web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lima Carta Teratas Kereta Mewah Bintang Bola Sepak

Ketahui lima kereta mewah termahal yang dimiliki pemain bola sepak tersohor dunia.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 10:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Para pengikut setia dunia bola sepak pasti mengenali bintang terkemuka seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Son Heung Min dan John Terry. Namun, tahukah anda mereka mempunyai kereta mewah yang menduduki carta lima teratas serta termahal dalam kalangan pemain bola sepak di dunia?

Teknovasi hari ini berkongsi lima carta teratas kereta mewah yang dipandu oleh bintang bola sepak ini.

Gambar: Instagram @johnterry.26
Gambar: Instagram @johnterry.26

Ferrari 275 GTB - John Terry

Legenda pasukan bola sepak Chelsea, John Terry memiliki kereta mewah yang menduduki carta kelima dalam senarai kereta mewah milik pemain bola sepak dunia. Model Ferrari 275 GTB 275 GTB ini dikeluarkan antara 1964 hingga 1966 dan mempunyai gabungan reka bentuk dua kereta Italy iaitu Gran Turismo dan Berlinetta.

Kereta jenama Ferrari ini menjadi kereta antik dunia dan nilai kereta ini meningkat setiap tahun. John Terry membelinya pada 2015 dengan harga 2.4 juta USD.

Gambar kereta: Instagram @hm_son7
Gambar kereta: Instagram @hm_son7

Ferrari LaFerrari- Son Heung Min 

Kenderaan milik penyerang sensasi Tottenham Hotspur dan kapten pasukan negara Korea Selatan ini pula menduduki carta keempat bagi kereta mewah pemain bola sepak dunia. Model ferrari ini mempunyai reka bentuk yang garang apabila dipandu dan hanya dikeluarkan sebanyak 499 unit sahaja.

Ia buat kali pertama dipamerkan di Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva pada 2013. Son memiliki kereta jenama LaFerrari ini dengan harga hampir mencecah 3 juta USD.

Gambar: Instagram @cristiano
Gambar: Instagram @cristiano

Bugatti Chiron – Cristiano Ronaldo 

Lebih dikenali sebagai CR7, kereta milik bintang bola sepak ini menduduki tangga ketiga kereta termewah dalam kalangan pemain bola sepak. Kereta jenama Bugatti model Chironnya dikilangkan oleh Bugatti Automobiles S.A.S di Molsheim, Perancis.

Kereta ini ditayangkan semasa Festival Greenwood Festival of Speed 2016 di West Sussex, England. Kereta mewah ini dibeli oleh bekas pemain pasukan Juventus dan Real Madrid ini dengan harga 3 juta USD termasuk beberapa juta USD lagi sebagai kos import kereta tersebut pada 2019.

Gambar: Instagram @cristiano
Gambar: Instagram @cristiano

Bugatti La Voiture Noire – Cristiano Ronaldo.

Sebuah lagi kereta mewah jenama Bugatti milik Cristiano Ronaldo menduduki tangga kedua iaitu Bugatti La Voiture. Model kereta mewah ini dikeluarkan dan ditayangkan sekali sahaja semasa Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva pada 2019.

Menariknya model ini, badan keretanya dicipta daripada gentian karbon yang direka khas oleh pereka Bugatti sendiri Etienne Salome. Pemain yang kembali beraksi bersama pasukan Manchester United ini membelinya pada 2021 dengan harga 18.60 juta USD.

Gambar: Pursiutis.com & Instagram @leomessi
Gambar: Pursiutis.com & Instagram @leomessi

Ferrari 335 S Spider Scaglietti - Lionel Messi

Lionel Messi yang telah merangkul tujuh kali gelaran Ballon d’Or dan dianggap pemain terbaik dunia memiliki kereta yang menduduki tangga pertama kereta paling mewah milik pemain bola sepak dunia.

Messi memiliki model kereta jenama Ferrari 335 S Scaglietti yang dihasilkan pada 1957. Ia menjadi salah sebuah daripada 100 kereta yang paling mahal dan hanya mempunyai beberapa unit sahaja di dunia.

Model ini menjadi kereta mewah paling mahal dibeli oleh pemain bola sepak dari pasukan Paris Saint-Germain, Lionel Messi yang dilelong di Paris Retromobile dengan harga 35.7 juta USD.

Model ini juga  dipandu oleh Sir Stirling Moss yang menjuarai perlumbaan Grand Prix Cuban 1958. Selain itu, ia juga dibida oleh bintang bola sepak Cristiano Ronaldo namun berjaya dimiliki oleh Messi. - Getaran, 1 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN