web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 1:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan tema rancangan-rancangan dari Asia Timur, kami sajikan lima cadangan tontonan wajib minggu ini. Pilih saja, mahu yang filem atau siri, drama atau pertandingan tarian. Selamat menonton!

 

‘My Roommate Is a Gumiho’  (iQiyi)

Sebenarnya banyak drama Korea mengisahkan tentang Gumiho iaitu sebuah legenda terkenal masyarakat Korea mengenai seekor musang jadian. Terbaharu, sebuah drama Korea fantasi kembali membawakan tema yang sama dengan judul ‘My Roommate Is a Gumiho’  yang ditayangkan di platform iQiyi. 

Ia mengisahkan tentang seorang bernama lelaki Shin Woo-Yeo lakonan Jang Ki-yong  yang berumur 999 tahun. Dia ingin menjadi manusia namun untuk merealisasikan hasrat itu, dia mengumpulkan tenaga manusia dalam manik besar.

Keadaan menjadi huru-hara apabila Lee Dam lakonan Lee Hye-ri, seorang mahasiswa fakulti sejarah tidak sengaja menelan manik miliknya itu. 

Dalam situasi itu, dia tiada pilihan selain membenarkan Lee Dam menetap di rumahnya dan bermulalah bibit percintaan di antara mereka. - Wafa Aula

 

‘You Are My Spring’ (Netflix)

Jika anda pencinta genre thriller, misteri, romantik dan dramatik, karya ini mungkin dapat memenuhi selera anda kerana ia memilki semuanya. 

Menampilkan bintang terkenal Seo Hyun Jin dan Kim Dong Wook selaku teraju utama, gandingan mereka cukup serasi dan meyakinkan untuk mengikat penonton mengikuti perkembangan kedua-dua watak yang saling bergantung ini. 

Mengisahkan Kang Da Jun (Seo Hyun Jin) sukses dalam kerjayanya di sebuah hotel ternama namun tidak pernah bertuah dalam soal cinta. Sama seperti ibunya, dia sering tersalah pilih pasangan dan dikecewakan. 

Sementara itu, Joo Young Do, psikiatri terkenal yang banyak membantu menyembuhkan luka emosi mereka yang hilang keinginan untuk hidup. Pun begitu, dia sebenarnya menyimpan luka lama apabila tidak dapat menyelamatkan nyawa abangnya. 

Trauma yang dialami ketika kecil membentuk ikatan yang tulus di antara mereka apatah lagi apabila terjerat dalam kes pembunuhan yang membingungkan. 

Drama arahan Jung Ji-Hyun ini sudah pun ke udara sejak 5 Julai lalu dan dijangka tamat siarannya 24 Ogos ini. Jom isi masa anda dengan menonton drama ini di Netflix. Selamat berhibur! - Shakilawati Abd Rahman

 

‘Vincenzo’ (Netflix)

Drama korea ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat Korea Selatan seperti Song Joong Ki, Jeon Yeo Been, Ok Taec-yeon Kim Yeo-jin, Kwak Dong-yeon dan lain-lain.

Di bawah arahan Kim Hee Won, jalan cerita drama ini sangat berbeza dengan drama-drama Korea lain. Malah, kehebatan pelakon yang kacak, dipadukan dengan sinematografi yang epik, menjadikan drama bersiri ‘Vincenzo’ ini layak disamakan dengan filem aksi Hollywood.

Setelah diambil dan dijaga oleh keluarga angkat pada usia kecil, Vincenzo telah di bawa ke Itali dan membesar di sana. Dia merupakan seorang peguam yang bekerja untuk sekumpulan mafia terkenal. Oleh sebab salah faham di antara kumpulan mafia selepas kematian ketua kumpulan ini, Vincenzo Casano melarikan diri ke Korea Selatan.

Di Korea Selatan, dia telah bertemu dengan Jeon Yeo-Bin, seorang peguam yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi kes dan bapanya Yoo Jae Myung yang merupakan seorang peguam hak asasi manusia. 

Salah satu keistimewaan dari drama siri ‘Vincenzo’ adalah setiap watak memainkan peranan yang penting dan tersendiri. Bahkan perkembangan watak di setiap episod juga berhasil memukau dan mampu membuat anda gelak ketawa. - Sara Mack Lubis

 

‘Street Dance Of China’ (Youku dan YouTube)

'Locking', 'Popping' dan 'Breaking' adalah antara elemen dalam hip hop. Jika anda ingin menyaksikan elemen-elemen ini, anda boleh saksikan ‘Street Dance Of China’ yang kini masuk musim ke-4.

Sejak musim pertama pada 2018, penari-penari dari seluruh China mengambil bahagian dengan mempersembahkan pelbagai gaya tarian, dari 'old-school' ke 'new-school' hip-hop.

Untuk musim ke-4 ini, empat kapten telah dipilih dan mereka akan menerajui kumpulan masing-masing. Kali ini, Wang Yibo kembali semula selepas memenangi ‘Street Dance Of China’ musim ke-3 bersama kumpulannya.

Kapten lain adalah penyanyi berasal dari Kanada, Henry Lau, penyanyi dan pelakon China, Han Geng serta bekas anggota kumpulan EXO, Lay Zhang.

Tarikh siaran untuk musim ke-4 katanya telah ditetapkan pada 14 Ogos. Gambar-gambar promosi program ini juga sudah mula memenuhi media sosial. Apa kata anda tonton musim-musim sebelumnya sebagai persediaan untuk musim terbaru ini?

‘Street Dance Of China’ boleh disaksikan menerusi Youku dan YouTube. - Habibah Omar

 

Deliver Us From Evil (Viu)

Filem ini sebenarnya sudah pernah ditayangkan di pawagam tempatan tahun lalu. Tetapi saya yakin ramai yang terlepas peluang menontonnya.

Deliver Us From Evil menggabungkan dua pelakon senior terbaik Korea Selatan, Hwang Jung-min dan Lee Jung-jae serta pelakon muda Park Jung-min.

Jalan ceritanya mudah, melibatkan hal-hal survival antara seorang pembunuh upahan dan seorang mafia serta pembalasan dendam. Kerana ia sebuah filem aksi, memang banyak aksi pergaduhan dan tembak-menembak tapi semuanya diatur dengan begitu berkelas sekali.

Park Jung-min menjadi ‘pemanis’ filem dengan membawa watak yang tak disangkakan dengan penuh berkesan. Dan selayaknya beliau telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di acara Blue Dragon Film Awards ke-41.

Semasa Delivery Us From Evil ditayangkan di pawagam Korea Selatan, filem ini telah berjaya meraih 4 juta penonton. Cukup hebat. 108 minit anda tidak akan terbazir dengan menonton filem ini. - Ili Farhana - Getaran, 8 Ogos 2021

Isu Pada

Aisyah Aziz Singkap Rahsia

07 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa