Berita Terkini

7 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Aplikasi Cari Jodoh

Bagi sesetengah individu, mencari jodoh mungkin agak susah. kami kongsikan tiga aplikasi cari jodoh yang anda boleh muat turun di telefon pintar.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 10:48AM

Gambar: Ketut Subiyanto, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jodoh menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah pasangan hidup atau pertemuan antara gadis dan teruna yang berakhir dengan perkahwinan. 

Bagi sesetengah individu, mencari jodoh mungkin agak sukar kerana kesibukan hidup berbanding suatu ketika dahulu, di mana pencarian jodoh kerap dilakukan oleh ahli keluarga. 

Kini pencarian jodoh semakin mudah dan boleh dilakukan lewat aneka aplikasi moden dengan bantuan teknologi. Mari kita lihat tiga aplikasi cari jodoh yang anda boleh muat turun di telefon pintar.

Omi Chat 

Omi chat adalah sebuah aplikasi cari jodoh yang agak popular ketika ini. Ia boleh dimuat turun di Apple Store dan Google Play secara percuma. Ia juga boleh bertukar kepada tahap premium bagi mendapatkan pencarian yang lebih tepat terhadap ciri-ciri jodoh yang anda mahukan. 

Pendaftaran aplikasi ini agak mudah dan boleh digunakan dimana-mana sahaja. Namun terdapat beberapa syarat yang wajib dilpatuhi untuk menggunakan aplikasi. Tidak seperti aplikasi-aplikasi yang lain, anda perlu memasukkan nama sebenar kerana Omi Chat tidak akan mengesahkan akaun anda jika menggunakan nama samaran.

Selain itu, anda juga diminta untuk menggunakan gambar yang menampakkan muka sebenar dan jelas. Ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pengguna dan mengelakkan berlakunya penipuan. 

Anda juga boleh memasukkan kegiatan seperti hobi atau video ringkas di ruangan profil. Ini bertujuan supaya bakal jodoh dapat melihat sekiranya anda mempunyai minat yang sama dan memudahkan proses perkenalan.  

Aplikasi ini hanya dibenarkan kepada pengguna yang berumur 17 tahun ke atas sahaja. Omi Chat sangat menjaga reputasi dan keselamatan pengguna kerana setakat ini, aplikasi ini tidak terlibat dengan gejala sosial atau buli siber. 

Tidak semestinya untuk mencari jodoh, anda boleh juga menjadikan aplikasi ini medan menambah kawan atau berkongsi pendapat kerana ia menyambungkan anda dengan pengguna lain di seluruh negara. 

Baitul Muslim.com

Menariknya aplikasi ini, ia bukan sahaja tertumpu kepada individu yang berstatus bujang, tetapi juga yang janda dan duda. Namun, pengguna yang sudah berkahwin sama sekali tidak dibenarkan menyertainya. Malah, hanya warga negara Malaysia dan penganut agama Islam sahaja boleh mendaftar.

Nama aplikasi ini datang dari bahasa Arab dan bermaksud rumah Islam. Ia juga  menetapkan semua pemakaian gambar profil perlu menutup aurat saat mendaftar.

Namun, bagi yang memakai purdah atau yang berkacamata, gambar sedemikian boleh mengelirukan pengguna dan mereka disarankan untuk membuka purdah dan kaca mata  bagi tujuan memperlihatkan muka sebenar. 

Aplikasi ini juga mewajibkan individu yang ingin mencari jodoh untuk mendaftar atas nama sendiri.

Namun, bagi yang malu untuk mendaftar sendiri, ia juga menyediakan satu platform di dalam aplikasi di mana seorang wakil boleh dipilih dan mendaftar bagi pihak seseorang yang ingin mencari jodoh.

Walau bagaimanapun, hanya orang terdekat seperti Ibu bapa, ahli keluarga dan seumpamanya sahaja dibenarkan untuk menjadi wakil.

Aplikasi Baitul Muslim.com boleh dimuat turun di Google Play secara percuma atau anda boleh melayaril aman sesawang Baitul Muslim.com.

Anda juga boleh menelefon atau mengirim pesanan lewat aplikasi whatsapp di ruangan yang tertera di laman web untuk bertanyakan lebih lanjut sebelum mendaftar.

Match MDE

Ini adalah aplikasi terbaharu untuk mencari jodoh. Aplikasi ini mempunyai tetapan yang mudah seperti rangkaian media sosial dan anda boleh meletakkan personaliti serta gaya hidup anda di ruangan profil.

Untuk proses pengesahan pula, ia menekankan pengguna harus menampilkan wajah sendiri sebagai pemegang akaun sebenar bagi mengelakkan pemakaian akaun palsu. Anda diminta untuk memilih gambar yang mahu di letakkan di profil dan selepas itu aplikasi ini akan meminta juga pengguna untuk mengambil gambar swafoto terkini. Kemudian barulah anda diterima masuk sebagai pemegang akaun aplikasi ini.

Tujuan aplikasi ini juga adalah untuk membantu individu terutamanya yang mengalami kekangan untuk mencari jodoh akibat COVID-19 yang melanda Malaysia hampir 2 tahun ini. 

Tambahan pula, anda boleh juga menyatakan tempat kegemaran untuk bertemu pasangan seperti tempat yang berunsurkan hutan dan alam sekitar dan macam-macam suasana lain.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play dan App Store secara percuma serta anda juga boleh melanggannya secara premium untuk menikmati ketepatan pencarian jodoh yang lebih efektif.

Perlu diingatkan, inil hanyalah antara beberapa aplikasi  cari jodoh yang boleh digunakan. Anda juga boleh menggunakan media sosial yang ada seperti Facebook, Instagram atau Twitter sebagai platform mencari jodoh.

Namun bersemuka antara satu sama lain lebih baik bagi mengelakkan perselisihan faham semasa proses perkenalan. Selamat mencari jodoh! - Getaran, 17 November 2021

Berita Berkaitan

1

1 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

2

TARA 4 bulan yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

3

TARA 5 bulan yang lalu

Apa Hukum Cari Jodoh Di Media Sosial? Haram Atau Harus?

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perkahwinan Bawah Umur Catat Peningkatan Di Sarawak - NGO

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 10 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN