web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vietnam Catat Pembelian Dalam Talian Tertinggi Di Asia Tenggara

Vietnam mendahului negara Asia Tenggara lain untuk pembelian dalam talian, dengan purata 104 pesanan setahun bagi setiap individu.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 8:01PM

73 peratus responden tinjauan mengatakan mereka kerap membeli-belah di platform beli-belah e-dagang - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vietnam mendahului negara Asia Tenggara lain untuk pembelian dalam talian, dengan purata 104 pesanan setahun bagi setiap individu, menurut laporan baharu yang dikeluarkan oleh Ninja Van Group, sebuah syarikat e-logistik yang beroperasi di negara-negara Asia Tenggara.

Menurut laporan mengenai 'e-dagang merentasi sempadan,' 73 peratus responden tinjauan mengatakan mereka kerap membeli-belah di platform beli-belah e-dagang dan 59 peratus berkata mereka telah memesan atau banyak kali membuat pembelian di laman sesawang antarabangsa.

Vietnam kini menyumbang 15 peratus daripada pasaran beli-belah dalam talian Asia Tenggara, selepas Thailand dan Filipina masing-masing menyumbang 16 peratus, lapor Agensi Berita Vietnam.

Laporan itu menunjukkan bahawa orang Vietnam suka membeli-belah dalam talian dan mendahului rantau ini dalam banyak petunjuk.

"Dengan penyelidikan strategik yang menunjukkan pembangunan industri e-dagang dan e-pos di Asia Tenggara, kami percaya bahawa pasaran Vietnam adalah antara yang paling berpotensi berikutan pertumbuhannya yang mampan dan jelas dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kata Pengarah Jualan Ninja Van Vietnam Phan Xuan Dung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN