Berita Terkini

3 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 3 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 3 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 3 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 8 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


“Juri Perlu Ada Cara Bercakap Dengan Betul, Peserta Pula Harus Lebih Kental” – Faizal Tahir

Mempunyai pengalaman sebagai peserta program realiti TV dan juga pernah duduk di kerusi juri, Faizal Tahir punya pandangannya yang tersendiri tentang peranan kedua-dua belah pihak.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 4:04PM

Faizal Tahir - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasanya satu Malaysia sudah tahu tentang kontroversi yang terjadi dalam program Famili Duo apabila salah seorang jurinya iaitu Mas Idayu memberikan komen pedas sehingga membuatkan peserta program itu iaitu Sissy Imann menangis di atas pentas dan dilihat seolah-oleh sudah berputus asa dalam bidang muzik.

Sebagai seorang selebriti yang pernah menyertai pertandingan realiti ‘One In A Million’ dan juga pernah duduk di kerusi juri, penyanyi popular, Faizal Tahir mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai kontroversi yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

“Untuk peserta program TV secara amnya termasuklah Sissy sendiri, satu perkara yang kita kena faham, bila kita memilih untuk berada di dalam satu pertandingan, kita kena bersedia untuk terima benda-benda yang kita tak akan jangka. 

“Untuk juri pula saya rasa bila nak komen itu janganlah sampai memalukan orang. Kita semua ada kelemahan sendiri, tiada siapa yang sempurna. 

"Saya faham penonton suka tengok benda-benda macam ini sebab drama kan,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran Konsert Malam Bulan Bintang.

Ditanya apakah kriteria untuk menjadi seorang juri program nyanyian, kata Faizal ada dua perkara yang perlu dititikberatkan.

Faizal menasihatkan untuk menjadi anak seni kita perlu kental. - Gambar Helmi Anuar 
Faizal menasihatkan untuk menjadi anak seni kita perlu kental. - Gambar Helmi Anuar 

“Perkara pertama yang kita perlu tahu bila kita menjadi juri adalah untuk membantu seseorang peserta itu menjadi lebih bagus, bukan untuk menjatuhkan atau memalukan peserta itu di atas pentas. Saya rasa ini nombor satu yang semua juri perlu tahu.

“Yang kedua sudah tentu harus ada pengalaman, kalau tak ada pengalaman, macam mana nak jadi juri. Ini adalah dua perkara yang paling penting. Kita kena sedar tugas kita adalah untuk memperbaiki orang yang kita menjurikan itu dengan pengalaman yang kita ada,” ujarnya. 

Kata Faizal lagi, pendekatan pihak juri dengan setiap peserta pertandingan juga harus berbeza-beza mengikut pengalaman peserta itu sendiri.

“Jika untuk peserta yang masih baru mungkin caranya perlu tegas kerana untuk melentur orang baru lebih susah ibarat besi yang kita perlu panaskan baru senang nak lentur.

“Bila menjurikan orang yang sudah ada pengalaman tetapi dia masih mahu menimba ilmu, saya rasa cara kita menegur itu perlu lain lah. 

“Untuk menjadi juri ini kita perlu jadi bijak. Setiap peserta mempunyai personaliti yang berbeza. Contoh jika pertandingan itu mempunyai enam peserta, enam-enam itu ada cara tersendiri. 

“Sama seperti kita mendidik anak. Macam saya ada tujuh orang anak, setiap anak ada cara yang berbeza-beza untuk saya menegur mengikut personaliti mereka.

“Ada orang bila kena hentam dia lagi power, ada orang tak boleh kena hentam, dia akan jadi down. Ada orang yang kita perlu cakap lembut-lembut supaya dia dapat terima apa yang ditegur. Jadi juri perlu pandai tengok personaliti orang yang dia jurikan,” kongsinya.

Melihatkan Sissy ibarat sangat terpukul dengan kontroversi ini, Faizal turut memberikan nasihat agar dia tidak menjadikan pengalaman ini sebagai pengakhiran dalam karier muziknya.

“Jangan disebabkan satu kritikan yang orang tak akan ingat pun sebenarnya kita nak membawa diri kita ke satu tahap yang paling bawah atau rasa kecewa. Saya rasa ada banyak lagi benda yang Sissy boleh tawarkan kepada industri seni kita. Jangan sebab satu episod program TV, awak nak terus down

“Saya tak sokong perkara ini sebab satu benda yang saya belajar selama berbelas tahun menjadi penyanyi adalah nak menjadi anak seni ini kita perlu kental. 

“Memang kena kental, kena tahan maki, tahan tohmahan orang sebab kita sendiri telah memilih untuk berada dalam bidang ini. 

“Perkara ini sudah ibarat makanan kepada seseorang yang bergelar public figure. Kalau tak boleh tahan, susah lah. Jadi, Sissy janganlah begitu,” pesannya.

Barisan artis yang bakal ditampilkan dalam Konsert Malam Bulan Bintang. - Gambar PR
Barisan artis yang bakal ditampilkan dalam Konsert Malam Bulan Bintang. - Gambar PR

Dalam perkembangan lain, bagi yang merindui untuk melihat Faizal Tahir beraksi di atas pentas, jangan lupa untuk membeli tiket Konsert Malam Bulan Bintang yang akan berlangsung di Axiata Arena pada 4 Mac ini. 

Selain Faizal Tahir, konsert ini turut membariskan artis ternama yang lain seperti Datuk M Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Alif Satar & The Locos, Opick, Sabyan, Salam Music dan Raihan.  – Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Bukan 'The Jebats', Tetapi 'The Jamals' Yang Dinobatkan Sebagai Juara Famili Duo Musim Kedua

2

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Walau Diselubungi Kontroversi, Sissy Iman-Naim Daniel, Fyna-Ayda Jebat Berjaya Mara Ke Final

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Bella Astillah Dedah Aktres Jelita 'Berani Mati' Mengaku Suka Pada Suaminya

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Bukan Gimik Untuk Lariskan Album - Sissy Imann Nafi Sengaja Cetuskan Drama ‘Kecewa’

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Doa Allah Pelihara Perkahwinan Saya - Nabil Ahmad Bakal Habiskan 10 Malam Terakhir Di Makkah

oleh Wafa Aula

Muzik 1 hari yang lalu

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) dalam kenyataan hari ini memaklumkan DKD Industri Muzik itu diharap dapat merealisasikan iltizam MyCreative dalam meny...

Muzik 1 hari yang lalu

Menyatukan Hujan, Bunkface, Insomniacks Dan Masdo Dalam Konsert Jiwa Kacau Satu Apresiasi – Penganjur

Konsert Jiwa Kacau terhasil untuk menaikkan lagi imej industri muzik negara dengan terus mengangkat pemuzik generasi muda yang punya bakat dan kualiti baik yang...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

‘Hati Saya Sakit Bila Suami Saya Dihina’ - Isteri Dan Pengurus Aaron Aziz Tampil Pertahankan Suami

oleh Helmi Anuar