web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Prestasi Samsung Galaxy S22+ Berbaloi Untuk Dimiliki

Penulis kami merungkai pengalamannya menggunakan peranti terbaharu Samsung. 

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah hampir sebulan penulis menggunakan telefon pintar Samsung model Galaxy S22+. Sejujurnya, model ini masih lagi memukau mata dengan fungsi dan ciri-ciri naik taraf yang dipertingkatkan. 

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi ulasan berkenaan prestasi telefon pintar Samsung Galaxy S22+ 

Secara amnya, model ini memerlukan tempoh lebih kurang empat hingga lima hari untuk pengguna mahir menggunakannya secara efektif. 

Pelbagai aplikasi dan fungsi yang lebih terperinci ada pada model ini.

Prestasi #1

Namun, ia tidak sesukar mana untuk dikuasai kerana model ini mesra pengguna. Walau bagaimanapun, penulis merasakan ia tidak begitu mudah pada bahagian kamera bagi mod manual. 

Ia memerlukan sedikit kemahiran untuk memahaminya. Dari segi sistem bunyinya pula, sekalipun anda tidak menggunakan fon telinga semasa menonton filem atau mendengar lagu, suara atau bunyi yang dikeluarkan oleh peranti ini tidak pecah dan membingitkan telinga anda. 

Kejelasan perkataan yang dikeluarkan daripada pembesar suara dapat didengar dengan baik.

Prestasi #2

Beralih kepada sistem pemprosesan dan chipset yang digunakan, sudah pasti ia memberikan kelancaran yang mantap ketika anda menaip atau bermain permainan dalam talian. 

Walaupun model ini tidak menyediakan pen yang dikhususkan untuk menulis diatas permukaan skrin seperti model S22 Ultra, prestasinya masih berada di tahap yang tinggi.

Prestasi #3

Dari segi paparannya pula, penulis mengujinya dengan menonton sebuah filem yang berdurasi satu jam tiga puluh minit di platform Youtube. 

Apa yang boleh dikatakan, mata penulis langsung tidak merasa sakit walaupun telefon tersebut tidak dilengkapi dengan skrin pelindung. 

Begitu juga apabila anda menggunakannya untuk menstrim permainan dalam talian. 

Ini kerana sesetengah telefon pintar yang mempunyai cahaya terang yang sangat tinggi akan menyebabkan kepala pengguna pening apabila melihat skrin terlalu lama. 

Walau bagaimanapun, pengguna masih disarankan untuk memasangkan skrin pelindung tersebut bagi mengelakkannya daripada tercalar.

Prestasi #4

Selain itu, ketahanan baterinya yang menggunakan sistem pengecas segera juga sudah pasti memakan masa yang singkat sahaja untuk bekalan bateri penuh semula. 

Namun menurut pengalaman penulis, mana-mana telefon pintar pada fasa awal pasti mempunyai kuasa bateri yang tahan lama. Selepas beberapa tahun, prestasi bateri tersebut pasti akan menurun dan perlu ditukarkan kepada yang baharu. Ia bergantung kepada penggunaan dan kapasiti kuasa bateri itu. 

Prestasi #5

Jadi secara keseluruhan, bagi penulis ini adalah antara model telefon pintar yang hebat dan luar biasa. 

Bagi sesiapa yang hendak membeli atau menukar telefon yang sedia ada, penulis menyarankan untuk mendapatkan Samsung Galaxy S22+ ini kerana ia sangat berbaloi dimilik. 

Ia setara dengan harga yang ditawarkan iaitu RM 4,299 (5G 256GB) atau RM4,099 (5G 128GB) seunit. - Getaran, 30 Mac 2022

Gambar: Izwan Ramlan


 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden