web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


THhujjaj Tawar Informasi Lengkap Untuk Jemaah Haji

Bukan sekadar medium bagi merujuk persoalan agama, THhujjaj yang dibangunkan TH turut membantu jemaah mendapatkan maklumat semasa seperti cuaca, lokasi serta peta di Makkah dan Madinah.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 6:57PM

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan aplikasi THhujjaj bagi memudahkan jemaah Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci - Gambar ihsan Tabung Haji

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan aplikasi THhujjaj bagi memudahkan jemaah Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

Bukan sekadar medium bagi merujuk persoalan agama, THhujjaj yang dibangunkan TH turut membantu jemaah mendapatkan maklumat semasa seperti cuaca, lokasi serta peta di Makkah dan Madinah.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pelbagai maklumat penting terkandung dalam aplikasi itu dan ia memudahkan jemaah bermula sejak mereka menerima tawaran menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Apabila mereka hendak bergerak ke Arafah, Muzdalifah dan Mina nanti… semua maklumat ada di dalam aplikasi ini. Mereka juga boleh mengulang kaji bimbingan haji kerana terdapat nota dan video berkaitan ibadah, kursus asas dan kursus perdana,” katanya.

Seorang jemaah haji, Abang Muhammad Faidy Razak berkata beliau telah memuat naik aplikasi itu sejak berada di tanah air bagi mendapatkan maklumat berkaitan jadual penerbangan dan lokasi penginapan. 

 
Aplikasi THhujjaj untuk Jemaah Haji!

Aplikasi Untuk Jemaah Haji! THhujjaj adalah aplikasi yang memudahkan jemaah haji untuk mendapatkan informasi terkini seperti info kesihatan, live chat soal jawab serta panduan dan rujukan ibadah haji. Bakal Haji boleh muat turun aplikasi THhujjaj melalui: Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/thhujjaj/id1597884376 Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.tabunghaji.thhujjaj #tabunghaji #thhujjaj

Posted by Official : Lembaga Tabung Haji on Wednesday, May 11, 2022

“Saya dapati aplikasi ini mengandungi informasi menarik untuk jemaah. Contohnya, cuaca di Madinah dan Makkah, waktu solat, selain terdapat bimbingan untuk jemaah haji bertanya kepada yang lebih pakar.

“Paling saya suka, THhujjaj mengandungi perkongsian hadis, kita boleh baca setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran aplikasi itu di bangunan Qsar Al Janadriah, yang menempatkan jemaah Malaysia.

Nur Hidayah Din Hatt Abdullah pula menyifatkan aplikasi itu membantunya mendapatkan informasi berkaitan pergerakan di Madinah dan Makkah serta hari wukuf, yang akan tiba empat hari lagi.

“Ia (THhujjaj) sangat membantu… apabila sampai di Tanah Suci, ia membantu urusan pergerakan dan hotel penginapan.

“Dapat tahu jarak perjalanan ke hotel dan di Mina nanti, saya dapat mengetahui lokasi ke tempat melontar jamrah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan