web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cabaran Menggunakan Tab Sebagai Komputer Riba

Setelah hampir dua minggu, penulis kami menggunakan Tab terbaharu Samsung sebagai komputer riba di tempat kerja, dan di sini dia berkongsi pendapat jujurnya tentang pengalaman tersebut.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 12:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan model Tab yang mempunyai spesifikasi canggih dengan saiz paparan besar seakan-akan komputer riba iaitu Galaxy Tab S8 Ultra. 

Penulis telah menerima pelbagai maklum balas daripada beberapa individu semasa memaparkan ulasan penuh peranti ini. 

Sudah hampir dua minggu penulis mencabar diri untuk menggunakannya sebagai komputer riba di tempat kerja, dan di sini penulis berkongsi pendapat jujur.

Cabaran Tab 1

Cabaran Tab 2

Secara asasnya, peranti ini didatangkan bersama papan kekunci elektronik mudah alih yang senang dicabut dan dipasangkan semula. 

Hanya dengan mencantumkannya di bahagian bawah tab secara melintang, ia secara automatik akan berfungsi sebagai papan kekunci. 

Jadi, mudah untuk anda membawanya ke mana-mana sahaja untuk melaksanakan tugas.

Cabaran Tab 3

Tambahan lagi, peranti ini boleh ditukarkan kepada paparan ‘desktop’ dengan menggunakan mod khas yang dipanggil Samsung DEX. 

Jadi secara visual, saiz skrin sebesar 14.6 inci, tidak akan membuat anda berasa janggal dan apabila menggunakannya dalam mod itu, ia masih terasa seperti melihat komputer riba biasa.

Selain dari papan kekuncinya yang sangat lembut dan selesa apabila menaip, fungsi sentuhan pada skrin juga masih boleh digunakan secara serentak.

Cabaran Tab 4

Walaubagaimanapun semasa menggunakanya, paparan yang ada pada Samsung DEX serba sedikit mengelirukan penulis. 

Ia memerlukan sedikit masa untuk difahami kerana sistem ‘desktop’ yang digunakan sama sekali tidak serupa seperti komputer riba yang ada. 

Ia masih menggunakan aplikasi sistem android seperti telefon pintar atau tablet biasa. 

Jadi anda tidak boleh beranggapan bahawa ia mempunyai tetapan umum sebuah komputer seperti This PC, Recycle Bin, Microsoft Word dan seumpamanya. 

Namun aplikasi komputer masih boleh digunakan dengan hanya memuat turunnya melalui aplikasi google play store dan boleh diaktifkan menggunakan emel, sama seperti tab atau telefon pintar.

Cabaran Tab 5

Seterusnya, penulis juga cuba menggunakan aplikasi YouTube melalui sistem Samsung DEX untuk mendengar lagu dan menonton berita. 

Sedikit pelik di mata penulis apabila paparan YouTube tersebut mempunyai corak susunan yang sangat berbeza daripada mod Tab mahupun desktop yang sebenar. 

Model ini cuba mencipta reka bentuk dan susunan paparan YouTube tersendiri menggunakan sistem Samsung DEX. 

Menurut penulis, ia kurang sesuai dan Samsung tidak sepatutnya menukar reka bentuk susunan terhadap aplikasi yang sudah stabil dan sedia ada. 

Namun perkara tersebut boleh diselesaikan apabila anda membuka aplikasi tersebut melalui carian google dan ia akan mengeluarkan paparan seperti sedia biasa.

Cabaran Tab 6

Maka menurut penulis, ia mungkin tidak menjadi masalah untuk pengguna menggunakanya sebagai komputer riba. 

Ia sememangnya mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja malah reka bentuknya juga agak nipis. 

Namun ia tidak disarankan buat pengguna tegar yang lebih selesa mempraktikkan komputer riba sebagai peranti utama untuk melaksanakan tugasan pejabat. 

Ini kerana anda mungkin akan berasa kekok, janggal dan memakan masa untuk memahami sistem dan tetapan yang ditampilkan bagi melaksanakan kerja-kerja pejabat. - Getaran, 20 April 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan