Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Lelaki Curang Dan Kenapa Perempuan Harus Faham

Sikap curang spesis kaum lelaki telah pun dibahaskan banyak kali, namun kebanyakan wanita masih lagi buntu dan bingung untuk menangani masalah ini. Siapa yang patut dipersalahkan?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 12:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lelaki curang! Ayat ini sering kali memualkan majoriti kaum wanita di serata dunia. Namun, sehingga ke saat ini, kaum wanita masih lagi sukar untuk memahami mengapa rata-rata kaum lelaki gemar bersikap curang. 

Ya, ada apa dengan lelaki dan sikap curang mereka? Mengapa mereka tidak pernah cukup untuk setia dengan seorang wanita sahaja di dalam hidup mereka? Baik lelaki yang masih di alam pacaran, mahu pun yang sudah berumah tangga, curang itu ibarat suatu lumrah. 

Sikap curang spesis kaum lelaki telah pun dibahaskan banyak kali, namun kebanyakan wanita masih lagi buntu dan bingung untuk menangani kecurangan lelaki, sedangkan mereka sudah lakukan yang terbaik buat lelaki yang mereka cintai itu.

Ironinya, wanita cantik dan berpenampilan seperti model atau wanita yang kaya serta berstatus juga turut menjadi mangsa kecurangan sang lelaki. Bukan lagi hanya setakat tertumpu kepada wanita yang membosankan serta tidak pandai menjaga penampilan diri selepas berkahwin. 

Pelik! Apa yang lelaki mahukan sebenarnya?

Dalam buku Why Do Men Cheat karya Randy Wallace, beliau cuba menjelaskan kepada golongan wanita bahawa lelaki bersikap curang kerana itu yang lelaki mahukan. Kenyataan ini barangkali pahit untuk ditelan. Tapi, itulah hakikatnya. 

Biarpun kamu memberikan segalanya sama ada dari sudut kasih sayang serta perhatian yang tidak berbelah bahagi, wang atau material mahu pun layanan seks yang hebat dan tip top, namun lelaki akan tetap bersikap curang. 

Kenyataan Randy Wallace ini mungkin benar dan mengingatkan saya kepada pertemuan bersama empat rakan lelaki yang sudah lama saya kenali iaitu Ahmad berusia 30-an, Shafiq dan Razman (40-an) serta Halim (50-an). 

Kesemua mereka sudah bertahun mendirikan rumah tangga serta hidup bahagia bersama pasangan hidup masing-masing.

Tidak ada satu pun yang cacat celanya dengan isteri-isteri mereka. Malah, mereka sangat menyayangi suri hati mereka itu serta tidak pernah sedikit pun lupa akan tanggungjawab terhadap keluarga. 

Pada hari-hari tertentu, mereka akan luangkan waktu yang penuh kualiti bersama keluarga di rumah dan adakalanya keluar bersama isteri dan anak-anak untuk makan, jalan-jalan ataupun pergi shopping.  

Akan tetapi di sebalik sifat-sifat ideal sebagai seorang suami dan bapa, keempat-empat mereka ini gemar berselingkuh. 

Pernah saya ajukan soalan kepada mereka, mengapa kalian curang? Adakah kerana sudah bosan dengan isteri-isteri kamu? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan isteri-isteri kamu? Jawapan yang saya terima sungguh memeranjatkan dan membuatkan saya terpempan.

Kata keempat-empat mereka memberitahu, tidak ada suatu pun perkara yang tidak kena dengan isteri-isteri mereka. Malah, mereka menyifatkan isteri-isteri  mereka itu adalah yang terbaik dari segala sudut. 

Namun, kata Halim, memiliki teman wanita membuatkan jiwanya sentiasa muda dan bersemangat.

“Dengan isteri manjanya lain. Dengan girlfriend pulak, manjanya bukan main. Itu yang seronok tu sebab dia dapat teman kita bila kita keluar pergi karaoke dengan member-member,” katanya. 

Razman pula berkata, sekali pun dia curang, tetapi ia hanyalah sekadar suka-suka. 

“Bila ada girlfriend ni, dia dapat mengisi masa kita pada masa kita seorang diri. Seronok layan orang muda ni,” katanya. 

Lain pula halnya dengan Syafiq. Baginya, ada ramai wanita di luar sana yang kurang kasih sayang, jadi apa salahnya kalau dia berbahagi kasih dengan mereka. 

“Bukan mereka tidak tahu status kita ini sebagai suami orang. Tapi, nak buat macam mana. Mereka sendiri pun nak dekat dengan kita. Kita pun layan sajalah,” katanya. 

Ahmad pula memberitahu, biarpun dia curang dengan isterinya, namun dia tidaklah sampai ke tahap untuk menambah kuota isteri. 

“Siapa tidak sayang bini oi. Jadi, saya selalu ingatkan wanita-wanita yang ingin mendampingi saya bahawa saya tidak boleh mengahwini mereka. 

“Jika mereka boleh terima, okeylah. Jika mereka tidak terima, saya tidak paksa. Tapi, bila mereka boleh terima, saya lagilah okey,” katanya sambil tertawa. 

Mereka memberikan semua jawapan itu tanpa rasa bersalah dan tidak sedikit pun melihat bahawa kecurangan itu sebagai suatu kesalahan.

“Yang penting, kami tidak lari dari tanggungjawab memenuhi keperluan keluarga serta membahagikan masa buat mereka,” kata Syafiq lagi.

Sebagai wanita, sukar juga pada awalnya untuk saya menelan kata-kata mereka ini. Ia seperti tidak masuk akal dan pada saat itu, terdetik juga di minda saya, kegilaan apakah mereka ini. 

Namun, seperti yang ditulis John Gray di dalam buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, saya juga terpaksa menerima hakikat bahawa lelaki memang dijadikan sikap, sifat dan pemikirannya jauh berbeza daripada wanita. 

Dengan sikap, sifat dan pemikirannya yang jauh berbeza inilah, maka usah persoalkan kenapa lelaki gemar curang. Bak kata Randy Wallace sekali lagi, lelaki bersikap curang kerana itulah yang mereka mahukan! Itulah yang harus wanita fahami. - Getaran, 27 Jun 2021


Semua gambar: Gambar Fail


 

Isu Pada

Nurul Shamsul - Citra Perempuan Melawan

26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

TARA 4 bulan yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut