Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 4:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin Teknovasi minggu ini memaparkan kad prabayar dari Kipley yang dicipta khas buat komuniti Orang Asli. Seterusnya dua telefon pintar terbaharu yang masing-masing dikeluarkan oleh jenama Honor dan Samsung.

Tidak terlepas jenama LG yang juga telah mengeluarkan mesin basuh dan kami perkenalkan aplikasi cuci kereta atas talian terbesar di Malaysia.

Kad Prabayar NCIA dan Kiplepay Memperkasa Komuniti Orang Asli

Satu inovasi telah dilaksanakan melalui gabungan Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama Kiplepay baru-baru ini. Kad prabayar khas yang mempunyai nilai bulanan sebanyak RM250 telah diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan buat komuniti Orang Asli di Perak.

Ia bagi membantu komuniti tersebut membeli barang keperluan asas seperti beras, tepung dan seumpamanya. Tambahan pula ia boleh dibeli di 15 kedai bergerak bagi memudahkan pergerakan ke luar bandar.

Pelaksanaan ini juga dibantu melalui inisiatif kewangan daripada persatuan Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) bagi meringankan beban dan membasmi kadar kemiskinan dalam kalangan komuniti ini yang berpendapatan rendah.

Pihak yang bertanggung jawab sedang menjalankan usaha untuk memastikan kad prabayar ini sampai ke tangan dan digunakan oleh semua komuniti Orang Asli di Perak.

Honor Magic V

Telefon pintar jenama Honor yang berasal dari China baru sahaja melancarkan model terbaharu pada 10 Januari lalu iaitu Honor Magic V. Ini kali pertama jenama ini mengeluarkan model yang boleh dilipat seperti buku.

Dengan menggunakan chipset Snapdragon 8 Gen 1, ia mempunyai saiz skrin sebesar 6.45 inci dan mempunyai lengkungan 44 darjah serta berat 288 gram. Selain itu, ia menggunakan teknologi android 12 dan resolusi pada ketiga-tiga jenis kamera(depan, lebar, utama) ialah 50 MP manakala bagi kamera swafoto ia memiliki resolusi 42MP.

Pada bahagian video pula, resolusi yang ditampilkan untuk merakam ialah 4K dan HDR. Masih menggunakan teknologi pengecas segera, bateri yang dipasangkan dalam badan telefon ini memiliki kuasa sebanyak 4750 MAh.

Didatangkan dengan tiga warna iaitu jingga, perak dan hitam. Harga bagi seunit model ini ialah RM6,582 bagi storan 256 GB+12 RAM.

Samsung Galaxy S 21 FE 5G

Samsung telah melancarkan model telefon pintar pada 5 Januari lalu sebagai permulaan bagi 2022 yang bernama Galaxy S 21 FE 5G. Model siri S yang terbaharu ini mempunyai skrin bersaiz 64 inci dan menggunakan paparan Dynamic AMOLED yang sesuai untuk bermain 'game'.

Model ini bersaiz 155.7mm x 7.9mm dan mempunyai berat sebanyak 177g serta kalis air. Dengan menggunakan pemroses Octa-Core 5 nm 64-bit, ia mempunya kamera lebar(12MP) dan kamera ultra lebar (12MP) serta memiliki 30 x zoom pada kamera utamanya.

Memiliki kuasa bateri 4500Mah dan menariknya, model ini mempunyai teknologi perkongsian cas tanpa wayar bersama telefon yang mempunyai fungsi sama.

Menggunakan sistem android 12, harga seunit model ini bernilai RM3,009 bagi storan 256 GB dan RM2,899 bagi storan 128 GB serta mempunyai tiga warna pilihan iaitu hijau zaitun, ungu lavender, putih dan hitam.

Mesin Dobi LG AI DD

Jenama LG mengumumkan pelancaran peralatan rumah baharu iaitu mesin dobi berkembar yang menggunakan teknologi AI DD (Artificial Intelligence Direct Drive). Teknologi ini mampu mengesan berat timbangan pakaian yang dimasukkan dan jenis kain yang dimasukkan ke dalam mesin tersebut.

Pada masa sama, ia juga mampu mengawal tahap pengisian air dan sabun pencuci dengan kuantiti yang sesuai dan diputarkan secara automatik dengan gaya cucian yang telah ditetapkan.

Sejurus proses tersebut berakhir, ia juga secara automatik akan meneruskan proses pengeringan yang optimum dan bersih. Tambahan pula ia dipasangkan sistem pemanasan haba sejurus proses pengeringan tamat untuk mendapatkan kelembutan fabrik dan pengeringan yang efektif selepas habis proses pencucian.

Aplikasi Cuci Kereta Monkey Wash

Monkey Wash adalah sebuah aplikasi perkhidmatan mencuci kereta atas talian dan menyediakan peluang pekerjaan kepada warga Malaysia. Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) dengan pembukaan Kiosk Cuci Kereta bergerak pada awal Januari 2022.

Kini, anda boleh memesan perkhidmatan mencuci kereta dari rumah dengan menggunakan aplikasi ini. Di samping itu, ia juga terbuka kepada individu yang ingin melabur dengan modal yang kecil  sebagai permulaan bersama platform Monkey Wash dan ini adalah salah satu peluang mikro modal perniagaan yang baik untuk warga Malaysia.

Buat masa ini perkhidmatan aplikasi ini aktif di Lembah Klang, Penang, Negeri Sembilan, Bintulu, Johor Bahru dan Brunei serta bakal dibuka di beberapa buah negeri lagi. - Getaran, 12 Januari 2022

Gambar: Semua jenama berikut

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Teknovasi 6 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Disyaki Panjat Sebelum Jatuh Ke Dalam Mesin Basuh - Polis

Sorotan

1

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

2

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

3

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

6

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

oleh Rahayu MN