Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


3 Jam Pintar Baharu Kegilaan Ramai

Jam tangan pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan kini menjadi pilihan ramai remaja dan golongan berusia.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewasa ini terdapat pelbagai cara untuk mengetahui masa dan waktu, antaranya dengan menggunakan telefon pintar, jam tangan, jam yang tersedia di media elektronik (internet, televisyen, radio) dan macam-macam cara lagi.

Sesetengah orang sudah terbiasa memakai jam tangan dan kadang-kala hampir seharian memakainya di pergelangan tangan.

Kini, kita dapat lihat golongan remaja dan juga yang berusia sudah gemar memakai jam tangan pintar yang banyak dikeluarkan oleh jenama-jenama terkemuka dunia. 

Jam pintar (seperti telefon pintar) mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan mengikut citarasa pengguna. Ia bukan sahaja digunakan untuk memberi waktu tetapi ada pelbagai fungsi lain.

Teknovasi hari ini berkongsi 3 jenama jam pintar baharu yang mempunyai permintaan tinggi.

Apple Watch 7

Kebanyakan pengguna telefon pintar iphone pasti mahu memiliki jam tangan pintar keluaran Apple iaitu Apple Watch yang kini sudah mempunyai siri ketujuh. Ia adalah jam tangan pintar yang mempunyai pelbagai kemudahan aplikasi di dalamnya. Terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dibuat terhadap gajet ini. 

Pertama sekali, ada sedikit perbezaan saiz layar atau skrin jika dibandingkan dengan siri terdahulu. Saiz yang ditampilkan kali ini adalah 20 peratus lebih besar dan menampilkan reka bentuk lengkungan pada sisi dan sudut skrin tersebut.

Tambahan pula bentuk lengkungan itu masih di dalam sistem sentuhan jam tersebut. Manakala, ketebalan skrin pada siri ini adalah 50 peratus lebih tebal daripada siri sebelumnya. Dalam erti kata lain, skrin jam tangan pintar ini berfungsi pada seluruh permukaan dan masih sesuai digunakan oleh individu aktif atau lasak. 

Bercakap mengenai fungsi, siri 7 tidak mengeluarkan apa-apa pembaharuan dan masih mempamerkan penggunaan yang sama seperti siri 6. Begitu juga dengan kadar kelajuannya yang masih mempunyai tahap pemprosesan serta kadar penyimpanan bahan sebanyak 20 peratus di dalam jam.

Selain itu, jika anda menggunakan mod getar, ia sedikit berlainan kerana getaran yang ada pada siri 7 lebih kuat berbanding siri 6. Ini satu penambahbaikan yang bagus terutamanya kepada individu yang gemar menggunakan sistem penggera di telefon. 

Apple juga masih mengekalkan sistem pengecasan pantas atau Fast Charging dan memiliki lebih 33 peratus kelajuan bagi tempoh mengecas bateri. Kadar jangka hayat bateri pula untuk setiap kali penggunaan masih 18 jam, namun ia bergantung pada keaktifan aplikasi yang digunakan pada jam ini. 

Samsung Galaxy Watch 4

Bagi pengguna android pula, syarikat Samsung juga telah mengeluarkan satu lagi model terbaharu jam tangan pintar mereka iaitu Samsung Galaxy Watch 4. Peranti ini menampilkan dua jenis kategori iaitu Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch 4 classic.

Menariknya, anda boleh memilikinya mengikut saiz pergelangan tangan yang dimahukan. Ini kerana ia tampil dalam saiz 40mm dan 44mm bagi Galaxy Watch 4 manakala 42mm dan 46mm untuk model Galaxy Watch 4 Classic. 

Mempunyai perkakasan dan pengisian yang baik, ia menampilkan tali jam gaya strap berukuran 20mm. Dari segi bentuk permukaan skrin, ia berbentuk bulat seperti jam tangan normal dan mempunyai tahap sentuhan sensitif yang selesa pada skrin. 

Dari segi jangka hayat bateri, boleh dikatakan cukup baik. Jika anda menggunakannya pada tahap kecerahan skrin yang agak rendah, ia boleh bertahan lebih dua hari sebelum perlu dicas semula.

Bagi susunan aplikasi pula, anda boleh mengaturkannya mengikut keselesaan sendiri dan setiap aplikasi yang anda muat turun di dalam telefon pintar Samsung, boleh dimasukkan sekali di dalam jam ini. 

Kebanyakan jam pintar ketika ini sudah pasti memiliki aplikasi kesihatan seperti pemeriksa nadi, tekanan darah dan pelbagai sistem rekod ketika anda bersenam. Apa yang menariknya pada jam tangan pintar ini, jika anda sedang bersenam atau bersukan seorang diri yang pastinya membosankan, peranti ini telah mewujudkan aplikasi cabaran berkumpulan.

Anda boleh melakukan aktiviti bersama rakan-rakan dan keluarga walaupun anda berjauhan dan bersaing menuju satu matlamat ketika bersenam.

Sebagai contoh, apabila anda telah menghubungkan mereka melalui aplikasi pada jam ini, anda boleh menetapkan siapakah yang akan mencapai 20km berjogging dalam masa tiga hari dengan menghubungkan aplikasi Google Map sebagai penunjuk arah.

Ini menyeronokkan dan pasti tidak membosankan kalau melakukan aktiviti bersenam. Soal gaya, jam ini lebih kasual dipakai namun masih mengikut kehendak pengguna kerana ia  cantik di pakai ke mana-mana sahaja.

Mi Smart Band 6

Xiaomi adalah antara jenama yang mendapat perhatian masyarakat di Malaysia. Jika kita lihat kemunculan telefon pintar Xiaomi pada tahun 2014 telah menarik perhatian ramai. Antara gajet yang menjadi popular selepas telefon pintar mereka ialah Mi Smart Band yang merupakan jam tangan pintar mereka. Kini Mi Smart Band sudah berada pada siri keenam. 

Dari segi rupa dan bentuk Mi Smart Band lebih kepada penampilan jam bersukan kerana mempunyai reka bentuk seperti jam buat atlet sukan. Mi Smart Band 6 kali ini menampilkan permukaan layar yang 50 peratus lebih besar dan berbentuk trek larian. 

Ia mempamerkan resolusi kristal 326 PPI yang jelas pada mata anda. Teknologi ini sangat baik untuk individu yang gemar melakukan aktiviti pada waktu hujan seperti mendaki gunung. Peranti ini juga menyediakan 30 jenis senaman dan cabaran yang anda boleh praktikan seperti berbasikal atau aktiviti Zumba. 

Masih mengekalkan sistem pemeriksaan tekanan darah, jarak melangkah dan lain-lain, Mi Smart Band 6 tidak mempunyai masalah untuk aktiviti air seperti snorkling. Perantinya ringan dan ia mempunyai tahap jangka hayat bateri yang agak lama sehingga 14 hari dan ini adalah salah satu kekuatan produk Mi Smart Band. Walau bagaimanapun, bagi penulis, gaya dan penampilannya kurang sesuai bagi penggunaan individu professional namun mungkin lebih sesuai buat golongan lebih muda. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

2

TARA 8 bulan yang lalu

Son Dilantik Duta Terbaharu Jam Pintar Galaxy Watch 6 Keluaran Samsung 

3

TARA 11 bulan yang lalu

Apple Jalin Kerjasama Dengan Google Bagi Tangani Penyalahgunaan Alat Penjejakan Pintar

4

TARA 11 bulan yang lalu

Tak Sesuai Untuk Bermain Permainan Dalam Talian, Namun Samsung Galaxy A54 Punya Spesifikasi Yang Mencukupi

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran