web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Cara Mengesan Jam Tangan Rolex Tiruan

Jam mewah kerap ditiru oleh ramai pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun ketahui cara mengenali yang asli dan yang palsu.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 11:30AM

Gambar: Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rolex sebuah jenama jam tangan mewah yang tidak asing lagi dan sudah pasti nilai jam tangan ini boleh mencecah ratusan ribu ringgit. 

Sejak 1905 jam tangan buatan Switzerland ini mempunyai komponen yang sangat eksklusif dan sesetengah daripada komponennya disaluti emas. 

Antara jenis emas tulen yang digunakan ialah emas kuning, putih, everose dan yang paling eksklusif ialah emas merah jambu. 

Terkini, Rolex mencatatkan lebih 500 reka bentuk asli yang berdaftar. Ia merupakan antara aksesori mewah yang dipakai di tangan individu yang kebanyakannya terdiri daripada profesional serta berada.

Walaupun terdapat sesetengah negara yang cuba untuk mengklon jam ini tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak mampu ditiru seperti jam yang asal.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi empat cara mengesan jam tangan Rolex tiruan.

Pergerakan Jarum Detik

Kebanyakan jam tangan Rolex dihasilkan dalam bentuk kronograf atau jarum sebagai penunjuk angka nombor yang ada di permukaan jam. 

Namun masih terdapat juga keluaran dalam bentuk digital. 

Tambahan lagi, sesetengah model mengenakan emas pada komponen jarum tersebut. 

Melalui pergerakan jarum yang meliputi 60 saat untuk satu pusingan ini, anda boleh  mengenal pasti sama ada ia tiruan atau tulen menerusi pergerakannya. 

Jika diteliti dengan betul, Rolex tiruan akan menunjukkan pergerakan sedikit lambat dan tersekat-sekat pada pergerakan jarum ini. 

Itu menandakan ia menggunakan komponen tiruan. 

Anda boleh mengujinya dengan mendengar detik jam tangan tiruan dan tulen seterusnya kenal pasti bunyi kelancaran jarum tersebut bergerak.
 

Berat Jam

Kemudian, anda boleh mengenal pasti jam ini asli atau tidak melalui jisim berat yang ada pada jam tersebut. 

Pada asasnya, pembuatan jam ini menggunakan kualiti besi yang tinggi sekaligus menjadikan ia agak berat manakala yang tiruan sebaliknya. 

Perlu diingat bahawa jam Rolex tiruan adalah tidak begitu berat. 

Di samping itu, sesetengah pemakai akan tidak merasa selesa kerana beratnya tidak ideal dan nilai barang tersebut akan terasa murah. 

Oleh itu, kenal pasti terlebih dahulu berat sebenar model jam tersebut sebelum membelinya.

Butang Penggulung

Butang pengglung lazimnya berada di bahagian sisi kiri jam yang berfungsi sebagai tetapan untuk melaraskan waktu yang dikehendaki. 

Bagi jam Rolex tiruan, ia dipasangkan dengan butang penggulung yang mempunyai fungsi asas sahaja iaitu untuk menetapkan jam dan minit. 

Manakala bagi sebuah jam asli untuk jenama mewah ini, butang penggulungnya mempunyai ukiran dan seni yang sangat halus serta berkualiti. 

Malah setiap pergerakan komponen di permukaan jam tersebut disambungkan dan boleh dilaras melalui butang tersebut.  

Jadi perlu diingatkan, setiap komponen yang ada pada jam yang tulen hampir semuanya berfungsi dan disambungkan dengan penggulung jam.

Kanta Pembesar Tarikh Pada Muka Jam

Ini adalah bahagian yang paling sukar ditiru untuk sebuah jam Rolex. 

Jam yang tulen akan mempunyai lapisan kanta pembesar pada angka tarikh. 

Ia berada di kedudukan nombor tiga pada permukaan jam. 

Kebanyakan pembuat barang jam tiruan, akan mengabaikan bahagian ini kerana ia agak sukar untuk dibina. 

Jadi, mereka memasang kanta pembesar yang biasa dan nombor tarikh tersebut akan mempunyai saiz yang umum. 

Oleh itu, perlu diingatkan jika anda ingin mendapatkan sebuah jam tangan jenama Rolex (atau apa sahaja jenama mewah asli), belilah di premis yang sah dan asli untuk mengelakkan daripada ditipu. 

Sumber: businessinsider.com

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Gaya 5 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad