Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lima Kereta Bakal Dilancarkan Pada 2022

Banyak model kereta baharu bakal dilancarkan tahun ini yang mempamerkan teknologi hebat dan prestasi lebih canggih.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun kebanyakan negara masih dilanda wabak COVID-19 yang membantutkan kadar pertumbuhan ekonomi dunia, siapa sangka industri automotif masih rancak.

Pada 2022 terdapat banyak model kereta baharu bakal dilancarkan. Pelbagai inovasi dan penambahbaikan teknologi telah dipasangkan pada jentera-jentera ini bagi memperlihatkan prestasi lebih canggih.

Mari kita lihat lima kereta yang bakal dilancarkan tahun ini. 

Honda HRV e: HEV

Syarikat pengeluar kereta Honda yang berasal dari Jepun akan melancarkan sebuah lagi SUV model terbaharu HRV iaitu HRV e: HEV. Model generasi pertama kereta subkompak yang berasaskan reka bentuk daripada model Honda Civic ini kali pertama dikeluarkan pada 2015.

Kini, model HRV e: HEV merupakan generasi keempat yang bakal dilancarkan di Malaysia pada suku pertama 2022 dan dijangka akan tembus pasaran asia pada Februari ini.

Menariknya model HRV kali ini dilengkapi teknologi rangkaian kuasa Hybrid beserta enjin 1.5 liter i-VTEC yang mampu memecut dengan kadar kelajuan 100 km/j dalam masa 10.6 saat.

Selain itu, terdapat teknologi Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) iaitu sistem yang akan menukarkan mod pandu kenderaan sama ada pandu elektrik, pandu hibrid atau pandu enjin. Ia akan bertukar secara automatik mengikut keadaan dan situasi perjalanan.

Ini menjadikan penggunaan bahap api model HRV ini lebih efektif dan mampu bertahan dengan lebih lama di atas jalan raya. Berat badan kereta ini 1,380kg manakala harga pasaran dijangka bermula pada RM 75,669.45 mengikut spesifikasi yang dipilih. 

Suzuki S Cross

Sebuah lagi model SUV terbaharu akan dilancarkan ialah Suzuki S Cross. Jenama dari Jepun ini terkenal dengan kepakaran pengilangan kenderaan kompak 1909. Model baharu ini merupakan generasi yang ketiga dan dijangka berada di pasaran pada suku ketiga tahun ini.

Menariknya, ia telah dipertontonkan hanya melalui gambar yang dimuat naik oleh Suzuki Garage buat kali pertama pada 2013 dan kali kedua pada 2016 tanpa mendedahkan model tersebut kepada umum. Ini sekali gus menarik perhatian ramai orang untuk memilikinya.

Model kali ini tinggi dan lebih besar sedikit bebanding sebelum. Ia menggunakan enjin K14d 1.4L turbo Boosterjet serta dipasangkan sistem Hibrid. Ia juga dilengkapi dengan pemasangan sistem Apple CarPlay dan Android Auto.

Mempunyai enam transmisi berat badan kereta sebanyak 1,235 kg, model ini mencatat kelajuan maksimum 175 km/j dan mampu memecut sehingga 100 km/j dalam masa 9.5 saat. Harga pasaran bagi sebuah unit dijangka mencecah RM 55,000 dan dikatakan bakal menjadi pesaing kepada HRV e: HEV.

Proton X90

Inovasi tanpa henti juga dapat dilihat melalui SUV keluaran jenama tempatan iaitu Proton X 90. Selepas model X50 dan X 70, model kali ini dilihat jauh lebih besar dan pasti memukau anda kerana mempunyai tujuh tempat duduk.

Reka bentuk bagi model ini dikatakan seakan-akan Geely Hao Yue (VX11). Terdapat pelbagai spekulasi yang mengatakan Geely Hao Yue (VX11) adalah model yang akan dijenamakan semula buat Proton sebagai kereta SUV (kenderaan kegunaan sukan) ketiga mereka.

Ia dijangka akan dilancarkan pada penghujung 2022 dan setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai model ini. 

Mitsubishi Outlander PHEV

Sebuah lagi jenama kereta yang berasal daripada Jepun adalah Mitsubishi. Jenama ini akan melancarkan model terbaharu Mitsubishi Outlander PHEV.

Dilengkapi dengan tujuh tempat duduk, model ini dilengkapi teknologi Hibrid dan merupakan generasi Outlander yang keempat sejak generasi yang pertama dikeluarkan pada 2016.

Dari segi reka bentuk, tiada perubahan yang ketara dilakukan namun saiznya lebih besar berbanding model terdahulu. Dengan menggunakan enjin gasolin 4B12 2.4-liter MIVEC dan mempunyai berat sehingga 3,593kg, kelajuannya boleh mencecah 120 km/j dengan pecutan 100km/j dalam masa 10.5 saat.

Model ini dijangkan dilancarkan pada pertengahan tahun ini dan harga seunit bermula RM 105,000.

Rolls-Royce Ghost

Rolls-Royce adalah jenama kereta mewah terkenal British dan berasal daripada England. Ia akan melancarkan sebuah lagi model iaitu Rolls-Royce Ghost.

Ia hasil gabungan reka bentuk model perdana yang dikeluarkan oleh Rolls-Royce sendiri iaitu Phantom dan Cillinan. Model ini dikatakan akan dilancarkan tidak lama lagi untuk peminat-peminat jenama tersebut.

Rekaan dalamnya masih dikekalkan dengan penampilan mewah yang diperbuat daripada beberapa bahan fabrik, kayu, besi dan kulit. Model ini mengeluarkan bunyi yang lembut dan halus selari dengan nama Ghost yang berkeliaran pada waktu malam.

Kuasa enjin yang dipasangkan pada model sedikit tinggi berbanding model sebelumnya. Mempunyai berat 1,753kg, model ini menggunakan 6.7-liter V- 12 enjin dan kelajuan maksimumnya mampu memecah 250 km/j dengan pecutan 96km/j dalam masa 4.6 saat. Harga maksimum bagi seunit mencecah hampir RM3 juta  - Getaran, 5 Januari 2022

Gambar: Semua jenama terbabit dan Careta.my

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

4

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi