Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Teknologi Pemadam Api

Bukan semua kebakaran boleh dipadam mengggunakan air dan kerana itu pelbagai teknologi dicipta bagi memudahkan proses pemadaman api.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 9:09AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kebakaran merupakan antara kemalangan yang sering dilaporkan terjadi di seluruh dunia. Lazimnya, pihak bomba akan menggunakan peralatan tersendiri dan air sebagai sumber untuk memadamkan api. 

Namun, kini terdapat pelbagai jenis teknologi peralatan pemadam api yang dicipta untuk memudahkan proses pemadaman api.

Mari kita lihat lima teknologi pemadam api yang dicipta untuk dunia masa kini.

Gambar: Aito.com.my
Gambar: Aito.com.my

Pemadam Api Kimia Kering (Serbuk Kering)

Setiap individu disarankan memiliki sekurang-kurangnya satu unit alat ini di rumah. Ia mempunyai kandungan serbuk kering ammonium fosfat yang akan melekat dan menutupi permukaan yang dijilat api. Ia berfungsi mengasingkan ruang oksigen yang menyebabkan api tersebut padam serta merta. 

Perlu diingatkan tidak semua tempat yang disambar api boleh dipadam menggunakan air. Contohnya, api yang berada di atas permukaan minyak amat sukar untuk dipadamkan menggunakan air.

Tambahan pula, gas nitrogen digunakan sebagai tenaga semburan serbuk kimia yang melalui corong alat pemadam api tersebut . Namun alat ini tidak sesuai digunakan pada kebakaran yang tidak terkawal sekiranya api tersebut mencecah permukaan atas sesebuah binaan.

Gambar: Pemadamapi.id
Gambar: Pemadamapi.id

Alat pemadam Api CO2 (Karbon Dioksida)

Alat pemadam api ini berbeza sedikit dengan pemadam api jenis kimia kering. Pemadam api CO2 mengandungi bahan karbon dioksida yang berfungsi menyingkirkan ruang oksigen yang membantu sesebuah pembakaran.

Ia juga tidak akan meninggalkan sisa bahan apabila melepaskan semburan berbanding jenis kimia kering yang akan meninggalkan kesan seperti debu atau habuk. 

Tambahan pula, ia akan mengeluarkan semburan seperti asap gas yang berwarna putih jernih dan sesuai digunakan pada kawasan dinding batu atau kayu yang dijilat api. Selain itu, alat ini dapat melindungi dokumen penting, barang berharga, komponen elektronik yang sensitif dan lain-lain.

Ia tidak memberikan kesan rosak yang teruk selepas kebakaran berjaya dipadamkan. Namun perlu diingatkan, penggunaan alat ini hanya tertumpu kepada situasi kebakaran yang kecil dan masih boleh dikawal sahaja. 

Gambar: Tak Kei Wong, Unsplash
Gambar: Tak Kei Wong, Unsplash

Alat Pemadam Api (Buih)

Bagi alat pemadam api jenis ini pula, ia mengandungi bahan sodium bikarbonat dan aluminium sulfik. Semburan yang dikeluarkan juga berbentuk buih putih seperti buih sabun dan cara menggunakannya harus diikuti dengan betul.

Tong pemadam api alat ini perlu diterbalikkan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk kedua-dua bahan tersebut berada dalam keadaan bercampur barulah ia menghasilkan buih yang tebal. Selain itu, alat ini sesuai untuk memadamkan api yang kecil dan tidak begitu berat. 

Namun, terdapat sedikit kekurangan pada alat ini kerana ia tidak boleh memadamkan api elektrik dan tidak boleh disimpan di tempat yang terlalu panas. Tambahan pula, ia hanya boleh digunakan sekali sahaja sejurus isi kandungannya habis digunakan.

Gambar: Solopos.com
Gambar: Solopos.com

Bola Pemadam Api

Ini antara inovasi menarik dicipta bagi memadamkan kawasan kebakaran yang mempunyai keluasan agak besar. Reka bentuknya pula bulat seperti bola dan mempunyai kandungan bahan serbuk kering ABC. 

Bola ini hanya perlu dibaling ke kawasan yang dijilat api dan serta merta ia akan meletup seperti bom. Tambahan pula, permukaan bola tersebut sangat sensitif terhadap api yang menyebabkan ia segera meledak dengan mudah.

Serbuk kering tersebut akan bertebaran di permukaan kawasan yang terbakar dan memadamkan api dengan serta merta. 

Gambar: Careta.my
Gambar: Careta.my

Robot Pemadam Api (Colossus)

Colossus merupakan nama robot pemadam api yang berasal dari Perancis. Teknologi ini telah dicipta dan dikendalikan oleh pihak bomba menggunakan alat kawalan jauh. Ia berfungsi untuk membantu anggota bomba dalam proses memadam api namun tidak semua negara mempunyai dan memiliki teknologi seperti ini. 

Robot ini dicipta pada 2017 dan telah mencatatkan rekod prestasi yang baik sehingga berjaya menyelesaikan kes kebakaran melibatkan banggunan lama. Pada 2019 misalnya, robot ini digunakan dalam kes kebakaran bangunan bersejarah Notre Dame De Paris. 

Reka bentuknya seakan-akan robot yang mempunyai roda kereta kebal bersama senjata air yang dipasangkan telah berjaya menyelesaikan kebakaran tersebut.

Selain itu, Colossus dibina dengan ketahanan kalis api yang tinggi dan mempunyai berat mencecah 500 kg. Ini menjadikan ia terus kukuh berfungsi jika terkena gelombang letupan semasa proses pemadaman api dijalankan. - Getaran, 9 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Rekod Peningkatan Drastik Kebakaran Terbuka 2 Bulan Pertama 2024 - Nga

2

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

3

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Angkara Rumah Asap, Lebih 850,000 Ekar Kawasan Musnah

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Buang Sampah Sesuka Hati, Tak Sepasal Bertukar Tragedi

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki