Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wonder Woman Bakal Diganti Orang Baharu, Gal Gadot Undur Diri

DC Universe mengumumkan pemilihan semula watak Wonder Woman selepas Gal Gadot mengumumkan menarik diri dari terus melakonkan karakter adiwira itu

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 8:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wonder Woman ialah karakter adiwira wanita yang tidak asing lagi dalam dunia DC Universe. Ia dilakonkan aktres Israel, Gal Gadot yang pertama kali muncul dalam filem Batman VS Superman.

DC Universe baru-baru ini bagaimanapun mengumumkan pemilihan semula pelakon untuk watak berkenaan, susulan pengunduran Gadot.

Rentetan itu, beberapa aktres Hollywood disenarai pendek untuk menjalani uji bakat.

Jaimie Alexander

Jaimie Alexander berpengalaman memainkan watak adiwira wanita, iaitu sebagai Lady Sif yang bergandingan dengan Thor, lakonan Chris Hemsworth.

Aktres ini juga memegang watak utama dalam siri Blindspot, mengisahkan seorang wanita yang diasuh untuk menjadi pahlawan sejak kecil, dan ia seakan menyamai watak Diana dan latihan dijalaninya bersama puak Amazon, sebelum bergelar Wonder Woman.

Adrianne Palicki

Adrianne Palicki juga pernah memainkan watak Wonder Woman dalam siri televisyen pada 2011 namun watak itu tidak menonjol seperti diharapkan.

Pelakon ini mempunyai kelebihan untuk mengambil alih tempat Gadot dan pastinya dia akan memperbaiki mutu lakonan jika diberi peluang kedua.

Ana de Armas  

Ana de Armas ketika ini ialah pilihan paling popular untuk memegang watak Wonder Woman, walaupun ketika itu pengunduran Gadot belum diumumkan.

De Armas dikatakan memiliki karisma yang diperlukan untuk membawakan watak Wonder Woman dengan berkesan.

Naomi Scott

Dengan watak utama sebagai Puteri Jasmine dalam filem Aladdin, Naomi Scott membuktikan bahawa dia memiliki keupayaan untuk menjelmakan peranan Wonder Woman dengan baik di layar perak.

Scott juga dilihat memiliki bentuk fizikal yang diperlukan untuk membawa watak pahlawan Amazon itu.

Conor Leslie

Watak Wonder Woman bukan sesuatu yang asing untuk aktres ini, kerana dia membawa watak Donna Troy atau Wonder Girl dalam siri Titans DC. Walaupun watak berkenaan gagal mempamerkan kebolehan sebenar Donna dalam siri tersebut, Leslie berjaya membawa peranan terbabit dengan berkesan.

Dengan semua ciri itu, Leslie memiliki kriteria diperlukan untuk memainkan watak Wonder Woman DC Universe dengan baik.

Lauren Cohan

Kecemerlangan lakonan Lauren Cohan telah berjaya dibuktikan dalam siri The Walking Dead dan spinoff terkini siri itu, The Walking Dead: Dead City.

Maggie dalam kedua-dua siri berkenaan digambarkan sebagai ketua dan pejuang, menyamai karakter Diana atau Wonder Woman. 

Cohan pernah terlibat dalam filem Batman VS Superman: Dawn of Justice DCEU.

Elizabeth Debicki

Pengalaman Elizabeth Debicki sebagai Diana, Princess of Wales dalam siri The Crown membuatkan beliau dilihat sebagai pilihan tepat untuk membawa watak Wonder Woman. 

Ketika mendedahkan perancangan terbaru DCU, Gunn mengumumkan bahawa siri prekuel Paradise Lost Wonder Woman akan membuat kemunculan sebelum Diana kembali ke layar perak.

Paradise Lost ialah siri yang mengisahkan perjalanan puak Themyscira di Amazon, beberapa tahun sebelum kelahiran Wonder Woman.

Jodie Comer

Jodie Comer memiliki segala yang diperlukan. Dengan kelebihan membawa setiap watak secara dramatik dan penuh berkesan, Comer berupaya menyuntik nafas baharu untuk watak Wonder Woman.

Keupayaannya jelas terbukti menerusi lakonan dalam filem Free Guy dan watak utama sebagai Villanelle dalam filem Killing Eve.

Adria Arjona

Populariti Adria Arjona mula meletup selepas penampilan sulung dalam filem Star Wars dan persembahan cemerlang sebagai Bix Caleen dalam siri Disney, Andor.

Bix digambarkan sebagai seorang yang tegas, menawan dan berpendirian, iaitu ciri-ciri yang membuatkan dia muncul sebagai pilihan tepat untuk membawa watak Wonder Woman.

Alexandra Daddario

Menduduki senarai pertama ialah Alexandra Daddario. Watak sebagai anak kepada Athena, iaitu antara Dewi dalam puak Amazon dalam dua filem Percy Jackson menjadikan aktres itu pilihan tepat untuk membawa watak Wonder Woman. - Getaran, 21 Oktober 2023

Sumber Dan Gambar: screenrant.com

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan