web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


John Wick Kembali Beraksi, Francais Kelima Dalam Pembikinan

Selepas penerimaan yang baik sehingga mencatat kutipan mencecah AS$1 bilion, Lionsgate mengumumkan pembikinan John Wick 5

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 10:10AM

Gambar - spielanime.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak mula ditayangkan pada 2014, filem aksi John Wick menjadi fenomena dan meniti di bibir peminat, termasuk di negara ini.

Membariskan aksi aktor prolifik Keenu Reeves, John Wick 4 sebelum ini dibayangkan sebagai edisi akhir filem berkenaan.

gambar - marca.com
gambar - marca.com

Bagaimanapun, keputusan berkenaan diubah produk Lionsgate selepas John Wick 4 berjaya mencatat kutipan mencecah AS$1 bilion dan hasilnya, sekuel kelima kisah aksi terbabit bakal menemui peminat.

Pengerusi Lionsgate, Joe Drake berkata, spin off pertama John Wick, iaitu Ballerina lakonan aktres Ana De Armas bakal menemui penonton tahun depan.

“Kami ingin mengumumkan bahawa tiga lagi projek, termasuk John Wick 5 dan mini siri televisyen, The Continental sedang dalam pembikinan sekarang,” katanya.

gambar - kinocheck.com
gambar - kinocheck.com

Pengarah John Wick, Chad Stahelski, sebelum ini dipetik sebagai berkata, dia dan Keanu Reeves ingin berehat dari filem terbabit buat seketika, namun mereka tidak mahu ia ditamatkan. Keduanya memberitahu, mereka memiliki idea untuk menghasilkan John Wick 5, yang diyakini berupaya menyaingi kehebatan John Wick 4.

gambar - digitaltrends.com
gambar - digitaltrends.com

Penggambaran John Wick 5 kini diteruskan semula, selepas ia terhenti seketika Mei lalu akibat mogok dilancarkan pekerja dan difahamkan, produk terbabit juga bakal menghasilkan siri anime John Wick.

Pihak produksi juga diberitakan mahu menghasilkan lebih banyak spin off untuk memenuhi permintaan peminat.

gambar - theverge.com
gambar - theverge.com

Setiap edisi John Wick memiliki garapan mantap yang berkisar sisi gelap menyelubungi aspek pentadbiran, ekonomi, kewangan dan kepimpinan Kerajaan.

Ia memaparkan sikap rakus dan tamak individu tertentu yang berterusan menindas golongan bawahan.

Berdasarkan sambutan hangat empat francais terdahulu, tidak syak lagi John Wick 5 juga bakal menjadi fenomena, jika pengarah berjaya mengekalkan elemen aksi yang tidak klise, dan idea segar dalam plot ditampilkan. – Getaran, 18 November 2023

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini