Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Volvo Dan Inovasi Keselamatan, Sedekad Selepas Merdeka

Volvo menjadi antara jenama automotif pertama melibatkan diri terhadap pembukaan perangkaan untuk mengukuhkan industri automotif

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 8:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semua sedia maklum, Volvo sejak dahulu menjadikan keselamatan sebagai trademark  kenderaan mereka. Buat yang tidak tahu, pembinaan dan pengeluaran kereta pertama Volvo ialah model ÖV4 yang memiliki rekaan klasik dan menggunakan enjin empat silinder pada 1927.

Sungguhpun penulis pernah mendengar tanggapan kononnya Volvo seperti kereta orang tua atau kotak mancis, peredaran zaman memperlihatkan jenama ini mengeluarkan reka bentuk yang penuh inovasi dan canggih, begitu juga dengan teknologi keselamatan yang menjadi satu kepentingan buat syarikat Volvo Car Manufacturing Malaysia.

Pengukuhan sistem keselamatan Volvo bermula sedekad selepas negara mencapai kemerdekaan apabila Malaysia (ketika itu masih dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu) buat pertama kali merangka pengukuhan terhadap industri automotif di pentas dunia.

Volvo telah menjadi antara jenama automotif pertama melibatkan diri dalam pembukaan perangkaan tersebut untuk membuat perpindahan teknologi, pembangunan kemahiran tempatan, dan pelaburan asing.

Bukan itu sahaja, Volvo juga menjadi jenama antarabangsa pertama membuka tapak kilang pemasangan automotif di Malaysia yang terletak di Shah Alam  pada Mac 1967,  dan Volvo 144 adalah model pertama yang dipasang di kilang tersebut. Jadi, buat yang tidak tahu, Volvo sudah lama sebenarnya bertapak di negara ini.

Model  Volvo 144 ini dan beberapa model lain ialah antara kenderaan yang mengimplimentasikan inovasi keselamatan terutamanya tali pinggang keledar tiga poin rekaan jurutera mereka, Nils Bohlin.

Menariknya, reka bentuk keselamatan tersebut tidak dijadikan sebagai komponen hak cipta terpelihara oleh Volvo. Ini kerana mereka ingin mengalakkan jenama automotif yang lain untuk mempraktikkan teknologi tersebut.

Volvo turut menjadi perintis kebanyakan teknologi, ciri serta batuan keselamatan kenderaan lain seperti Sistem Informasi Titik Buta (BLIS) yang masih digunakan sebagai penduan untuk pembuatan kenderaan moden atau baharu.

Bercakap mengenai evolusi pengeluaran teknologi baharu kenderaan hybrid plug-in (PHEV), pada 2016 Volvo Car Malaysia telah memperkenalkan kereta mewah pertama yang menggunakan sistem enjin tersebut melalui model Volvo XC90 Recharge.

Apa yang membanggakan, selain Sweden, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menggunakan hasil kerja pemasangan tempatan terhadap model tersebut. Kemudian pada 2022, jenama ini buat kali pertama telah melancarkan sebuah kenderaan berkuasa elektrik (EV) dengan pemasangan tempatan (CKD) juga di Malaysia dan model tersebut adalah Volvo XC40 Recharge Pure Electric.

Dengan inovasi serta evolusi teknologi yang digunakan tahun demi tahun, Volvo dilihat masih berdiri teguh dan kekal dengan jenama yang mementingkan sistem keselamatan kenderaan. - Getaran, 27 Ogos 2023

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco