web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Mengambil inspirasi daripada jam kronograf klasik, Bewatch Chrono diberi nafas baharu dengan pendekatan yang lebih segar dan kontemporari

Gaya Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2026 8:27PM

Pengasas ICE-WATCH, Jean-Pierre Lutgen (tengah) dari Belgium turut hadir pada majlis pelancaran baru-baru ini.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam dunia aksesori lelaki, jam tangan bukan sekadar penunjuk waktu, tetapi ia adalah refleksi gaya, personaliti dan ketelitian. 

Koleksi terbaharu daripada ICE-WATCH, Bewatch Chrono, hadir sebagai simbol keseimbangan antara fungsi teknikal dan estetika moden, direka khusus untuk lelaki yang menghargai perincian tanpa mengorbankan gaya.

Mengambil inspirasi daripada jam kronograf klasik, Bewatch Chrono diberi nafas baharu dengan pendekatan yang lebih segar dan kontemporari. 

Rekaannya tampil kemas dengan susun atur dial yang tersusun rapi, dipadankan dengan sub-dial berkontras yang bukan sahaja berfungsi, malah menambah dimensi visual pada keseluruhan jam. 

Pilihan warna pula merangkumi tona monokrom yang elegan hingga ke variasi lebih berani, menjadikan setiap model sesuai digayakan dalam pelbagai situasi, daripada urusan harian hingga ke acara santai.

Dari segi prestasi, koleksi ini dikuasakan oleh Miyota Movement yang terkenal dengan ketepatan dan kebolehpercayaan. Ini memastikan setiap detik dikira dengan konsisten, sejajar dengan keperluan gaya hidup moden yang pantas. 

Penggunaan sarung poliamida (PA+) pula memberikan ketahanan tanpa menambah berat, manakala tali silikon menawarkan keselesaan maksimum untuk pemakaian sepanjang hari. Ditambah dengan kemasan ardillon buckle, jam ini direka untuk memberikan rasa selamat serta mudah dipakai.

Lebih daripada sekadar aksesori, Bewatch Chrono membawa falsafah tersendiri, ia untuk lelaki yang mengutamakan gaya ringkas tetapi penuh karakter, serta menghargai keseimbangan antara fungsi dan penampilan.

Pelancaran koleksi ini diadakan di Time Zone Sales and Service Center, Ampang baru-baru ini dalam satu majlis yang menghimpunkan wakil media, pempengaruh dan rakan jenama. 

Kehadiran pengasas ICE-WATCH, Jean-Pierre Lutgen dari Belgium menjadi antara sorotan utama, mencerminkan komitmen jenama ini terhadap pasaran Malaysia.

Sebagai pengedar eksklusif di Malaysia, Time Zone Sdn. Bhd. terus memainkan peranan penting dalam membawa jenama ini lebih dekat kepada pengguna tempatan. 

Majlis tersebut turut diserikan dengan sesi pengalaman produk, memberi peluang kepada tetamu untuk melihat dan merasai sendiri keunikan Bewatch Chrono. - Getaran, 22 April 2026

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

2

Gaya 4 hari yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

3

Gaya 1 minggu yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

4

Gaya 1 minggu yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari