web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jom Sama-sama #SapotLokal Sempena Meraikan Hari Kebangsaan 

Demi negara yang tercinta, jom sama-sama kita tunjukkan sokongan kepada jenama lokal sempena hari kebangsaan di hari terakhir Ogos

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 12:35PM

Pelbagai jenis makanan enak menanti anda di Pavillion Bukit Jalil sempena Hari Kebangsaan - gambar Nooreza Hashim

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pejam celik, pejam celik sudah tibanya masanya untuk rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan pada 31 Ogos hadapan. Bagi menghidupkan suasana dan semangat patriotik yang membara, pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil tampil mempersembahkan sesuatu yang istimewa.

Peka dengan semangat ‘kekitaan’, Pavilion Bukit Jalil dilihat bijak menyusun kempen #Sapotlokal ini dengan menyerlahkan keenakan juadah tempatan, kepelbagaian budaya dan keagungan warisan setempat. 

Selusuri kenangan dan imbas memori masa kecil anda di stor duluKINI
Selusuri kenangan dan imbas memori masa kecil anda di stor duluKINI

Meraikan ulang tahun kemerdekaan ke 66, mereka membawa pihak media menjelajah ke pusat beli-belah itu baru-baru ini untuk melihat sendiri deretan produk lokal yang ada di sana. Jadi, cuti Merdeka nanti bolehlah anda menjengah dan berbelanja ke sini dan tunjukkan semangat ‘kekitaan’ yang ada dalam diri masing-masing. Jom kita lihat apa yang ada!

1. Mengimbas kenangan di duluKINI, Aras 2 (Zon Merah Jambu)

Lain orang, lain citarasanya. Susuri pelbagai tarikan menarik dan menggamit memori silam di duluKINI. Kedai atau stor  yang satu ini bukan sahaja menawarkan pelbagai produk makanan yang  mengimbas zaman kanak-kanak di tahun 80-an, 90-an dan generasi masa kini, tetapi ia juga menampilkan pelbagai barangan kraf, lambangan jati diri Malaysia.

Ada produk jalinan kayu rotan, perhiasan rumah ke pelbagai jenis beg tenunan tangan dan pakaian tradisional di duluKINI
Ada produk jalinan kayu rotan, perhiasan rumah ke pelbagai jenis beg tenunan tangan dan pakaian tradisional di duluKINI

Ada produk buatan jalinan kayu rotan, perhiasan rumah ke pelbagai jenis beg tenunan tangan dan pakaian tradisional, sesuai digayakan untuk pelbagai acara. Alang-alang sudah sampai, pastikan anda beli snek zaman kanak-kanak seperti biskut gula ising, biskut bantal, gula-gula ros, kerepek bawang dan biskut bangkit.

2. Serlahkan gayamu bersama dUCk, Aras 2 (Zon Merah Jambu)

Kekal anggun dengan busana minimalis dan menawan daripada dUCk. Percayalah seleksi pakaian dan aksesori yang ada di stor ini bukanlah tertumpu kepada hijabista semata-mata. Ada sesuatu untuk semua. 

Kekal anggun dengan busana minimalis dan menawan daripada dUCk
Kekal anggun dengan busana minimalis dan menawan daripada dUCk

Ambil masa untuk memilih pakaian kasual, skaf, aksesori tudung, beg beli-belah dan banyak. Semua item fesyen di sini direka dengan teliti dengan rekaan corak eksklusif dan elegan. Istimewa untuk hari Merdeka, dUCk tampil dengan koleksi skaf dan tudung edisi terhad yang mengetengahkan budaya dan elemen kedai kopitiam yang sinonim dengan identiti rakyat Malaysia.

Koleksi The Malaysia dUCk ini diperbuat daripada sutera satin dan didatangkan dalam enam warna memikat. Setiap satu dijual pada harga RM350. 

3. Kekal menawan dengan kosmetik Alha Alfa, Aras 2 (Zon Merah Jambu)

Ekspresikan semangat patriotism dan kreativiti solekan dengan penggunaan produk perapian wajah keluaran Alha Alfa seperti Bright Boost Moisturizer Face Cream, Royal Propolis Foundation, Super Stay Fixing Powder, Pressed Powder Eyeshadow Palette dan banyak lagi. Tidak perlu teragak-agak dengan produk lokal ini kerana ia diyakini tidak memudaratkan kulit.

4. Tonjolkan bakat di Bear It, Arts And Crafts, Aras 4 (Zon Merah Jambu)

Serlahkan bakat dan imaginasi anda dengan menyertai bengkel kraf Merdeka di Bear It, Arts and Crafts yang berlangsung setiap Ahad dari 27 Ogos sehingga 17 September, terbuka kepada semua peringkat usia. Boleh bawa si cilik untuk sama-sama menghasilkan karya seni. Jangan teragak-agak untuk mencuba kerana ia sebenarnya memberi masa untuk anda meneroka bakat terpendam. 

Alami sendiri kepuasan yang sukar dijelaskan dengan kata-kata apabila hasil seni yang anda hasilkan sendiri kelihatan cantik dan comel! Aktiviti yang ada di sini juga boleh jadi terapi diri. 

5. Jamu selera dengan juadah kegemaran dan kebanggaan Malaysia

Jika makanan menjadi bualan, Malaysia adalah syurga makanan. Kepelbagaian menu yang menggabungkan pelbagai rasa menjadi hidangan Malaysia cukup ikonik. Kunjungi Real Kungfu GD, di Aras 1 (Zon Merah Jambu) yang merupakan cawangan pertamanya yang mesra muslim.

Biarpun harganya sedikit mahal, restoran ini menghidangkan beberapa makanan ikonik Malaysia yang menarik seperti nasi lemak pandan, char kuey teow, dan nasi ayam yang diaromakan bersama bauan ‘wok hei’ demi kepuasan pelanggan. 

Bagi penggemar laksa, Teh Tarik Place tampil lebih meriah apabila mempersembahkan enam jenis laksa yang berbeza asal usulnya seperti Laksa Kelantan, Laksa Johor, Laksa Baba Nyonya Melaka, Laksa Penang, Laksa Goreng Kuala Lumpur dan Laksa Sarawak bagi memeriahkan sambutan Merdeka pada tahun ini. Teh Tarik Place terletak di Aras 1 (Zon Merah Jambu).

6. Gaun Unity of HOPE

Sebelum pulang, jangan lupa singgah di Aras 3 (Zon Merah Jambu) untuk melihat Gaun Unity with HOPE sepanjang 500 meter yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Universiti Sedaya Antarabangsa (UCSI).

Gaun batik shibori terpanjang dalam meraikan seni fesyen yang mencerminkan semangat perpaduan rakyat Malaysia ini dipamerkan di Pavilion Bukit Jalil sehingga 17 September dan Pihak UCSI turut menjalankan jualan amal untuk gaun tersebut mengikut meter dalam usaha mengumpul dana RM10,000 bagi tujuan amal. - Getaran, 27 Ogos 2023

Foto : Nooreeza Hashim

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini