web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Sangka! Datuk Jalaluddin Hassan Rupanya Selebriti Di Sebalik Topeng Si Manggis, Memang Satu Kejutan

Tiada seorang pun juri yang berjaya meneka dengan betul siapakah selebriti di sebalik topeng Si Manggis selama lima minggu beliau beraksi di pentas The Masked Singer Malaysia musim ketiga.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 2:08PM

Ramai yang terkejut melihat wajah Jalaluddin Hassan di sebalik topeng berkenaan kerana kesemua sembilan orang juri tidak mampu meneka siapakah beliau - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert minggu kelima The Masked Singer Malaysia musim ketiga yang disiarkan malam tadi telah mendedahkan siapa selebriti disebalik topeng Si Manggis dan beliau merupakan Datuk Jalaluddin Hassan.

Ramai yang terkejut melihat wajah Jalaluddin di sebalik topeng berkenaan kerana kesemua sembilan orang juri tidak mampu meneka siapakah beliau. Bahkan, netizen juga gagal meneka siapakah selebriti di sebalik topeng Si Manggis. 

Pada konsert minggu kelima, Si Manggis menyampaikan lagu 'Si Gadis Ayu' dendangan asal Black Dog Bone. 

Pada konsert minggu kelima, Si Manggis menyampaikan lagu 'Si Gadis Ayu' dendangan asal Black Dog Bone
Pada konsert minggu kelima, Si Manggis menyampaikan lagu 'Si Gadis Ayu' dendangan asal Black Dog Bone

Ella yang juga adalah salah seorang juri telah meneka bahawa selebriti di sebalik topeng Si Manggis ialah bekas atlet badminton, Jailani Sidek selepas Si Manggis membuat persembahan. Manakala Didie Alias Pula meneka Rashid Sidek.

Jalaluddin selepas mendedahkan identitinya memberi tahu bahawa dia mengharapkan tersingkir di minggu ketiga kerana tidak lagi mampu untuk terus menipu rakan-rakannya (barisan juri).

"Saya mengharapkan saya terkeluar dua minggu lepas. Saya tak larat nak mempermainkan kawan-kawan saya.

"Tetapi perjalanan saya dalam program ini saya menyeronokkan. Saya rasa seronok kerana dapat mengelirukan juri-juri. Saya buat gerak-geri yang pelik-pelik untuk mengelirukan mereka. Bab itu saya rasa saya berjaya," katanya. 

Jalaluddin selepas mendedahkan identitinya memberi tahu bahawa dia mengharapkan tersingkir di minggu ketiga kerana tidak lagi mampu untuk terus menipu rakan-rakannya (barisan juri)
Jalaluddin selepas mendedahkan identitinya memberi tahu bahawa dia mengharapkan tersingkir di minggu ketiga kerana tidak lagi mampu untuk terus menipu rakan-rakannya (barisan juri)

Kata Jalaluddin lagi, dia turut rasa seperti berada di dalam penjara kerana seringkali dipimpin oleh orang lain untuk bergerak.

"Mengerikan! Saya rasa ibarat duduk dalam penjara dan sedang dibawa ke sel terakhir," kongsinya mengenai pengalaman menyertai The Masked Singer Malaysia.

Pada konsert minggu kelima, primadona filem negara, Erra Fazira telah diundang menjadi juri jemputan menggantikan tempat Emma Maembong yang tidak dapat turut serta. 

Kehadiran Erra sekali gus melenyapkan spekulasi ramai bahawa dia juga merupakan salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia musim ini. - Getaran, 21 Januari 2023

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Semoga Rakyat Malaysia Bebas Hutang, Jalaluddin Hassan Bangga Berkolaborasi Dengan Angkasawan Negara Dan Faizal Tahir

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'The Masked Singer Malaysia' Musim 3 Kembali Dengan Lebih Gah, Karakter Penuh Warna-Warni 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

‘Di Penjara Janji’ Versi Amir Masdi Trending Di YouTube

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Shila Amzah Belum Bersedia Untuk Kembali Ke China

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh