Berita Terkini

3 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 4 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 4 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 4 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 4 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Bukan 'The Jebats', Tetapi 'The Jamals' Yang Dinobatkan Sebagai Juara Famili Duo Musim Kedua

Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang merupakan anak kepada penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah telah mempamerkan persembahan yang hebat sehingga dinobatkan sebagai juara sekali gus meletakkan pasangan kegemaran ramai iaitu The Jebats di tangga kedua.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 9:05AM

Zaki Yamani dan Yamani Abdillah telah dinobatkan sebagai juara Famili Duo musim kedua malam tadi - Gambar TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan adik-beradik yang juga merupakan anak kepada penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah telah dinobatkan sebagai juara Famili Duo musim kedua malam tadi.

Sebagai juara, Zaki dan Yamani telah memenangi wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi. Pasangan duo ini telah menewaskan juara bertahan mingguan iaitu pasangan adik-beradik, Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang mendapat tempat kedua.

Tempat ketiga pula menjadi milik pasangan sepupu dari Sabah iaitu Bella Astillah dan Wani Kayrie. Manakala tempat keempat pula disandang oleh Naim Daniel dan Sissy Imann.

Menurut juri profesional iaitu Ajai dan Mas Idayu, pasangan Zaki dan Yamani sememangnya layak dinobatkan sebagai juara kerana mereka telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara sejak dari minggu pertama. 

"Sebenarnya mummy berikan markah yang sangat tinggi kepada semua peserta. Tetapi Zaki dan Yamani punya undian yang sangat tinggi daripada penyokong mereka di luar sana. Mummy juga terkejut markah undian pasangan The Jebats kurang. 

"Zaki dan Yamani sememangnya layak menjadi juara kerana mereka ikhlas dan telah menunjukkan kesungguhan yang sangat tinggi. Mereka juga dapat fahami apa itu konsep Famili Duo. 

"Mummy juga terkejut dengan perubahan Yamani yang dapat membuang bayangan tona suara bapanya sejak beberapa minggu ini. Mereka akhirnya jumpa identiti mereka di rancangan Famili Duo," katanya ketika ditemui di sidang media. 

Bagi Ajai pula, dia menyifatkan pasangan Zaki dan Yamani sebagai peserta yang natural mendengar nasihat juri.

"Pada awal program ini , mereka menyanyikan lagu yang tidak kena dengan usia mereka. Jadi, saya nasihat mereka agar pilih lagu yang lebih sesuai dengan jiwa muda mereka. Kena ada nakal-nakal sikit. Juri juga dah larang mereka menyanyi lagu bapa mereka. 

"Mereka berdua juga sangat natural. Perangai mereka sama seperti apa yang anda lihat mereka di atas pentas," katanya. 

Sementara itu Zaki dan Yamani berkata mereka tidak menyangka akan bergelar juara pada malam itu kerana menyangkakan akan memenangi tempat kedua memandangkan pasangan Ayda dan Fyna sering kali menjuarai carta pungutan markah setiap minggu.

"Mereka berdua lebih terkenal dan lebih berpengalaman. Kami ini bukan siapa-siapa jika nak dibandingkan dengan mereka dan peserta lain. Tetapi malam ini kami telah buat sehabis baik. Kami keluarkan segala zahir dan batin, jiwa dan raga. 

"Tambahan pula ini adalah kali pertama Baba (Datuk Jamal Abdillah) datang menonton persembahan kami. Ditambah pula dengan kehadiran kedua ibu kami. Itu yang membuatkan kami lebih bersemangat," kata pasangan adik beradik ini.

Ditanya tentang perasaan membuat persembahan di hadapan bapa mereka buat pertama kali, kata Yamani dia hampir menangis sebelum mula membuat persembahan di atas pentas.

"Sewaktu mereka tayang 'VT' dan saya terdengar suara Baba, saya rasa sangat sebak dan hampir menangis. Tetapi mujur saya dapat kawal perasaan gementar. 

"Sebelum kami mulakan pertandingan akhir, Baba ada hantar mesej panjang lebar untuk kami memberikan kata-kata semangat dan pesanan," katanya.

Zaki pula mengakui program ini telah membuatkan ikatan kekeluargaan di antara dirinya dan Yamani menjadi lebih akrab berbanding dulu biarpun mereka berlainan ibu. 

"Saya sebenarnya dah lupa macam mana layanan abang saya terhadap saya dulu. Tapi, bila kami bertemu balik di Famili Duo dari minggu pertama sehinggalah sekarang, saya mula ingat balik apa yang kami selalu buat dulu.  

"Saya dah lupa macam mana dia selalu buli saya waktu kecil. Tetapi sekarang bila saya dah besar, saya buli dia balik," katanya dalam nada bercanda. 

Ditanya apa yang akan mereka lakukan dengan wang kemenangan bernilai RM100,000 itu, kata Zaki dan Yamani mereka akan memberikan duit itu kepada ibu masing-masing. 

"Saya rasa rezeki saya akan lebih melimpah jika saya berikan duit kemenangan ini kepada ibu saya," kata Yamani.

"Saya masih lagi di bawah umur, jadi duit semua saya akan berikan kepada ibu saya. Jika saya nak beli apa-apa baru saya akan minta padanya," kata Zaki.

Pada konsert akhir Famili Duo, Zaki dan Yamani telah membuat dua persembahan mengikut tema yang berlainan iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) dan bebas. Untuk tema AJL, mereka telah menyampaikan lagu 'Potret' dan 'Pelukan Angkasa' manakala untuk tema bebas pula mereka telah menyampaikan lagu 'Hutang', 'Bunga' dan 'Kau Pun Sama'. 

Berikut adalah markah setiap peserta merangkumi 80 peratus daripada juri profesional dan 20 peratus daripada undian penonton. 

Zaki Yamani & Yamani Abdillah (81.4 peratus) , Ayda Jebat & Fyna Jebat (78.7 peratus), Bella Astillah & Wani Kayrie (76.6 peratus), dan Naim Daniel & Sissy Imann (63.3 peratus) - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Menangi Oscar, Raih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik

2

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Walau Diselubungi Kontroversi, Sissy Iman-Naim Daniel, Fyna-Ayda Jebat Berjaya Mara Ke Final

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Bella Astillah Dedah Aktres Jelita 'Berani Mati' Mengaku Suka Pada Suaminya

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Bukan Gimik Untuk Lariskan Album - Sissy Imann Nafi Sengaja Cetuskan Drama ‘Kecewa’

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

Avaa Vanja Hasilkan Planner Ramadan Dalam Bentuk PDF Secara Percuma, Anggap Ia Saham Akhirat

oleh Ellyna Ali

Filem & TV 4 jam yang lalu

Isu Tuntuan Tak Masuk Akal Dan Dianiaya Awesome TV, Ayu Puteh Sudah Bawa Ke Pihak Menteri

Ketika dihubungi Getaran, Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan pasukan Menteri sudah menerima fail butiran ke...

oleh Wafa Aula

Selebriti 16 jam yang lalu

"Rindunya Pada Mereka Ya Allah" - Farid Kamil Luah Rasa Rindu Pada Keluarga Di Instagram 

Farid Kamil telah memuat naik video kenangan mereka sekeluarga sewaktu mengerjakan umrah pada Februari lalu. 

oleh Helmi Anuar

Muzik 13 jam yang lalu

Karya Habsah Hassan Diangkat Dalam Drama Audio ‘Malam Pengantin’ 

oleh Rubini Nagarajah