web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semoga Rakyat Malaysia Bebas Hutang, Jalaluddin Hassan Bangga Berkolaborasi Dengan Angkasawan Negara Dan Faizal Tahir

Aktor legenda ini bekerjasama dengan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan penyanyi yang juga komposer, Faizal Tahir dalam sebuah muzik video berjudul,‘Kita Semua Wira’. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 4:02PM

Mesej yang cuba disampaikan dalam babak lakonan video muzik ini mungkin terjadi sendiri di dalam kehidupan kita. - Gambar Instagram Jalaluddin Hassan

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor legenda, Datuk Jalaluddin Hassan mengakui dirinya berasa bangga apabila dapat bekerjasama dengan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan penyanyi yang juga komposer, Faizal Tahir dalam sebuah muzik video berjudul, 'Kita Semua Wira'. 

Lebih membanggakan apabila muzik video yang diterbitkan CSA Academy bersama Faizal Tahir itu telah pun mencapai tontonan lebih 300,000 sejak ia dilancarkan menerusi saluran YouTube, CSA Academy bermula 10 Mac lalu. 

Jalaluddin yang juga adalah Duta CSA Academy menjelaskan, mesej yang cuba disampaikan dalam babak lakonan video muzik ini mungkin terjadi sendiri di dalam kehidupan kita.

“Walau apa pun yang terjadi, teruskanlah perjuangan kita dalam mencapai kejayaan. Biarpun bertahun lamanya, kejayaan yang dicapai atas usaha sendiri sangat manis rasanya.

“Sesiapa yang berusaha, andalah wira untuk orang-orang sekeliling kita. Jangan sesekali kita berputus asa dan teruskanlah perjuangan hidup kita.

“Semoga CSA terus berjaya dan membantu lebih ramai rakyat Malaysia dengan Program Bebas Hutang!,” katanya dalam satu perkongsian terkini di Instagram. 

Jalaluddin Hassan - Gambar Instagram Jalaluddin Hassan
Jalaluddin Hassan - Gambar Instagram Jalaluddin Hassan

Aktor yang pernah menjadi hero idaman ramai menerusi drama-drama yang mencetuskan fenomena sekitar lewat 90-an ini juga turut mengajak semua rakyat Malaysia mendengar lagu 'Kita Semua Wira' di saluran YouTube, CSA Academy. 

“Jom! SHAREkan lagu ini untuk memberi semangat kepada semua wira-wira di dalam kehidupan kita. 

“Wira yang tidak pernah berputus asa, tidak pernah bersengkang mata, tidak pernah banyak berkata dalam meneruskan perjuangan demi orang yang tercinta. Terima kasih kepada wira-wira dalam kehidupan kita dalam memastikan kita dapat hidup dengan aman dan selesa.

“Teruskan berjuang dalam hidup. Kita semua wira!,” katanya yang turut memaklumkan bahawa keratan lagu 'Kita Semua Wira' ini juga boleh didapati di TikTok.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin juga adalah antara selebriti yang terlibat menjayakan siri Travelawak: Projek Bapak-Bapak yang kini sedang bersiaran di Astro Warna, setiap Khamis, jam 9 malam. – Getaran, 20 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Faizal Tahir Lelong Barangan Peribadi Demi Palestin

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Harga Tiket Konsert Mahal, Faizal Tahir Minta Maaf Kepada Peminat

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Juri Perlu Ada Cara Bercakap Dengan Betul, Peserta Pula Harus Lebih Kental” – Faizal Tahir

4

TARA 3 tahun yang lalu

Tak Sangka! Datuk Jalaluddin Hassan Rupanya Selebriti Di Sebalik Topeng Si Manggis, Memang Satu Kejutan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN