ads Platform Pengiklanan Digital Terkini Dari Huawei

Sorotan

1

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

2

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

3

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

4

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

5

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

6

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN