web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Enaknya Tart Keju Pada Hujung Minggu!

Tart keju comel, sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang, atau dihadiahkan kepada rakan-rakan serta jiran tetangga. Jom pelajari cara membuat tart keju enak dan mudah ini.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 11:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekiranya anda penggemar kek dan pencuci mulut, tart keju antara pilihan popular dan masih punya ramai peminat hingga ke hari ini. 

Rasanya yang enak ditambah lagi dengan dekorasi comel, sesiapa sahaja pasti jatuh cinta lebih-lebih lagi mereka yang sukakan keju. 

Bukan sahaja sesuai dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan, menu istimewa ini juga boleh dijadikan hadiah dan hantaran. 

Minggu ini saya mahu berkongsi resipi tart keju yang selama ini mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Moga bermanfaat buat semua.  

Kulit tart 

290 gram Tepung gandum

70 gram gula aising

225 mentega

Cara penyediaan:

1) Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk

2) Lenyek mentega dan gaul sebati bersama tepung dan gula aising hingga menjadi doh

3) Masukkan ke dalam acuan tart bersaiz 3.5cm dan bentukkan.

4) Cucuk dasar doh yang sudah dibentukkan mengikut acuan tadi dengan garpu.

5) Bekukan seketika di dalam peti ais. 

6) Bakar selama 25 pada suhu 170’c. (Suhu dan masa bergantung kepada ketuhar masing-masing)

 

Inti krim keju 

370 gram keju (saya menggunakan Royal Victoria)

70 gram gula kastor

30 gram mentega premium

1 biji telur saiz B

½ sudu kecil jus lemon

Cara penyediaan

1) Masukkan keju, mentega dan gula kastor ke dalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati. 

2) Masukkan telur sedikit demi sedikit dan letakkan jus lemon. 

3) Susun kulit tart di atas dulang. Masukkan isian krim keju ke dalam kulit tart hingga membukit.

5) Masukkan ke dalam tetuhar dan bakar pada suhu 150’c selama 15 minit menggunakan api atas bawah. 

6) Biarkan sejuk seketika. Letakkan Nutella, jem strawberi, jem beri biru dan karamel masin. Hiaskan dengan coklat, buah-buahan atau apa sahaja yang anda suka. Dekorasi terpulang kepada kreativiti anda. 

Selamat mencuba! – Getaran, 21 Ogos 2021

Resipi dan Gambar: Instagram @_ayushakila 

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Berkenan Nikmati Santapan Minum Petang Bersama PM

2

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

3

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini