web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GP Batteries: Sumber Kuasa Elektrik Lestari Yang Mesra Alam

Pingat gangsa diterima GP Batteries menerusi penilaian EcoVadis membuktikan mereka berupaya menerajui inovasi ke arah masa depan yang lestari

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 5:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bateri secara kasar ialah sejenis alat untuk membekal atau menjana kuasa elektrik. Penggunaan bateri jenis lastrik adalah lumrah dalam kehidupan seharin, dan ia didatangkan dalam pelbagai bentuk, saiz atau jenama.

Dalam hal ini, GP Batteries ialah syarikat yang diiktiraf ramai sebagai pakar bateri sejak lebih 50 tahun lalu. Apakah kehebatan bateri ini sehingga ia mampu bertahan selama separuh abad? Keupayaan mereka jelas terbukti apabila berjaya menggondol pingat gangsa menerusi penilaian EcoVadis. 

EcoVadis adalah platform penilaian kelestarian perniagaan yang mementingkan empat elemen iaitu Alam Sekitar, Amalan Buruh dan Hak Asasi Manusia, Etika serta Perolehan Lestari. Produk GP Batteries telah berjaya melepasi capaian purata industri, dan mempamerkan prestasi lebih cemerlang berbanding syarikat bateri lain yang dinilai di seluruh dunia. 

Kelestarian sentiasa menjadi teras kepada falsafah perniagaan dan operasi bagi GP Batteries. Sebagai perniagaan berteraskan kuasa elektrik, misi bateri ini adalah untuk berinovasi dan memperkasakan kehidupan serta memotivasikan perubahan yang positif. 

Pencapaian ini menandakan kemajuan besar dalam mengiktiraf Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Usaha GP Batteries dalam mencapai 'Sisa Sifar Ke Tapak Pelupusan' mengesahkan komitmennya untuk lebih bertanggungjawab dan mengoptimumkan penggunaan sumber serta meminimumkan penjanaan sisa. 

Pada 2020, GP Batteries menjadi yang pertama dalam industri bateri untuk menerima pengesahan tersebut, menerusi dua kilang pembuatannya bateri di rantau ASEAN. Hari ini, enam kilang di Malaysia, Vietnam dan China pula telah mencapai kejayaan tersebut dengan mengurangkan penjanaan sisa dan menambah baik pengalihan sisa. 

Salah satu kilang tersebut ialah kemudahan pembuatan di Tebrau yang juga merupakan kilang pertama di Malaysia  memperoleh pengesahan tahap emas dengan tahap lencongan sisa sebanyak 95 hingga 99 peratus. 

Bateri ini bukan saja dapat menjaga eko sistem setempat malah ia meningkatkan kualiti hidup melalui penggunaan tenaga hijau dan pembangunan produk mesra alam. Proses Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berterusan sedang dijalankan untuk meningkatkan lagi peratusan kandungan kitar semula dan mengurangkan bahan plastik dalam bateri mereka. - Getaran, 25 November 2023

Sumber Foto: GP Batteries

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini