Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengakuan Hijrah Selebriti Dalam 'The Khadijahs'

Tak perlu canggung lagi belajar agama. Boleh sama-sama usrah bersama The Khadijahs di Nurflix.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 8:50AM

The Khadijahs. Gambar: Nurflix

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika episod pengenalan ‘The Khadijahs’ mula menemui penonton  di Nurflix pertama kali bulan lalu, laman penstriman video itu tiba-tiba tergendala. Pasukan mereka mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memulihkan keadaan. Semuanya kerana terlalu banyak penonton ingin menembusi platform itu serentak bagi menyaksikan sitkom terbaharu yang mengumpulkan selebriti terkenal tanah air dalam ‘The Khadijahs’.

Baru tiga minit menyaksikan ‘The Khadijahs’, saya menyemak semula tajuk video yang ditonton untuk memastikan saya sedang melihat rancangan yang betul. Bagaimana sebuah rancangan bercorak Islamik boleh memiliki aura seperti sebuah drama  Korea? ‘The Khadijahs’ mempersembahkan konsep pop art yang bermain dengan warna-warna ceria. Dari montaj, dekorasi rumah sehinggalah kepada pemakaian pelakon semuanya dijaga rapi. Ia memberi petunjuk kepada penonton bahawa sitkom ini bukan siri usrah biasa.

Kami di Getaran berkesempatan menemu ramah tulang belakang di sebalik ‘The Khadijahs’ iaitu Hana Ismail sebagai penerbit dan Diana Amir selaku penerbit dan penulis skrip untuk bercerita lebih lanjut mengenai sitkom terbaharu ini. 

Gambar: Nurflix
Gambar: Nurflix

 

Pengakuan selebriti dan perjalanan rohani

Episod pengenalan menampilkan 11 orang selebriti tempatan seperti Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Fara Fauzana, Amira Othman, Lisa Surihani, Irma Hasmie, Sherry Al Hadad, Nadia Nissa, Ernie Zakri, Uyaina Arshad dan Diana Amir sendiri. Mereka dikumpulkan di dalam satu rumah untuk menghadiri sesi usrah bersama ustazah jemputan. Setiap selebriti dipilih berdasarkan kepada karakter masing-masing serta peminat mereka yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Bagi memastikan penonton melekat sepanjang 45 minit tayangan, Diana menghidupkan watak fiksyen iaitu Baby (Ernie), Shelly (Sherry) dan Dhia (Uyaina) yang memberikan jenaka seterusnya menghidupkan sisi lain dalam usrah ‘The Khadijahs’.

Gambar: Nurflix
Gambar: Nurflix

Namun begitu, kebanyakan babak yang dirakamkan dalam usrah ini memang menceritakan perasaan dan pengalaman peribadi para selebriti kita dalam menempuhi perjalanan kerohanian masing-masing. Irma merupakan antara selebriti awal yang berhijab. Pada waktu itu, belum banyak selebriti bertudung di dalam industri hiburan Malaysia.

Irma berdepan masa-masa sukar terutamanya untuk mendapatkan tawaran lakonan. Namun, rezeki Irma tak pernah putus. Beliau ditawarkan pula menjadi pengacara. Kalaulah kumpulan usrah selebriti seperti ‘The Khadijahs’ wujud pada waktu itu, mungkin perjalanan Irma akan lebih mudah.

“Ramai  yang berhijrah atas dasar kefahaman agama. Allah beri saya hidayah dan kesempatan untuk belajar lebih banyak perkara. Saya mula fokus untuk mencukupkan  amalan saya. Soal rezeki pula, saya percaya bahawa Allah akan beri sesuatu yang lebih baik pada waktu yang tepat,” ujar Diana semasa mengimbau pengalamannya mengenakan hijab pada tahun 2011. 

Siapa sangka bermula dengan projek tayangan untuk Nurflix, kini barisan selebriti ‘The Khadijahs’ benar-benar akrab walaupun di sebalik layar. Mereka mempunyai kumpulan Whatsapp sendiri dan rajin bertukar cerita. 

Gambar: Nurflix
Gambar: Nurflix

 

Beralih kepada kandungan membina jiwa

Hampir sedekad berada dalam bidang penyiaran dan penerbitan, Hana Ismail merasakan masyarakat sekarang tidak hanya sekadar menerima malah menginginkan kandungan yang boleh menyentuh jiwa mereka.

“Dah masanya untuk kita memberikan sesuatu yang boleh menyuburkan jiwa penonton berbanding benda yang sia-sia. Alhamdulillah, penerimaan yang kami dapat daripada penonton sangat baik. Sebenarnya, penonton kita rindu nak hadiri majlis ilmu apalagi sekarang musim Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi, ‘The Khadijahs’ seperti mengisi kekosongan itu,” ujarnya.

Gambar: Nurflix
Gambar: Nurflix

Diana dan Hana kini bergandingan untuk menghasilkan lebih banyak program dan rancangan terbaik khususnya untuk golongan kanak-kanak dan wanita di Nurflix. Dengan sokongan pasukan produksi, mereka bakal tampil dengan rancangan seperti 'Ahdaf' yang akan membawa penonton bertadabbur ayat Quran yang menyebut mengenai wanita.  Tidak hanya fokus kepada Bahasa Malaysia, mereka sudah pun menyediakan kandungan Bahasa Inggeris iaitu 'Book Club' membincangkan sunnah khusus untuk wanita. 

Rancangan 'Q Generation' pula akan memberi fokus kepada kanak-kanak membincangkan surah pendek di dalam Al-Quran di samping memperkenalkan siri animasi karya Diana sendiri. 

Sitkom 'The Khadijahs' sebenarnya adalah naskhah yang menunjukkan siri keagamaan berpotensi pergi lebih jauh jika dibawa dengan kreatif. Ia relevan, pembawakannya menarik dan menyentuh perasaan tanpa dibuat-buat. Jika anda ingin belajar agama dalam situasi santai dan tidak canggung. ‘The Khadijahs’ akan memberikan anda pengalaman itu. - Getaran, 7 Februari 2021

Gambar: Nurflix
Gambar: Nurflix

Isu Pada

Dayang Nurfaizah

06 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi