web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


EA Sports Tamat Kontrak Permainan Video Bersama FIFA

Sebelum anda membuat sebarang spekulasi, mari kita lihat terlebih dahulu bagaimanakah perjanjian di antara kedua-dua pihak dilaksanakan.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 9:45AM

Gambar pineapple.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Boleh dikatakan hampir semua orang pasti mengenali siri permainan video bola sepak yang dinamakan FIFA. 

Ia mendapat lesen penerbitan secara terus untuk dijadikan permainan video oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 

Gambar goal.com
Gambar goal.com

Permainan ini dibangunkan oleh syarikat seni elektronik sukan dunia iaitu EA Sport dan siri pertamanya dikeluarkan pada 1993 berjudul FIFA International Soccer

Pelbagai kemajuan dan naik taraf dilakukan setiap tahun dari segi paparan grafik, kemaskini pemain sehinggalah liga bola sepak wanita diwujudkan dalam senarai kejohanan. 

Ini termasuklah jenis peranti yang boleh digunakan untuk memainkannya, seperti telefon pintar, konsol playstation dan seumpamanya.

Gambar change.org
Gambar change.org

Kegilaan terhadap permainan video ini sangat meluas sehingga terdapat beberapa pemain bola sepak sendiri menjadikannya aktiviti atau hobi ketika waktu lapang.

Namun adakah anda mendengar khabar bahawa permainan video FIFA 22 (keluaran tahun 2022) adalah siri yang terakhir berikutan penamatan lesen kontrak EA Sport bersama FIFA? 

Gambar pineapple.my
Gambar pineapple.my

Sebelum anda membuat apa-apa spekulasi, mari kita lihat terlebih dahulu bagaimanakah perjanjian di antara kedua-dua pihak dilaksanakan bagi mencipta permainan video yang sudah berusia hampir tiga dekad ini.

Setiap tahun divisyen EA Sport akan memperbaharui lesen penerbitan permainan video ini dengan membayar AS$150 juta kepada FIFA. 

Nilai tersebut akan dipersetujui dan ditandatangai menerusi kontrak yang akan digunakan dalam tempoh kitaran masa piala dunia iaitu empat tahun sekali dan jumlah keseluruhannya mencecah AS$600 juta.

Isu berkenaan penyambungan lesen ini timbul apabila pihak FIFA meminta pembayaran bagi kontrak yang seterusnya dengan peningkatan nilai sebanyak AS$1 billion setahun. 

Perjanjian itu digubal semula termasuklah mengehadkan beberapa pengurusan terhadap keuntungan menerusi pendapatan penjualan permainan video tersebut.

EA Sport akhirnya membuat satu langkah yang berani saat tidak bersetuju dengan syarat yang dikenakan seterusnya menamatkan kontrak berkenaan.

Meskipun terdapat beberapa implikasi yang akan terjadi jika kontrak ini tidak diteruskan, pihak EA Sport dilihat tidak akan terjejas teruk dari segi pendapatan. 

Ini kerana mereka telah mengeluarkan pelbagai jenis pemain video seperti sukan Kejohanan Bola Keranjang (NBA) dan banyak lagi.

Menurut laporan tahunan 2022, menerusi produk tersebut mereka sudah mengaut keuntungan yang besar sehingga AS$1.62 billion

Gambar wccftech.com
Gambar wccftech.com

Oleh itu EA Sport masih boleh meneruskan permainan video bola sepak ini namun bukan atas nama FIFA lagi.

Tambahan pula, ura-ura mengatakan mereka mungkin akan menukarkan nama permainan tersebut kepada EA Sport FC. 

Malah kemungkinan besar EA Sport tidak akan menggunakan beberapa istilah asal seperti nama pemain atau stadium seperti permainan video bola sepak yang lain. 

Ini termasuk kategori kejohanan piala dunia yang mungkin tidak akan ada dalam rangkaian permainan video dibawah EA Sport kerana ia di bawah pengaruh penuh FIFA. 

Dalam masa yang sama masih belum kedengaran lagi tentang mana-mana syarikat yang ingin mengambil-alih lesen FIFA sebagai permainan video. 

Gambar fifplay.com
Gambar fifplay.com

Selain itu, kesannya di dalam industri e-sukan juga akan memberi impak terhadap jenama FIFA itu sendiri. 

Ini kerana setiap kejohanan e-sukan kategori bola sepak yang berlangsung sebelum ini pasti menggunakkan jenama tersebut sebagai penanda aras, seperti FIFA eWorld Cup Grand Final 19 LONDON. 

Apakah agaknya nama yang akan digantikan untuk kejohanan seperti ini jika kontrak tersebut tidak disambungkan lagi pada masa akan datang? KIta hanya mampu tunggu dan lihat.

Gambar fifaultimateteam.it
Gambar fifaultimateteam.it

Apakah pendapat peminat permainan ini berkaitan isu di atas. Adakah EA Sport sewajarnya meneruskan kontrak seperti yang diminta oleh FIFA atau membuat suatu pembaharuan pada masa akan datang?. Kita tunggu dan lihat. - Getaran, 22 Jun 2022


 

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 minggu yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini