web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guna Bara Rokok Boleh Tinggalkan Luka Dalam, Ini 5 Petua Paling Efektif Untuk Nyahkan Pacat 

Jika anda gemar melakukan aktiviti hutan, perlu diingat gigitan pacat susah untuk dielakkan

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 9:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi individu yang gemar melakukan aktiviti di dalam hutan sama ada berkhemah atau mendaki gunung, ‘serangan’ pacat sukar untuk dielakkan.

Aktiviti seperti ini sememangnya menyeronokkan, namun ‘berperang’ dengan pacat boleh mengubah pengalaman indah itu menjadi menjengkelkan.

Justeru penulis ingin berkongsi lima petua mudah untuk membolehkan diri anda ‘bebas’ serangan hidupan berkenaan, sekali gus menjadikan aktiviti anda kembali menyeronokkan.

Kenal Pasti Gigi Pacat

Untuk pengetahuan anda, pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda dapat mengesannya terlebih dahulu dan mahu mencabutnya, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah. Selalunya anda boleh nampak di bahagian badannya yang lebih kecil atau nipis.

Gunakan Jari Telunjuk Untuk Pisahkan Daripada Kulit

Kemudian, secara perlahan gunakan jari telunjuk untuk mencabut atau menolak pacat yang sedang menghisap darah daripada kulit. Selalunya, seluruh badan pacat akan melekat dengan kulit, jadi  gunakan satu lagi jari untuk memisahkan bahagian hujung atau bawah badan pacat yang lebih gemuk. Lakukan dengan dengan segera dan cermat kerana pacat akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.

Bersihkan Luka

Selepas pacat berjaya ditanggalkan, bersihkan kesan luka gigitan dengan segera untuk mengelak jangkitan. Diingatkan bahawa makhluk ini tidak beracun dan berbahaya namun jika terkena gigitannya, rasa gatal dan tidak selesa akan dirasai.

Amaran, Jangan Guna Bara Rokok Atau Ubat Anti Serangga

Jangan sesekali menggunakan bara rokok, ubat nyamuk, losyen anti-serangga dan elakkan daripada menarik pacat tersebut secara pantas dari kaki anda. Kaedah ini mengundang kesan yang lebih teruk kerana ia boleh memberi luka lebih dalam dan kesan parut.

Kesan Buruk Akibat Gigitan Pacat Di Telinga, Hidung dan Mulut

Anda perlu berhati-hati dan elakkan pacat daripada menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut. Ini kerana ia boleh mendatangkan akibat atau kesan yang tidak diingini.

Gigitan pacat di bahagian tersebut boleh mendatangkan kesan parut atau cela yang ketara di muka anda.

Jika perkara ini berlaku secara tanpa sedar atau tidak sengaja, segera gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Kalau terpaksa, gunakan objek keras.

Terdapat juga kaedah lain yang boleh digunakan untuk mencabut pacat seperti menggunakan abu rokok, daun dan pasir. Ada juga yang menggunakan garam, perahan limau, serbuk kunyit dan minyak cap kapak. Kemudian tahan sedikit dan elakkan daripada mengaru di bahagian tersebut jika terasa gatal. - Getaran, 10 September 2023

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini