web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kopi Turki Punya Rasa Unik, Penggemar Kopi Harus Cuba

Kaedah bancuhan kopi Turki kekal tidak berubah berabad lamanya, dan inilah salah satu sebab di sebalik keunikannya

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 2:23PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan aroma semerbaknya yang memenuhi ruang kediaman, pejabat, kafe dan jalanan, kopi Turki merupakan sesuatu yang begitu dekat dengan tradisi masyarakat Turkiye. Jika menjejakkan kaki ke Turkiye, pengalaman menghirup Kopi Turki ini pasti membangkitkan rasa bahagia dan paling luar biasa 

Di Turkiye, kopi Turki ialah pengantara sosial yang menyatukan orang ramai sekali gus membantu mereka bersosial. Kopi memainkan peranan pada mesyuarat penting dan situasi sosial yang mana telah menjadi kebiasaan apabila masing-masing bertanyakan soalan yang sama selepas menjamu selera iaitu, “apa jenis kopi pilihan anda?”

Rasa unik dan nilai tradisional ini membolehkan Kopi Turki berada dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada 5 Disember 2013. Bermula dari itulah, 5 Disember diraikan sebagai Hari Kopi Turki Sedunia. 

Menyingkap sejarah, Kopi Turki menjadi nadi kehidupan sosial sejak ia pertama kali dihasilkan di bumi Turkiye pada abad ke-16. Ia kemudian berkembang ke seluruh geografi Uthmaniyyah yang luas dan melangkaui sempadan bersama ritual, tradisi dan peranannya. 

Perkataan Turki untuk sarapan ialah kahvaltı, di mana apabila diterjemahkan  ia membawa makna ‘sebelum kopi’. Setiap kali anda mengunjungi rakan atau keluarga di Türkiye, anda akan sentiasa disajikan kopi Turki sebagai minuman untuk mengalu-alukan kedatangan anda. Ia bagaikan hidangan wajib dalam majlis-majlis keraian seperti perkahwinan, pertunangan, dan harijadi.

Kopi Turki Dituang Bersama Serdaknya

Kaedah bancuhan kopi Turki kekal tidak berubah berabad lamanya, dan inilah salah satu sebab di sebalik keunikannya. Kopi Turki disediakan dengan membancuh biji kopi yang dikisar halus dan berserbuk bersama air sejuk dalam teko tembaga yang dikenali sebagai Cevze.

Ia kemudiannya dipanaskan menggunakan pasir. Kononnya pasir dapat menghasilkan kopi dengan panas yang lebih konsisten dan merata berbanding menggunakan api.

Selepas mendidih sehingga berbuih, ia dituang ke dalam cawan kopi untuk menghasilkan buih seakan-akan baldu di atasnya. Satu lagi ciri yang berbeza daripada kopi yang lain ialah kopi Turki dituang ke dalam cawan bersama serdak dan ia sentiasa dihidangkan dengan segelas air kosong, kudapan Turki atau manisan lain.

Kaedah pengisaran dan penyediaan kopi Turki mungkin berbeza-beza mengikut ramuan dan tabiat di wilayah negara berkenaan. Pokok mastic yang boleh ditemui di seluruh rantau Aegean, membawakan tradisi pembuatan kopi Turki bersama mastic gum. 

Kopi Menengiç yang disediakan dengan mengeringkan biji kacang daripada pokok Pistacia terebinthus, ternyata sangat terkenal di Gaziantep, salah sebuah bandar Türkiye di tenggara Anatolia dan tempat bercucuk tanam pistachios. 

Kopi Dibek yang kebiasaannya ditumbuk dalam lesung batu, menjadi popular sebagai alternatif kopi Turki yang unik kerana aromanya yang lembut dan sesuai disajikan bersama susu. Kopi Mırra yang sering dikenali sebagai kopi pejal dan pahit lazimnya digemari di daerah tenggara Türkiye, Şanlıurfa dan Mardin. 

Jika anda penggemar kopi, jangan lepaskan peluang mencuba Kopi Turki jika punya kesempatan. - Getaran, 16 Disember 2023

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini