Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Model Telefon Pintar Termahal Di Dunia 2022

Terdapat sesetengah syarikat telefon bimbit mengambil langkah untuk mengeluarkan model edisi khas yang mana jumlah bilangannya sangat terhad, eksklusif dan harganya jauh lebih mahal.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 4:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap telefon pintar pasti mempunyai keistimewaannya tersendiri dari segi reka bentuk, fungsi dan sebagainya. 

Boleh dikatakan setiap bulan terdapat keluaran model telefon pintar yang baharu bagi menarik perhatian pengguna. 

Malah ada segelintir individu sanggup mengeluarkan wang mereka untuk memiliki telefon bimbit terkini walaupun model telefon yang sedia ada masih baru dipakai. 

Dalam pada itu, terdapat sesetengah syarikat telefon bimbit mengambil langkah untuk mengeluarkan model edisi khas yang mana jumlah bilangannya sangat terhad, eksklusif dan harganya lebih mahal.

Ketahuilah bahawa terdapat  telefon pintar yang sangat mewah dihasilkan sehingga harganya mencecah jutaan ringgit.

Segmen Teknovasi kali ini berkongsi lima model telefon pintar termahal di dunia untuk tahun 2022.

Gambar dari stuarthughes.com
Gambar dari stuarthughes.com

Iphone 3GS Supreme Rose

Model ini adalah hasil ciptaan individu bernama Stuart Hughes yang merupakan pengasas kepada Goldstriker International. 

Ia merupakan sebuah syarikat butik barangan mewah, barang kemas serta berlian terbesar di dunia dan tersedia secara dalam talian. 

Beliau telah mencipta sebuah telefon pintar model Iphone 3GS mewah yang dihasilkan di Liverpool bersama sarungnya yang diperbuat daripada emas mampat 22 karat seberat 271 gram. 

Di bahagian butang home telah dipasangkan 136 berlian 68 carat. 

Ini termasuklah seluruh permukaan logo iphone emas di bahagian belakang yang dilekatakan bersama 58 berlian 1 karat. 

Model eksklusif mewah dan berkilat ini mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan serta dikeluarkan dari kilang secara sah dengan storan sebanyak 32 GB.

Kini ia dijual di pasaran secara terbuka dengan harga US$1.93 juta di laman web rasmi Goldstriker International.co.uk.


Gambar dari newatlas.com
Gambar dari newatlas.com


 

Iphone 3G Kings 

Bagi model ini pula, ia dicipta oleh seorang tukang emas yang  berasal daripada Austria bernama Peter Alison. 

Reka bentuk ini merupakan pencapaian terbaik untuk rekod peribadinya yang berjaya menduduki carta keempat dalam pembuatan telefon pintar paling mewah di dunia. 

Menariknya, dia mengenakan sentuhan tiga jenis emas 18 karat iaitu emas kuning, emas putih dan emas ros pada tepi garisan badan peranti tersebut dan bertatahkan 136 berlian di sekelilingnya. 

Ditambah lagi dengan pemasangan seketul berlian 6.6 karat di bahagian butang utama (home) menjadikan ia nampak lebih menarik dan menggoda. 

Harga yang ditawarkan mengikut pasaran bernilai US$2,517,345.

Gambar dari stuarthughes.com
Gambar dari stuarthughes.com

Iphone 4 Edisi Berlian Ros

Seterusnya daripada pengasas Goldstriker International yang sama, Stuart Hughes telah berjaya mencatat rekod dengan mengeluarkan sebuah lagi model iphone 4 edisi berlian ros. 

Menariknya pada kali ini, peranti tersebut tidak banyak berubah daripada bentuk asal. Akan tetapi ia disaluti dengan emas ros bersama 500 berlian 100 karat. 

Ditambah lagi dengan 53 berlian yang dipasangkan pada logo Apple dibahagian belakang peranti. Model ini dikeluarkan sebanyak dua buah sahaja dengan storan 32 GB dan bernilai US$5 juta.

Gambar dari stuarthughes.com
Gambar dari stuarthughes.com

Iphone 4S Emas Elite

Sekali lagi individu yang sama iaitu Stuart Huges telah mencipta rekod dengan menduduki tangga kedua mencipta telefon pintar termahal di dunia. Model iphone 4S emas elite ini dipenuhi dengan 500 berlian 100 karat yang berada di tepi badan model telefon pintar ini.

Bagi logo Apple di bahagian belakang, ia mengenakan emas 24 karat beserta 53 berlian di atasnya. 

Apa yang mengagumkan, badan peranti ini diperbuat daripada pepejal platinum yang dicampurkan bersama tulang dinosaur T-REX dan beberapa batu yang jarang ditemui. 

Model ini dikeluarkan dua unit sahaja dengan storan 64 GB dan bernilai US$5 juta seunit.

Gambar dari thestatesman.com
Gambar dari thestatesman.com

Falcon Supernova iphone 6 Berlian Merah Jambu

Model telefon pintar ini menduduki carta pertama hasil gabungan jenama barang kemas mewah dari Amerika Syarikat iaitu Falcon. Secara keseluruhan, badan peranti ini diperbuat daripada emas dan platinum 24 karat.

Elemen yang menjadikan ia sangat mewah dan mahal adalah kerana telefon tersebut bertatahkan berlian merah jambu di bahagian belakangnya yang bernilai US$48.5 juta. 

Di samping itu, terdapat dua buah lagi model yang sama, bezanya ia bertatahkan berlian jingga (US$42.5 juta) dan berlian biru (US$32.5 juta). 

Ketiga-tiga unit ini dikatakan tidak mampu dibida oleh sesiapa pun sehingga sekarang dan ia masih berada ditangan individu bernama Nita Ambani isteri kepada Mukesh Ambani yang juga usahawan terkaya di India.

Sumber: clacified.com 

Berita Berkaitan

1

Muzik 10 bulan yang lalu

Harga Tiket Konsert Mahal, Faizal Tahir Minta Maaf Kepada Peminat

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Tiada Satu Pun Projek Rumah Belia Kerajaan Terdahulu Dilaksanakan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kenapa Guna Aplikasi Air Asia Semak Tambang MAS? Netizen ‘Sekolahkan’ Ka Siong

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiket Kelas Ekonomi KL-Tawau Cecah RM3,138 Tidak Tepat – Anthony Loke

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN