web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Liner 1090 GIO, Motorhome Mewah Untuk Keselesaan Ketika Bercuti

Liner 1090 GIO ini menggunakan casis Mercedes-Benz

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 9:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda terfikir untuk memiliki sebuah kenderaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti sebuah rumah dan boleh dibawa ke mana-mana?

Umum mengetahui, caravan atau motorhome memiliki semua perincian disebutkan di atas tetapi kedua-dua kenderaan tersebut memiliki saiz yang agak besar, menyebabkan ia sukar dipandu di kawasan sempit. Ia juga akan mendatangkan masalah jika anda tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Liner 1090 GIO ini menggunakan casis Mercedes-Benz
Liner 1090 GIO ini menggunakan casis Mercedes-Benz

Mengatasi semua kekurangan ini, sebuah syarikat dikenali sebagai Concorde (bukan pesawat) muncul dengan motorhome yang lebih mesra pengguna apabila mengeluarkan model Liner 1090 GIO menggunakan casis Mercedes-Benz.

Sekali pandang, Liner 1090 GIO masih kelihatan besar, namun hakikatnya saiz kenderaan ini lebih kompak.

Dilengkapi dengan garaj, jurucakap Concorde memberitahu, garaj tersebut hanya memuatkan kereta bersaiz berukuran tidak melebihi 1,36 meter x 4.3 meter dan memiliki berat kurang daripada 1,400 kg, menyamai saiz Mazda MX-5 Miata ND.

Garaj di bahagian belakang direka untuk memuatkan kereta bersaiz kecil
Garaj di bahagian belakang direka untuk memuatkan kereta bersaiz kecil

Dari aspek pergerakan, Liner 1090 GIO yang memiliki berat sehingga 12 tan (termasuk garaj muatan kereta di belakang) dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris 7.7 liter yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 299 hp dan tork 1,200 Nm.

Ruang tidur mewan dengan katil bersaiz 'queen'
Ruang tidur mewan dengan katil bersaiz 'queen'

Motorhome ini juga boleh memuatkan ruang tidur besar dengan katil bersaiz queen, bilik mandi, tandas duduk, peti sejuk, ruang memasak, ruang storan yang mencukupi serta dapur berbentuk U.

 Ruang Tamu Liner 1090 GIO
Ruang Tamu Liner 1090 GIO

Ruang tamunya pula menempatkan dua bangku melengkung, meja makan di bahagian tengah, serta dua kerusi kapten yang boleh dipusin.

Motorhome ini jelas lebih efektif untuk digunakan di jalan raya dan amat sesuai untuk dibawa ketika bercuti.

Berapakah harga ditawarkan? Dengan kelengkapan serba mewah yang didatangkan Bersama, kenderaan ini dijual bermula pada harga RM2,751,529. 

Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia
Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia

Ada juga yang ragu-ragu, apakah kenderaan jenis ini sesuai digunakan di Malaysia? Buat yang tidak tahu, Malaysia mempunyai kelompok peminat tersendiri, malah terdapat persatuan yang aktif misalnya Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia. 

Tidak dinafikan harga Liner 1090 GIO ini mampu membuatkan kita menelan air liur, namun jika mampu, apa salahnya? – Getaran, 12 November

Sumber: Motor1.com

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini