Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harga Tiket Konsert Mahal, Faizal Tahir Minta Maaf Kepada Peminat

Dalam pada itu, Faizal turut meluahkan rasa sedikit kecewa apabila harga tiket itu dipersoal sedangkan peminat sanggup membayar lebih untuk menonton persembahan artis luar negara.

Muzik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 4:00PM

Konsert 'Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur' bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre pada 2 September ini - Gambar ihsan Penganjur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Didakwa harga tiket konsert solo pertamanya,  Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur mahal oleh segelintir pihak, penyanyi, penghibur yang juga komposer,  Faizal Tahir tampil memohon maaf kepada semua peminatnya.

Menurut Faizal, perkara itu berada di luar kawalannya dan dia tiada kuasa untuk menentukan harga jualan tiket bagi konsertnya.

Menurut Faizal Tahir, perkara itu berada di luar kawalannya dan dia tiada kuasa untuk menentukan harga jualan tiket bagi konsertnya
Menurut Faizal Tahir, perkara itu berada di luar kawalannya dan dia tiada kuasa untuk menentukan harga jualan tiket bagi konsertnya

“Bagi pihak saya, saya minta maaf banyak-banyak kerana ia bukan satu perkara yang saya boleh kawal dengan mudah.

“Mungkin ini sedikit sebanyak salah saya juga kerana tidak ambil pusing sangat berkenaan harga tiket yang ditawarkan kepada penonton.

“Sebagai penghibur, saya perlu memberikan yang terbaik untuk memastikan harga tiket yang mereka bayar itu berbaloi.

“Saya rasa dengan pengalaman 17 tahun menyanyi, Alhamdulillah saya sudah dapat menghasilkan karya yang cukup baik untuk dihargai peminat bagi membayar harga sebanyak itu,” katanya kepada Getaran.

Faizal akui dia perlu memberikan yang terbaik untuk memastikan harga tiket yang para peminat bayar itu berbaloi
Faizal akui dia perlu memberikan yang terbaik untuk memastikan harga tiket yang para peminat bayar itu berbaloi

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Aku Faizal Tahir Live in KL yang diadakan di Jiospace, Petaling Jaya, Selangor semalam.

Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, berkata meskipun akui dirinya turut terkejut berkenaan harga yang ditetapkan pihak penganjur,  dia bagaimanapun menyerahkan urusan penjualan tiket sepenuhnya kepada mereka.

Bahkan, Faizal turut mengakui sedikit tertekan apabila melihat harga tiket yang ditawarkan.

“Sejujurnya, masa saya tengok harga tiket pada mula-mula, saya tertanya juga ‘wow’ harga tiket macam ini ya’, memang terkejut.

“Namun, perkara ini saya sudah serahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan tapi seperti penganjur cakap sebelum ini, mereka sudah mengambil kira banyak perkara untuk menetapkan harga tiket ini.

“Jadi soal harga saya tidak boleh jawab lebih kerana di luar bidang kuasa saya. Bagi saya patah balik dan kurangkan harga tiket itu agak susah tapi seperti dimaklumkan pihak penganjur, ia adalah harga berdasarkan apa yang mereka jangka daripada saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelantun lagu ‘Santai’ itu berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada malam konsert tersebut.

Dalam pada itu, Faizal turut meluahkan dirinya sedikit kecewa apabila harga tiket itu dipersoal sedangkan peminat sanggup membayar lebih untuk menonton persembahan artis luar negara.

“Sebenarnya, ini satu persoalan yang bagus untuk masyarakat kita lihat sendiri. Boleh saja kalau saya nak cakap fasal isu sebegini tetapi saya bukan jenis seperti itu.

“Tak kisahlah harga artis dari Barat, Korea, Jepun atau Indonesia, peminat sanggup bayar mahal tetapi kalau artis kita mereka persoalkan,” kongsinya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila peminat mempersoalkan harga tiket konsert Aku Faizal Tahir Live In KL dijual dengan harga yang mahal. 

Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre pada 2 September ini dijual dengan harga tiket bermula RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM688 (VIP). - Getaran, 14 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Faizal Tahir Lelong Barangan Peribadi Demi Palestin

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Tiada Satu Pun Projek Rumah Belia Kerajaan Terdahulu Dilaksanakan

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Semoga Rakyat Malaysia Bebas Hutang, Jalaluddin Hassan Bangga Berkolaborasi Dengan Angkasawan Negara Dan Faizal Tahir

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kenapa Guna Aplikasi Air Asia Semak Tambang MAS? Netizen ‘Sekolahkan’ Ka Siong

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 2 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran