web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Resorts World Genting Perkenalkan CEO Kanak-Kanak Demi Kelainan

Resorts World Genting memutuskan melantik kanak-kanak kerana hanya golongan itu yang benar-benar mengetahui kehendak rakan sekumpulan mereka 

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 10:52AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kebiasaannya, kanak-kanak tidak terlibat dalam proses membuat keputusan untuk memilih pakej percutian kerana ia diatur oleh individu lebih dewasa.  Hal ini menyebabkan pakej atau aktiviti ditawarkan tidak menepati ciri-ciri percutian idaman mereka.

Atas alasan inilah, Resorts World Genting memutuskan untuk melantik kanak-kanak bagi menghasilkan pakej percutian yang didedikasikan kepada golongan berkenaan. Pendapat mereka dianggap sangat penting dan berpengaruh. Lagipun, hanya kanak-kanak yang benar-benar memahami dan mengenali rakan sekumpulan mereka.

Baru-baru ini, Resorts World Genting memperkenalkan Chief Experience Officers (CEO) baharu mereka yang menampilkan barisan kanak-kanak berpengaruh bertaraf bintang seperti Eva daripada @MissPopSasa dan StrongBoy daripada @BapaBros yang kedua-duanya berusia 4 tahun serta adik-beradik Ellen, 8 dan Ehsan, 5 daripada @norreen143. 

Peranan Chief Experience Officers ini adalah untuk mempromosi dan menonjolkan Resorts World Genting sebagai pusat peranginan bersepadu terulung di Malaysia serta destinasi mesra kanak-kanak, disahkan oleh si kecil, untuk si kecil.

Dari lawatan ke pelbagai permainan dan keseronokan di Taman Tema Genting SkyWorlds dan menerokai trek semula jadi Resorts World Awana hinggalah berjumpa dengan Wira Genting’s Highland Heroes, CEO baharu ini akan membawa pendekatan yang menyegarkan untuk mempamerkan lebih banyak tarikan di Resorts World Genting melalui kaca mata kanak-kanak. 

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, salah seorang CEO, Eva, telah melancarkan profil LinkedIn sendiri untuk memberi gambaran tentang peranannya sebagai Chief Experience Officers dalam usaha untuk meyakinkan lebih ramai ibu bapa untuk makan, bermain, membeli-belah dan menjamu selera di Resorts World Genting.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan barisan cemerlang Chief Experience Officers baharu kami, di mana setiap seorang daripada mereka akan mengesahkan dan meluluskan rangkaian tarikan luar biasa mesra kanak-kanak yang merangkumi Penginapan, Bermain, Beli-belah dan Sajian dari hotel-hotel bertaraf dunia kami hingga ke Taman Tema Genting SkyWorlds, kedai jualan dan restoran kami yang telah memenangi pelbagai anugerah.

“Mereka akan melalui sendiri pengalaman dan menilai tarikan-tarikan kami untuk memastikan ia sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur dan saiz. Antaranya ialah aktiviti mesra kanak-kanak terbaharu kami di Resorts World Awana yang menawarkan aktiviti keseronokan keluarga seperti Penuaian Madu Lebah Tanpa Sengat, Memanah, Bengkel Seni & Kraf, Kelas Memasak dan Trail Semula Jadi,” ujar Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran, Genting Malaysia Berhad. Spencer Lee.

Tambahnya, Chief Experience Officers kanak-kanak ini dipilih secara khusus berdasarkan kepakaran mereka dalam berseronok dan imaginasi unik untuk mengesahkan bahawa sentiasa ada sesuatu yang istimewa untuk setiap kanak-kanak.

Selain itu, beberapa siri aktiviti turut disediakan. Ini termasuklah peraduan foto sosial untuk mendapatkan lebih ramai CEO yang baru muncul untuk menyertai C-suite semasa. Untuk menyertainya, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di Instagram (@resortsworldgenting) atau TikTok (rwgenting). 

Bagi kanak-kanak yang melawat Resorts World Genting, mereka digalakkan untuk mengumpul dan mengambil bahagian dalam cabaran pasport CEO, di mana mereka boleh mengumpul seberapa banyak setem di lokasi berbeza dengan penebusan hadiah segera, termasuk hadiah utama sambutan hari lahir di Taman Tema Genting SkyWorlds.  Keluarga juga boleh menyemak promosi eksklusif ini di https://www.rwgenting.com/ - Getaran, 21 Oktober 2023

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini