Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berita Elon Musk Cipta Robot Wife Satu Penipuan, Namun Adakah Ia Mustahil

Dengan penciptaan Tesla Bot, tidakkah anda terfikir bahawa penghasilan gambar AI Musk yang tular di serata dunia itu mungkin boleh menjadi satu realiti.

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 3:57PM

Penghasilan robot pintar menjadi idaman syarikat berteknologi tinggi di seluruh dunia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja Elon Musk, dua perkara ini pasti menjadi buah mulut orang ramai iaitu Tesla dan aplikasi X (dahulunya dikenali sebagai Twitter). Penulis melihat tuan empunya nama ini sering mencetuskan revolusi dan evolusi dalam dunia teknologi sejak beberapa bulan kebelakangan ini. 

Kadangkala tertanya juga apa sebenarnya yang bermain di fikiran Musk. Mungkin dia ingin menjadi pelopor teknologi dunia masa depan yang paling pantas dalam kalangan pencipta atau jenama peranti yang lain. Kini, Musk dikatakan bakal melancarkan beberapa robot termasuklah robot wanita bagi mengantikkan pasangan isteri atau dikenali sebagai Robot Wife.

Musk dirakamkan bersama robot wanita. gambar X @ Diana Stark dan Tesla.inc
Musk dirakamkan bersama robot wanita. gambar X @ Diana Stark dan Tesla.inc

Perkara ini mencetuskan kekecohan apabila beberapa bulan lalu tular gambar Musk sedang mengucup robot yang mempunyai rupa bentuk seperti wanita. Bahkan ia dilaporkan akan dilancarkan pada bulan ini.

Gambar itu memaparkan robot Humanoid Hiper feminin dengan bentuk muka seorang wanita yang sempurna, manakala sekeping lagi gambar memperlihatkan Musk sedang menari dengan sebuah robot yang berpakaian seperti penari salsa. Robot tersebut berharga antara AS$32,000 hingga AS$79,000 USD dan dikuasakan oleh bateri.

Musk bersama robot menyerupai kucing. gambar X @ Diana Stark dan Tesla.inc
Musk bersama robot menyerupai kucing. gambar X @ Diana Stark dan Tesla.inc

Gambar di atas pula menunjukkan sebuah robot manusia yang mempunyai rupa seperti kucing kerana melihat dari sudut telinga dan matanya, hampir menyamai rupa seekor kucing. 

gambar X @ Diana Stark dan Tesla.inc
gambar X @ Diana Stark dan Tesla.inc

Bagaimanapun selepas penyebaran gambar itu, beberapa media melaporkan bahawa ia hanyalah sebuah penghasilan gambar artificial intelligence (AI) daripada akaun AI terkenal terkenal  @art_is_2_inspire. Bukan Musk sahaja, malah gambar AI ini turut membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg yang pernah dilihat mengucup robot wanita dan ia turut tersebar luas.

Perkara ini menjelaskan bahawa gambar dan info membabitkan penciptaan Robot Wife yang tular di media sosial adalah tidak benar dan kesannya, akaun intagram tersebut telah disekat atau diharamkan.

Namun, jika diimbas semula, tahun lalu Musk mendedahkan pelancaran sebuah prototaip robot manusia pada acara kecerdasan buatan (AI) Tesla Inc Bernama Tesla Bot. Robot pintar yang memiliki ciri-ciri teknologi tinggi ini memperlihatkan kebolehan gerak kerja yang hampir sama seperti manusia dan tujuannya untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.

Bahkan pada bulan Mei lalu, Tesla Bot memaparkan kemaskini terbaharu mengenai robot ini yang boleh berjalan tanpa sebarang kabel dan mampu meniru pergerakan manusia.

Robot Wife sedang menari dengan Elon Musk. gambar X @ Diana Stark dan Tesla.inc
Robot Wife sedang menari dengan Elon Musk. gambar X @ Diana Stark dan Tesla.inc

Jadi dalam hal penularan gambar AI Robot Wife ini dengan penciptaan Tesla Bot, tidakkah anda terfikir bahawa penghasilan AI yang menular di serata dunia ini mungkin boleh jadi reality.  Menurut apa yang telah dicipta oleh Musk,  penulis berpendapat ada kemungkinan Robot Wife mampu dicipta dan dihasilkan.

Tesla Bot. gambar X @ Diana Stark dan Tesla.inc
Tesla Bot. gambar X @ Diana Stark dan Tesla.inc

Akan tetapi fungsi dan tujuan robot pintar tersebut pasti akan menjadi persoalan pelbagai pihak terutamanya apabila bercakap mengenai hubungan suami dan isteri. Sekalipun dengan kemajuan teknologi yang ada mampu menghasilkan robot seperti ini, adakah ia relevan untuk digunakan atau dimanfaatkan dalam kehidupan manusia. Hal ini masih menjadi tanda tanya.

Oleh itu, penulis berpendapat bahawa setiap teknologi yang dicipta mahupun dibayangkan perlu berlandaskan kehidupan sesebuah masyarakat. Realitinya, penghasilan teknologi yang ada pada masa ini bertujuan untuk membantu bukan mengawal kehidupan manusia. – Getaran, 3 September 2023

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Google Lancar Inisiatif Baharu Lengkapkan Belia Malaysia Dengan Kemahiran Berfokuskan AI

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja