Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


3 Pereka Fesyen Singapura Perlu Kamu Tahu

Sempena minggu meraikan Singapura, kami di TARA menyenaraikan tiga pereka fesyen Singapura yang harus anda kenali dan ketahui.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 8:56AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persada fesyen negara pulau yang terletak hanya di seberang Tambak Johor ini semakin membunga. Tak kalah meriah, pereka-pereka fesyen kelahiran Singapura ini bukan sahaja terkenal tidak hanya di Singapura, malah seantero dunia.

Sempena minggu meraikan Singapura, kami di TARA menyenaraikan tiga pereka fesyen Singapura - nama-nama yang menjahit seni, estetika dan fesyen Kota Singa - yang harus anda kenali dan ketahui, seperti berikut:

 

Ashley Isham

 

Ashley Isham atau dengan nama sebenarnya Eshamuddin Ismail dilahirkan pada 1976 dan berbasis di London, England. Ashley meninggalkan Singapura pada 1996 untuk menyambung pengajian dalam bidang fesyen di London College of Fashion, seterusnya di Middlesex University. 

Pada 2000, dia membuka rumah fesyennya sendiri yang dipanggil sebagai Ashley Isham dan setahun kemudian dia membuka butik pertamanya pula yang diberi nama Acquaint. Butik ini dibuka untuk memberi inspirasi dan mempromosi bakat-bakat pereka fesyen muda di Singapura.

Karier fesyen Ashley mula bersinar pada 2002, ketika baju rekaannya dipakai oleh Zara Philips di Royal Ascot. Jenamanya semakin berkembang di pentas antarabangsa semasa mempersembahkan Koleksi Luruh/Sejuk 2003 di Minggu Fesyen London 2003.

Semua gambar: Ashley Isham

Instagram: @ashleyishamofficial

Laman sesawang: Ashey Isham

 

Priscilla Shunmugam

 

Priscilla Shunmugam mengasaskan Ong Shunmugam, label pakaian wanita kontemporari yang berbasis di Singapura. Rekaan-rekaan rumah fesyen ini menawarkan rangkaian fesyen pakai siap dalam bentuk rekaan khas yang menampilkan ciri-ciri wanita Asia.

Terkenal dengan rekaan pakaian budaya yang inovatif, Priscilla memadukan tekstik tradisional dengan rekaan kontemporari, mencedok ilham daripada seluruh Asia ke dalam koleksi-koleksinya.

Singapore Directory telah menggambarkan rekaan Ong Shunmugam sebagai “pentafsiran semula pemikiran unsur tradisi Asia yang direka teliti untuk wanita pintar.”

Pada 2011, Priscilla membuka butik pertamanya, Atelier Ong Shunmugam.

Pada 2017, pereka fesyen ini mendedikasikan koleksi kesembilannya untuk pakaian tradisional Melayu, “Ini cara kami menghasilkan rekaan yang bersifat bersama, yang harus memikirkan semua wanita, semua warna kulit dan semua agama,” ujarnya dalam satu temuramah bersama couturenotebook.

Semua gambar: Ong Shunmugam

Instagram: @ongshunmugam

Laman Sesawang: Ong Shunmugam

 

Grace Ling

 

Pernah melakukan latihan industri di Thom Browne, Grace Ling diangkat sebagai pereka fesyen lestari oleh Vogue Singapore. Menggabungkan elemen teknologi dengan fesyen, Grace secara pintarnya mengetahui terlebih dahulu jumlah bahan-bahan yang diperlukan untuk satu-satu rekaannya.

Pada usia 24 tahun, pendekatan Grace sudah sangat berbeza dengan cara-cara jahitan tradisional, mahupun konvensional.

Berbasis di New York, Grace mendahului masa dalam proses rekaannya yang berat dalam tema keanggunan eksentrik dan semangat kewanitaan pintar. Grace bergema dengan gerakan surealis dan rasional yang menjadi falsafah rekaannya. 

Dia mengakui rekaannya sering mendapat ilham daripada filem-filem sains fiksyen, muzik klasik dan estetika perabot. Proses kreatifnya itu adalah dialog berterusan dengan dunia seni.

Grace mencorak idea-idea abstrak melalui kembara hariannya, yang kemudiannya mencantum menjadi lakaran ringkas untuk asas rekaan kebanyakan koleksi Grace Ling. – Getaran, 19 Jun 2021

Semua gambar: Grace Ling

Instagram: @gracelingo

Laman sesawang: Grace Ling

Isu Pada

YHB Sleepsalot Mencari Suara Sendiri

19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok