web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shila Amzah Belum Bersedia Untuk Kembali Ke China

Mengakui masih ada permintaan untuknya membuat persembahan di China, Shila Amzah belum bersedia untuk terbang ke sana dan meletakkan syarat andai mahu dirinya ke China.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Shila Amzah akui dia belum bersedia untuk kembali ke China bagi meneruskan karier nyanyiannya di sana kerana masih bimbang tentang situasi COVID-19.

Kerjaya Shila mekar di bumi China selepas dia memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave pada tahun 2012. Sejak dari itu, Shila memiliki jutaan peminat bukan sahaja dari Malaysia, tetapi China. 

Biarpun sempadan negara kini telah pun dibuka, dan orang ramai bebas untuk terbang ke mana sahaja, namun pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah ini enggan mengambil risiko dengan mempertaruhkan keselamatannya semata-mata mahu meneruskan karier di sana.

“Kali terakhir saya periksa, tempoh kuarantin di sana adalah 28 hari. Saya tidak mahu jalani tempoh kuarantin selama itu. 

Bayangkan jika saya terpaksa duduk dalam hotel bersama anak saya yang masih kecil. Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaannya. Duduk di rumah sewaktu PKP pun dah rasa tak keruan. Bayangkanlah kalau di China. Saya tidak rasa saya mampu bertahan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran aplikasi Fenix360.

Ditanya adakah masih ada permintaan untuknya melakukan persembahan di sana, kata pemenang The Masked Singer Malaysia 2 ini, tawaran masih ada namun dia terpaksa meletakkan syarat kepada pihak pengurusannya.

“Saya beritahu pada agensi saya di sana, jika mereka ada tawaran nyanyian melebihi 30 persembahan, saya akan pergi. Kalau setakat lima persembahan dan saya perlu ulang alik dari Malaysia dan lalui tempoh kuarantin selama sebulan, saya tidak mahu,” kongsinya. 

Kata Shila, kali terakhir dia membuat persembahan di China adalah sebelum pandemik melanda dunia dan telah mengadakan lebih dari seratus persembahan di serata China. 

Dalam perkembangan lain, Shila baru sahaja selesai rakaman lagu duet baharu bersama seorang penyanyi wanita yang masih dirahsiakan namanya.

Muzik video lagu terbarunya iaitu Khilaf Asmara bakal dilancarkan pada malam ini di saluran Youtube.  - Getaran, 27 Mei 2022

Gambar: Instagram

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN